usa-government-shutdown-traveler-malaysia

‘USA Government Shutdown’: Apa Impaknya Pada Kita Sebagai Traveler?

 

Pertama sekali, aku nak mohon maaf sebab lama tak menulis di sini sebab di sepanjang kehilanganku, aku tengah ‘berperang’ untuk siapkan final manuskrip untuk buku travelog keluar pertamaku. Manuskrip dah hantar dan kini hanya tinggal proses proofreading, editing dan cover designing. Jangan lupa follow @thepetitewanderlust dan jugak @kertasterbangstudio untuk ikuti perkembangannya!

Untuk artikel pertama aku tahun ini, aku rasa penting untuk kita semua tahu dengan situasi yang sedang berlaku di USA sekarang. Semalam, secara rasminya kerajaan USA terpaksa menutup separuh dari government service-nya setelah Donald Trump dan Congress gagal mencapai kata sepakat dengan pihak Democrat dalam isu government funding.

Jadi, apakah kesan penutupan separuh ini pada kita sebagai traveler? Adakah kita patut tangguhkan semua perancangan travel kita ke USA buat masa ni? Adakah ia akan ganggu proses permohonan visa ke USA? Jom baca untuk tahu situasi dan status kita sebagai traveler:

 

1. LOKASI TARIKAN UTAMA DITUTUP

 

usa-government-shutdown-traveler-malaysia

sumber: CBS New York

 

Statue of Liberty dan Ellis Island di New York, Liberty Bell dan Independence Hall di Philadelphia sudah pun ditutup untuk kunjungan awam. Walaupun Trump administration mahu National Parks (cth: Yellowstown, Grand Canyon) kekal dibuka, laporan dari The National Park Conservation Association mengatakan 1/3 dari 417 national parks yang ada, sudah pun ditutup. Antara yang terkesan ialah visitor centres, muzium, tandas awam di premis national park tersebut, memorials. Outdoor areas seperti hiking trails, scenic lookouts masih lagi dibuka, buat masa ini.

 

2. PROSES IMIGRESEN DI AIRPORT BERJALAN SEPERTI BIASA

 

 

Setakat ini, proses imigresen di American Airports masih lagi berjalan seperti biasa. Para pekerja yang bekerja untuk Defense Department, Justice Department, Federal Aviation Administration dan Transportation Security Administration akan bekerja seperti biasa. Cuma, expect longer delays kerana ada beberapa support functions yang membantu pihak TSA dalam proses security screening turut terkesan akibat government shutdown ni dan menyebabkan kekurangan workforce. 

Selain dari proses imigresen di lapangan terbang, kawalan keselamatan di sempadan overland dan jugak servis pengangkutan awam seperti bas dan keretapi masih berjalan seperti biasa.

 

3. PERMOHONAN VISA KE USA DITANGGUHKAN

 

usa-government-shutdown-traveler-malaysia-visa

sumber: ilgrp.com

 

Selain dari permohonan passport, proses untuk visa applications turut terkesan. Menurut laporan dari LA Times, pejabat kedutaan USA yang mengendalikan permohonan visa untuk foreign travelers ditutup sehingga isu government shutdown ini selesai. Ini menyebabkan bagi sesiapa yang sedang menunggu visanya untuk ke USA, perlu tunggu lebih lama until further notice. Ini termasuklah tourist visa, business visa, work visa dan sebagainya. 

 

4. SEMAK STATUS INSURANS TRAVEL KORANG

 

 

Sesetengah dari korang mungkin rasa terkesan dengan insiden government shutdown ni, terutamanya kalau tengah dalam proses mohon visa dan akan terbang ke USA tak lama lagi. Begitu jugak bagi yang nak hiking di National Park atau nak visit Statue of Liberty di New York. Aku sarankan untuk korang hubungi pihak insurans secepat mungkin dan berbincang tentang solusi terbaik untuk status korang. Tekaan aku, isu government shutdown kebanyakannya tak termasuk dalam polisi travel insurans. 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*