travel tips eropah venice itali melancong

10 Travel Tips Yang Kita Kena Tahu Sebelum Nak Terbang Ke Venice

 

Venice, adalah salah satu destinasi cinta yang sering dikaitkan dengan pengalaman naik gondola bersama orang yang tersayang. Aku berpeluang untuk ke Venice pada musim panas tahun lepas dan seperti pengalaman aku di Miami, ia sedikit mengecewakan. Tapi, jangan terus rasa kecewa atau putus asa, sebabnya, ini mungkin dipengaruhi oleh pilihan aku untuk menyinggah Venice pada musim panas, dan juga promosi pelancongan Venice di kaca televisyen, memberi aku expectation yang sangat tinggi.

Jadi, apa yang korang perlu tahu bila berada di Venice? Ini 10 cerita yang aku boleh kongsikan dari pengalaman aku:

 

1. Elakkan makan di restoran

 

travel tips eropah venice itali melancong

sumber: Pinterest

 

Bagi budget backpacker, part ni mungkin tak relevan. Tapi masih ada di kalangan kita yang ingin cuba Italian dining experience. Secara ringkasnya, aku tak galakkan sebab harganya mahal. Tambah pula kalau kita mahu mencuba di restoran yang terletak di tengah-tengah tourist spot. Selain dari caj untuk harga makanan dan minuman, harga untuk hiburan yang disediakan, juga akan dicaj dalam bil korang. Masa aku dehydrated di tengah-tengah St. Mark’s Square, aku terpaksa beli air botol yang berharga 3.50 Euro sebotol.

 

2. Water re-fill station

 

travel tips eropah venice itali melancong

Burung pun tumpang untuk re-fill tekak

 

Stesen untuk re-fill air memang ada di Venice, cuma korang kena tahu, lokasinya kebanyakan berada di luar radius tourist hotspot. Jadi sebelum korang mahu ke St. Mark’s square, kalau jumpa re-fill station, cepat-cepatlah isi air botol sampai penuh. Sebabnya, boleh rujuk ke poin no. 3.

 

3. Lorong berliku 

 

travel tips eropah venice itali melancong

 

Perbandingan paling senang aku boleh beri tentang jalan di Venice ni, adalah seperti orang yang baru pertama kali menjejakkan kaki ke Kenanga Wholesale, Kuala Lumpur dan cuba ingat balik, kedai mana yang kita ternampak ada jualan tudung murah. Bagaikan suatu maze, memang amat mudah untuk sesat ketika berjalan kaki di Venice, apatah lagi bila kita kena tempuh pelbagai lorong untuk tiba ke lokasi yang diinginkan. Jadi kalau korang ada ternampak ada water re-fill station ketika mengharungi lorong-lorong Venice, jangan tangguh, re-fill saja. Sebabnya, korang tak kan dapat trace kembali lokasi water re-fill station ni. Aku cuba pakai offline map dan juga brochure peta Venice, tak menjadi jugak, masih jugak sesat. Hehehe.

 

4. Jangan bawak beg tarik, pakai backpack

 

travel tips eropah venice itali melancong

 

Lorong-lorong di Venice bukan saja boleh buat kita sesat, tapi ia juga akan memaksa kita turun dan naik tangga. Bagi yang tak nak buat exercise sambil melancong, aku nasihatkan jangan bawak beg tarik. Bayangkan menarik dan mengangkat beg bagasi kita setiap kali kita turun dan naik tangga. Laluan bertangga memang sangat banyak, sebabnya, itu yang menghubungkan dari satu bangunan, ke bangunan yang lain di kota terapung ini.

 

5. Awas dengan penipu licik

 

travel tips eropah venice itali melancong

 

Bila ada pelancong, maka akan adalah sindiket penipuan untuk menipu duit pelancong. Kalau kita Google pun, banyak laman web yang berkongsi tentang tourist scams yang ada di Venice ni. Aku berpeluang untuk lihat depan mata, malah hampir jadi mangsa sindiket penipuan ini. Ketika aku sedang melepak di St. Mark Square, datang seorang lelaki yang ingin menawarkan bunga ros secara percuma. Aku memang tahu tentang penipuan bunga ros ni, jadi aku terus kata tak nak. Apa yang agak memeranjatkan aku, bila dia cuba memaksa aku untuk terima bunga ini jugak, sehingga berusaha untuk mencari mana-mana ruang yang boleh selit bunga ros ini pada aku. Dengan cepat, aku terus tinggalkan area St. Mark Square.

