Tentang Diri Aku

Assalamualaikum dan hello! Nama aku ALISA OMAR. Aku mula mengembara sejak 2011 dan baru-baru ni saja, aku mula berjinak-jinak untuk menulis tentang PENGALAMAN TRAVEL aku di FACEBOOK. Setelah banyak artikel aku dikongsi oleh THEVOCKET dan SIAKAP KELI dengan pembacanya, aku mengambil keputusan untuk buat satu TRAVEL BLOG, supaya pembaca di luar sana dapat jadikan blog ini sebagai rujukan di masa hadapan.

Pengalaman travel aku merangkumi explore area yang jarang dilawati, mendaki gunung, trekking masuk hutan dan juga kadang-kadang, urban exploring. Kalau korang ada apa-apa soalan berkenaan travel seperti travel planning, travel tips, macam mana nak pack barang tanpa exceed weight limit dan sebagainya, jangan malu-malu untuk contact aku dan tanya.

Share