Nak Travel Dengan OKU? Ini 7 Benda Yang Kita Wajib Tahu

Nak Travel Dengan OKU? Ini 7 Benda Yang Kita Wajib Tahu

 

Travel sekarang menjadi lebih mudah dengan adanya kemudahan untuk travel secara bajet dan juga lambakan travel artikel di media sosial. Tapi adakah kita sedar akan berapa banyak artikel yang ada tentang pengalaman travel sebagai orang kehilangan upaya (OKU)? Seorang pembaca telah bertanyakan pada aku tentang tips travel sebagai OKU, jadi, ini adalah 7 tips atau persediaan tambahan yang boleh dilakukan bila nak travel bersama OKU:

 

1. Extra Travel Homework

 

 

Sebelum nak travel, sama ada nak travel secara sendiri atau pakai pakej travel, travel homework itu tetap wajib. Tapi untuk yang nak travel dengan OKU, kena buat tambahan homework dari yang sedia ada. Sebabnya, kita kena tahu tentang destinasi yang kita nak pergi tu, adakah ia disabled-friendly? Di Venice misalannya, yang memang terkenal dengan laluannya yang bertangga dan jambatan di merata-rata tempat, ada tak laluan yang boleh digunakan oleh OKU untuk menikmati pengalaman travel di sana seperti orang lain?

 

2. Cari travel agensi yang menawarkan servis untuk OKU

 

Nak Travel Dengan OKU? Ini 7 Benda Yang Kita Wajib Tahu

sumber: apex.aero

 

Banyak travel agensi dan operator di luar sana yang memang menawarkan servis khas untuk travel dengan OKU, terutamanya di negara-negara moden. Mereka mempunyai pelbagai informasi dari segi hotel yang mempunyai kemudahan fasiliti untuk OKU, lokasi-lokasi yang boleh dilawati, restoran yang boleh dikunjungi dan juga aktiviti-aktiviti menarik yang boleh dilakukan. Jangan terkejut kalau ada trek hiking di Australia untuk warga OKU dan warga emas. Cari mereka di Google dan hubungilah mereka untuk informasi lanjut.

 

3. Tempah hotel awal, sangat awal

 

 

Memang banyak hotel yang menawarkan fasiliti untuk OKU, tapi bilangan biliknya tak banyak. Contohnya, kebanyakan hotel di tengah bandar Eropah hanya mempunyai dalam 2-3 buah bilik saja. Jadi kalau kita nak travel pada musim panas ke Eropah, kita perlu tempah bilik seawal 6 bulan dari tarikh travel kita. Lebih awal, lebih bagus.

 

4. Hubungi hotel yang dah ditempah

 

 

Bila kita dah buat tempahan dengan hotel pilihan kita, hubungi mereka dan tanyakan jika mereka boleh menyediakan servis atau accessibility arrangement bila kita tiba di lapangan terbang. Be specific dan jelas dalam menerangkan jenis disability yang ada. Tak semua staff hotel tahu segala ‘lingo’ perubatan dan ini penting untuk mereka menyediakan servis dan fasiliti yang terbaik dan sesuai untuk kita.

 

5. Cek dengan syarikat penerbangan

 

Nak Travel Dengan OKU? Ini 7 Benda Yang Kita Wajib Tahu

sumber: news24.com

 

Setiap syarikat penerbangan mempunyai requirement yang berbeza; ada yang akan cas bayaran untuk prosedur boarding untuk penumpang OKU, dan ada pula yang tak membenarkan kita membawa masuk kerusi roda. Jadi, hubungilah syarikat penerbangan untuk info tentang requirement mereka dengan lebih lanjut. Hubungi mereka seawal 24 jam sebelum penerbangan kita.

 

6. Cari travel insurans yang sesuai

 

Nak Travel Dengan OKU? Ini 7 Benda Yang Kita Wajib Tahu

sumber: www.asit.gr

 

Travel insurans memang wajib untuk setiap traveler. Tapi, bagi traveler OKU, untuk mencari polisi yang menepati ciri-ciri kesihatan kita, ia boleh menjadi rumit dan mahal. Kebanyakan pihak insurans memang takut nak tawarkan polisi bila kita sudah ada pre-existing medical condition. Tapi, tanya ejen insurans yang berdekatan jika surat pengesahan doktor yang mengatakan kita cukup sihat dan tak memerlukan rawatan untuk sepanjang tempoh travel kita itu, mencukupi untuk membeli polisi insurans travel. Semak juga terma dan syarat dalam polisi yang ditawarkan untuk tahu jenis perlindungan kita.

 

7. Ubat-ubatan

 

 

Bagi yang bergantung pada pengambilan ubat, kita kena rujuk dengan doktor kita dan dapatkan surat atau senarai nama ubat-ubatan yang diperlukan. Dapatkan informasi tentang lokasi-lokasi farmasi dan klinik yang terdekat dengan hotel kita. Jangan lupa untuk memeriksa kandungan ubat kita dengan pihak kedutaan negara yang kita nak lawati. Ini untuk mengelakkan dari ubat kita dirampas oleh pihak kastam kerana mengandungi beberapa bahan terlarang di negara itu.

Share

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

*