 

6. Cuba pengalaman naik teksi air

 

travel tips eropah venice itali melancong

 

Memandangkan Venice ini adalah kota terapung, jangan lupa untuk cuba pengalaman naik teksi air. Jangan risau, teksi air ni tak banyak penipuan berbanding dengan teksi biasa. Kita kena beli tiket melalui kaunter tiket atau mesin kiosk. Cuma kena berjaga-jaga kalau tiba-tiba ada orang datang dan bermurah hati untuk tolong belikan tiket. Boleh rujuk artikel tentang teknik penipuan yang selalu kita kena awasi ketika travel. Melalui teksi air ni, korang boleh lawati beberapa lokasi di sekitar radius Venice.

 

7. Melawat lokasi di sekitar radius Venice

 

travel tips eropah venice itali melancong

Ketika aku berada di pekan Burano

 

Dengan menggunakan teksi air, korang juga boleh lawat lokasi lain yang terletak di sekitar radius Venice. Sebelum aku berlepas ke Venice, aku teringin nak urban explore pulau Poveglia. Sedikit info tentang Pulau Poveglia, pulau ini mempunyai sejarah sebagai lokasi pusat kuarantin dan juga hospital untuk orang yang mempunyai masalah mental. Sejarah sebenar pulau Poveglia ini masih dalam siasatan dan kajian, tapi para pengkaji sejarah menjumpai banyak mass graves yang terletak di pulau itu. Tapi sayangnya, sebulan sebelum trip aku ke Venice, pihak berkuasa Itali menutup segala aktiviti pelancongan yang berkaitan dengan pulau ini demi menjaga keselamatan para pengunjungnya.

Tapi, aku berpeluang untuk melawat Murano dan Burano. Murano terkenal dengan hasil seni kraftangan kaca, manakala untuk Burano pula, hasil seni kraftangan untuk kain lace. Alhamdulillah, ada rezeki untuk belikan mak aku kain renda. 

 

8. Tiket masuk muzium

 

travel tips eropah venice itali melancong

Antara long queue yang aku dapat tangkap masa aku di Venice

 

Venice mempunyai banyak bangunan-bangunan bersejarah dan kebanyakannya adalah masuk dengan percuma. Maka, memang logik dan jangan terperanjat kalau nampak orang beratur panjang untuk masuk ke muzium-muzium ini. Tempoh masa untuk beratur sebelum dapat masuk tu, mungkin akan memakan masa antara 1-2 jam untuk pengalaman 15-20 minit di dalam muzium. Jadi, aku sarankan, kalau tak nak buang masa untuk beratur, korang boleh beli pas masuk yang dijual di laman web rasmi pelancongan Venice. Dengan pas ini, korang boleh jimat masa dan harga untuk pas ni pun tak mahal, harga minimum adalah 2 Euro.  Boleh rujuk lebih banyak info di sini.

 

9.  Jangan lepaskan peluang untuk cuba kopi Itali dan gelato

 

 

Walaupun aku sarankan untuk elakkan makan di restoran, tapi kita masih boleh mencuba snek makanan atau dessert tempatan. Antara local treats yang korang kena cuba adalah ais krim gelato dan juga kopi. Berbanding dengan Parisian coffee yang terkenal dengan rasanya yang creamy, rasa kopi Itali adalah lebih keras dan sedikit pahit seperti Espresso atau Affogato. Antara kedua perisa kopi ini, aku lebih suka Parisian coffee. Tekak aku tak boleh sangat nak terima kopi yang kuat perisanya macam Espresso. Untuk gelato pula, aku sarankan untuk korang rujuk di laman web Google untuk tahu lokasi yang menjual gelato asli. Banyak gelato yang terdapat di tengah-tengah tourist spot di Venice, menjual gelato palsu.

 

10. Naik gondola

 

travel tips eropah venice itali melancong

 

Antara sebab ramai orang mahu travel ke Venice adalah untuk mencuba pengalaman naik gondola. Walaupun ia nampak sangat romantis, harga untuk naik gondola agak mahal berbanding naik teksi air.  Harga untuk gondola di siang hari memang harga tetap, dan sebolehnya, tempah gondola sebelum korang berlepas ke Venice. Korang boleh tempah melalui Viator atau laman web ini. Ini untuk mengelakkan dari gondolier mengecas harga lebih mahal dari yang ditetapkan. Dan jika korang nakkan saat yang lebih romantis, boleh cuba naik gondola di waktu malam sambil menikmati pemandangan bintang-bintang di langit. Tapi harga untuk gondola di waktu malam adalah lebih mahal dari harga pada siang hari.

Boleh rujuk lebih banyak travel foto untuk Venice di sini.

Share

2 Comments

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

*