yaeyama-island-things-to-do

Berhajat ke Okinawa Island? Apa Kata Ubah Laluan Anda ke Yaeyama Island!

 

Mesti ramai pernah dengar tentang Okinawa Island, bukan? Terutamanya bila ia sudah menjadi antara destinasi panas yang ramai ingin lawati tahun ini. Tapi, pernah tak korang dengar tentang sebuah lagi pulau bernama Yaeyama Island? 

Aku berpeluang ke pulau ini bulan lepas dan secara jujurnya, aku agak mengalami kejutan budaya. Kenapa? Walaupun ia sebahagian dari Jepun, namun, aku tak rasa macam aku berada di Jepun pun. Rasa macam berada di Hawaii pula. Ia sememangnya suatu pengalaman yang unik!

Jadi, apa yang korang perlu tahu tentang pulau cantik ini? 

 

1. KAT MANA YAEYAMA ISLAND NI?

 

yaeyama-island-map

 

Yaeyama Island terletak di selatan Jepun. Walau bagaimanapun, ia lebih dekat dengan Taiwan (270km) dan Filipina (1220km), berbanding dengan tanah besar Jepun sendiri (Tokyo – 1950km, Osaka – 1590km). Yaeyama Island terdiri daripada beberapa pulau kecil yang menarik dan boleh dilawati. Antaranya:

  • Hateruma
  • Iriomote
  • Ishigaki – ibu kota Yaeyama Island
  • Taketomi
  • Yonaguni

 

2. MACAM MANA NAK KE SINI?

 

yaeyama-island-map

 

Sebelum kita nak lawat pulau-pulau kecik di Yaeyama Island, kita perlu mendarat di Lapangan Terbang Ishigaki terlebih dahulu. Ada direct flights ke Ishigaki dari Tokyo, Osaka dan Nagoya. Perjalanan akan mengambil masa lebih kurang 3 jam.

Untuk dari Taiwan dan Hong Kong pula, ia dibuka secara bermusim dan mingguan. Kebanyakan pelancong yang datang dari Taiwan, selalunya datang dengan kapal persiaran. 

 

 

Untuk tiket pula, kalau korang beli di Jepun, ia agak mahal. Aku tak tahu kenapa, tapi for some odd reasons, harga tiket flight untuk laluan domestik di Jepun memang mahal.

Luckily, Jepun ada menawarkan harga tiket diskaun untuk pelancong antarabangsa. Dengan syarat, tiket kena dibeli di luar Jepun dan sebelum korang travel ke Jepun. Sebolehnya aku sarankan JANGAN cari tiket di search engine macam Expedia atau Skyscanner, harga-harga pelik akan keluar. Carilah di laman web rasmi airline itu sendiri:

 

3. WAKTU TERBAIK UNTUK KE SINI

 

yaeyama-island-nishi-beach

 

Keadaan cuaca di Yaeyama memang berbeza dengan tanah besar Jepun. Ia lebih panas dan terik, lagi bahang dari cuaca di utara Malaysia. Bayangkanlah kulit Melayu Asia aku ni pun, masih mengelupas sebab sunburn teruk gila. Punya teruk sampai aku kena beli krim Aloe Vera di farmasi. Dan itu bukan cuaca di musim panas tau!

Waktu terbaik untuk ke sini adalah pada musim bunga (March – April), awal musim panas (May-June) dan awal musim luruh (October-November). Sebolehnya elakkan puncak musim panas sebab ia juga musim puncak untuk obor-obor. September pun bukan bulan terbaik untuk travel ke sini ia adalah musim tengkujuh. 

 

4. SENANG NAK CARI MAKANAN HALAL?

 

yaeyama-island-sashimi-sushi

 

Sepanjang tempoh aku travel di Ishigaki, aku survived dengan makan seafood, nasi kepal di Family Mart dan spaghetti cendawan (masak sendiri). Jadi, aku sarankan bawak stok makanan korang sebelum ke sini. Kalau malas nak tambah berat luggage, jangan khuatir.  Family Mart ada, A&W dan KFC pon ada. 

Buat traveler yang bukan beragama Islam, jangan ketinggalan untuk cuba Ishigaki beef kerana ia adalah daging popular di sana. Ishigaki beef dikatakan mempunyai kualiti daging yang tinggi seperti Wagyu beef. Jadi, kebanyakan menu di sini banyak menggunakan daging lembu sebagai masakan. 

 

Yaeyama Beef Soba Noodle. Sumber: Time Out

 

Berbeza pula masa aku di Hateruma, selain ada satu-satunya restoran Vegan di sini, kebanyakan kedai makan di sini menjual makanan laut. Ini kerana ia adalah sumber daging yang paling senang untuk didapati berbanding daging khinzir. 

 

5. MACAM MANA NAK KE PULAU-PULAU KECIL DI YAEYAMA?

 

 

Semuanya akan bermula dari Ishigaki Ferry Terminal. Kebanyakan pelancong akan melakukan day trip untuk melawati Taketomi, Iriomote sebab dekat dan perjalanan feri akan mengambil masa kurang dari 30 minit untuk ke sana.

Berbeza dengan Hateruma yang memakan masa dalam 1 jam 30 minit sehala. Aku hanya berkesempatan untuk explore Ishigaki, Hateruma dan Taketomi saja. Ini adalah antara gambar-gambar ketika aku melawat pulau-pulau ini:

 

Ishigaki

 

yaeyama-island-kabira-ishigaki

 

Hateruma

 

yaeyama-island-hateruma

 

Taketomi

 

yaeyama-island-taketomi

 

6. AKTIVITI MENARIK YANG BOLEH DILAKUKAN

 

Yonaguni Underwater Monument. Sumber: Scuba Diver Life

 

Setiap pulau mempunyai aktivitinya yang tersendiri. Iriomote lebih kepada nature lover di mana adanya aktiviti kayak, jungle-trekking, tengok air terjun, paddle-boarding. Ini adalah sebab kenapa aku tak selitkan Iriomote dalam trip aku kerana aktiviti ini boleh dilakukan di Australia dengan pemandangan yang lebih cantik. 

Scuba diving dan snorkeling memang aktiviti wajib di sini, tak kira sama ada korang berada di Ishigaki ataupun Hateruma. Tapi kalau nak lebih adventure, boleh ke Yonaguni untuk dive dan melihat sendiri monumen di dasar laut yang katanya beberapa bilah keris Melayu dijumpai di sana? 

 

yaeyama-island-bicycle-taketomi

Aktiviti berbasikal di Taketomi

 

Spot ambil gambar juga awesome dan instagrammable! Kabira Bay di Ishigaki, Nishi Beach di Hateruma, kawasan kampung yang berusia 200 tahun di Taketomi, pastikan korang bawak extra memory card okay!

 

7. DESSERT HAVEN!

 

yaeyama-island-hateruma-smoothie

Passionfruit + bunga raya smoothie!

 

Jepun memang dikenali dengan pelbagai jenis makanan snek dan pemanis mulut. Tapi, bila aku ke Yaeyama Island, aku akui, tak menang tangan oi! Soft-served ice cream saja pun dah macam flavor: tembikai susu, keladi, manga.

Selain dari itu, ais kacang, swiss roll, pudding, banana milkshakes, smoothie nenas dan macam-macam lagi! Paling menarik aku pernah cuba sebagai pengganti kurma ketika buka puasa ialah passionfruit + bunga raya smoothie. Sedap wohhh!

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*