movie review anthropoid sejarah travel prague

Belajar Tentang Sejarah Hitam Prague Melalui Movie “Anthropoid”

Kalau korang peminat sejarah perang, aku sarankan korang meluangkan masa untuk layan movie ni. Movie Anthropoid diadaptasikan dari kisah misi sebenar dalam usaha untuk membunuh pegawai Nazi yang berpangkat tinggi, Reinhard Heydrich. Reinhard Heydrich yang menjadi dalang di sebalik “Jewish Holocaust”, turut diberi gelaran “The Butcher of Prague”. Adolf Hitler juga menggelarnya seorang lelaki yang kejam dan tiada belas kasihan atau simpati.

Pada awal bulan Oktober 1941, dua askar Czechoslovakia, Jan Kubiš and Josef Gabčík telah diberi misi untuk membunuh Reinhard Heydrich. Menurut ahli sejarahwan, Reinhard Heydrich adalah seorang yang sangat berkuasa dan digeruni dalam pasukan elit Nazi. Movie ini akan memberi gambaran ketika proses merangka rancangan, melaksanakan misi dan bagaimana satu insiden penting telah mengakibatkan kesemua askar dari puak penentang dikepung selama 6 jam dan menerima serangan balas yang teruk dari tentera Nazi.

Menurut cerita dari sejarah dunia, lelaki yang memulakan insiden itu akhirnya ditangkap dan digantung sehingga mati sejurus saja perang tamat. Aku tak nak kasi spoiler lebih-lebih, tapi berdasarkan buku berjudul “The Assasination Reinhard Heydrich”, movie ini adalah sumber yang paling terdekat untuk kita merasai dan membayangkan bagaimana keadaan Prague di bawah jajahan Nazi waktu itu. Begitu juga kesan terhadap Prague selepas pembunuhan Reinhard Heydrich. Disebabkan movie ini berdasarkan dari kisah sejarah sebenar, insiden askar puak penentang dikepung memang memberi kesan pada aku.

Kalau korang travel ke Prague satu hari nanti, korang boleh melawat Pankrác yang terletak di bahagian tenggara bandar Prague. Menurut sejarah, penjara ini digunakan ketika zaman penjajahan Nazi ke atas Prague, bermula dari tahun 1930 sehingga 1945. Banduan yang menunggu perbicaraan akan diletakkan di sini sebelum kemudiannya dijatuhkan hukuman atau dihantar ke kem tahanan. Tempat lain yang boleh kita lawati adalah Gereja Saints Cyril, di mana berlakunya insiden askar puak penentang dikepung dan menerima serangan balas yang teruk dari tentera Nazi. Malah, bekas tembakan di dinding gereja ini ketika insiden itu berlaku juga masih ada.

Kalau korang masih boleh teruskan membaca dan menyerap segala kisah sejarah hitam Prague ni, korang boleh melawat kem tahanan di Terezin. Di sini, hanya yang kuat semangat saja boleh masuk sebab apa yang korang akan tengok atau nampak dalam kem ni nanti, akan melangkaui tahap imaginasi dan kewarasan akal fikiran korang.

Share

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

*