world-passport-scam-fraud-myth

‘World Passport’ – Adakah Ia Sebuah Mitos Atau Realiti?

 

Aku tahu sudah lama blog ni tak di-update, maaflah. Dengan terkejar dateline nak submit manuskrip untuk buku travelog pertamaku (which finally sudah selesai dan berada di fasa terakhir sebelum publish), projek terbaru aku, The Floweret Baker (jangan lupa follow tau!) serta aktiviti kelas Kung Fu selama 3 kali seminggu, buat aku jadi tak menang tangan. Bila manuskrip buku dah submit ni, aku dah boleh tarik nafas lega sikit.

So let’s begin. Kalau korang diberi sekeping passport yang boleh memberi kuasa untuk travel satu dunia tanya sebarang masalah, boleh keluar masuk dari satu negara ke satu negara yang lain dengan bebas, alangkah nikmatnya dunia ini kan? Itu adalah konsep yang dibawa oleh Garry Davis sejak World Passport diperkenalkan pada tahun 1954.

Kira, wujudlah World Passport ni ye, Alisa?

 

TECHNICALLY, IA WUJUD. TAPI, APAKAH WORLD PASSPORT NI SEBENARNYA?

 

World Passport adalah sebuah dokumen travel yang mempunyai 42 muka surat yang dijual secara online oleh World Service Authority. Secara fizikalnya, ia nampak seperti passport yang biasa dimiliki oleh pemegang passport di seluruh dunia. Namun, apa yang membezakannya ialah passport ini mempunyai 7 bahasa asing iaitu Inggeris, French, Arabic, Spanish, Chinese dan Esperanto.

Untuk 5 helai muka surat dalam passport ini, pemegang passport perlu mengisi maklumat medical history mereka manakala maklumat organisasi yang membantu korang dapatkan passport ini (jika korang adalah refugee atau stateless individual) pada 6 lagi helaian muka surat.

 

MACAM MANA NAK MOHON PASSPORT NI?

 

Sebelum korang nak mohon passport ni, korang kena apply untuk jadi warganegara dunia yang dipanggil ‘Citizen of the World’. Mengikut definisi Wikipedia, Citizen of the World atau Global Citizenship, individu yang mempunyai hak, tanggungjawab terhadap dunia instead of sesuatu negara. Individu ini jugak mempunyai kebebasan untuk bergerak, migrate dan bermaustatin dari satu lokasi ke lokasi lain tanpa sebarang masalah imigresen, bukak akaun bank dan sebagainya.

Untuk mohon jadi Citizen of the World, korang perlu print borang ini, isi maklumat diri dan hantarkannya bersama bayarang $30 ke:

World Service Authority,
5 Thomas Circle, NW
Washington, D.C. 20005 

Kemudian, korang kena print borang ini pulak untuk permohonan World Passport. Tandakan dokumen dan cara penghantaran yang mengikut kesesuaian seperti:

—World Passport—___ World Identity Card / US$25
___ 10 years / US$100___ World Birth Card / US$25
___ 5 years / US$75___ World Birth Certificate / US$25
___ 3 years / US$55

Shipping:

Within USA ___ US $5 (required minimum) ___ US $10 (with __Certified Return Receipt or __Priority Mail)

International Mail ___ US $10 (required minimum) ___ US $30 (International Registered Mail)

 

Selebihnya, isi maklumat diri dengan huruf besar, tandatangan borang ATTESTATION OF UNDERSTANDING AND CERTIFICATION OF INFORMATION, have your identity and application certified, sediakan 2 keping gambar passport dan certified cek bank dalam matawang USD, duit penghantaran antarabangsa dan macam-macam lagi. Untuk instruction secara penuh, boleh rujuk di laman web rasmi mereka.

 

MACAM SENANG SAJA NAK APPLY, BERAPA LUAS PENGGUNAAN PASSPORT NI?

 

Kalau aku rujuk di laman web rasmi World Service Authority, terdapat lebih 150 negara yang adalah dalam senarai negara yang menerima World Passport sebagai dokumen rasmi, termasuklah Malaysia. Walau bagaimanapun, bila aku dig deeper, it stated otherwise. Berdasarkan laporan dari Marie Claire dan Wikipedia, banyak negara tak mengiktiraf World Passport sebagai dokumen yang sah atas sebab ia bukan dikeluarkan oleh sebuah kerajaan. Maka, ia bukan dikategorikan sebagai passport.

Contohnya, pada Februari 2013, Panama dan Costa Rica menghalang pelarian dari Hawaii, Sage Million dari memasuki sempadan dengan menggunakan World Passport. Aktivis keamanan, Kenneth O’Keefe cuba memasuki Iraq dengan menggunakan passport yang sama pada tahun 2003, namun dia dihalang ketika transit di Turki sehingga memaksanya menggunakan Passport USA untuk meneruskan perjalanannya.

Ketika ini, World Passport diterima di Burkina Faso, Ecuador, Mauritania, Tanzania, Togo dan Zambia dan digunakan meluas oleh pelarian dan stateless individual.

 

TAHUKAH KORANG? ADA BEBERAPA SELEBRITI TERKENAL YANG SUDAH MENJADI PEMILIK WORLD PASSPORT?

 

Berdasarkan laporan Wikipedia, walaupun passport ini boleh dibeli secara online, founder World Service Authority iaitu Garry Davis pernah memberi secara percuma kepada figura-figura terkenal seperti:

  • Sir Patrick Stewart (pelakon X-Men)
  • Julian Assange ( founder Wikileaks, )
  • Edward Snowden (NSA whistleblower)
  • Dwight D. Eisenhower (presiden Amerika Syarikat yang ke-34)
  • LeVar Burton (pelakon Star Trek)
  • Jawaharlal Nehru (perdana menteri India yang pertama) dan ramai lagi.

Sayangnya, World Passport ini turut digunakan oleh untuk benda-benda yang dodgy seperti aktiviti pengganas,  jenayah passport palsu, fraud dalam penjualan oleh pihak ketiga untuk mengaut keuntungan dari pelanggan yang ingin membuka offshore bank account tanpa sebarang dokumen rasmi dan macam-macam lagi.

 

WHAT’S YOUR TAKE ON THIS, ALISA?

 

Pendapat aku tentang World Passport ni, secara fizikalnya ia wujud sebagai konsep passport untuk warganegara dunia. Walau bagaimanapun, sistemnya amat lemah, mudah dimanipulasikan oleh pihak tertentu untuk kepentingan masing-masing.

Tahap keselamatan dan status validity amat diragui. Mungkin ia berguna untuk pelarian yang hilang dokumen diri ketika rumah dibom dan dimusnahkan oleh musuh, tapi untuk orang biasa macam kita ni, it’s a suicide mission kalau cuba nak pakai passport ini ketika travel. Kita boleh didakwa kerana memilik passport palsu seperti lelaki Nigeria yang ditangkap di Kuala Lumpur pada tahun 1994

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*