travel kembara bali murah bajet indonesia buat aktiviti

Dengan Hanya RM500, Aku Boleh Explore Bali Macam Orang Local

Kalau sebut Bali, mesti Uluwatu, Ubud, Kuta, Legian adalah antara tempat yang akan muncul dalam kepala. Pertama kali aku ke Bali adalah pada tahun 2014 (kalau tak silap). Bila nak pegi kali kedua, for sure aku tak kan repeat tempat yang sama. Walaupun tour guide dan driver kat Bali akan sentiasa promote tempat yang sama, tapi aku nk buktikan yang Bali mesti ada lebih dari ni.

Alhamdulillah kebanyakan tempat-tempat yang aku jumpa baru sahaja dibuka dan masih memerlukan promosi dan marketing di social media. Hanya orang tempatan saja yang tahu. Malah driver kita orang pon terpaksa berhenti tepi jalan, semata-mata nak mintak tunjuk arah jalan dari penduduk kampung.

Ni antara tempat-tempat yang aku pergi:

JIMBARAN REGION

Gunung Payung Beach

jelajah bali indonesia travel pantai gunung payung beach aktiviti
Lokasinya agak tersembunyi dari jalan utama, sampai driver sendiri tanya kita orang, mana nak pergi sebenarnya ni, macam sesat je. Aku hampir ragu-ragu dah sebab jalan tak ada pavement langsung, berlubang sana-sini, sampailah kita orang tiba di penghujung jalan. Rupanya sebuah pantai yang begitu cantik ni tersembunyi di sebalik construction Golf Resort kat Gunung Payung Beach. Dari parking lot, kena jalan sikit dan turun dalam 280 anak tangga untuk ke pantai ni.

Admission fee adalah IDR 6,500 seorang.

Suluban Cave Beach

jelajah bali indonesia travel suluban beach aktiviti pantai
Tempat yang tengah panas di kalangan abam mat saleh surfer. Tempat yang sesuai untuk enjoy sunset jugak. Aku sarankan kalau ada masa lebih, jangan pegi Gunung Payung Beach dan Sulumban Cave Beach dalam hari yang sama. Sebab dua-dua lokasi tu memerlukan turun naik anak tangga yang curam dan agak banyak. Kalau stamina cukup, okay saja. Nak turun ke pantai tu, hati-hati sebab tiada apa-apa rail untuk kita pegang kalau jatuh tergelincir.

Admission fee, IDR 5,000

Tegal Wangi Beach

jelajah bali indonesia travel pantai tegal wangi beach aktiviti
Another pantai yang jarang menjadi tumpuan pelancong, tapi tumpuan bakal-bakal pengantin untuk wedding photoshoot. Ternyata splash ombak kat sini lagi besar dari splash ombak di Nusa Dua Water Blow. Punya besar sampai ombak tarik satu dari pada kasut aku. Jadi aku balik hotel dengan kasut sebelah je. Hahaha. Scenery di sini memang terbaik, siap ada natural jacuzzi gitu.

Tiada admission fee.

GIANYAR REGION

Hidden Canyon Beji Guwang

jelajah bali indonesia travel hidden canyon sukawati aktiviti offbeat

Kalau tak dapat ke Grand Canyon di Arizona, USA, Hidden Canyon kat sini pon boleh. Paling best, siap ada natural fish spa dan boleh mandi lagi. Menurut staf di sini, tempat ni dijumpa secara kebetulan selepas ada penduduk kampung jalan-jalan untuk mencari spot memancing yang baru. Masa aku ke sini, tempat ni baru berumur 8 bulan. Staff tempat ni pon mintak aku promote pada kawan-kawan.

Masuk sini memang kena hike dengan staff yang merangkap guide. Sebab dia orang je yang tau route mana yang selamat nak lalu. Dan beberapa area kat canyon ni pon agak licin dan susah nak capai.

Admission fee, IDR 10,000 dan bayar guide mengikut preference masing-masing. Aku kasi guide IDR 20,000.

BANGLI REGION

Desa Penglipuran + Penglipuran Bamboo Forest

jelajah bali indonesia travel rahsia kampung desa gianyar aktiviti offbeat

Desa Penglipuran adalah sebuah kampung yang masih mempunyai seni bina klasik dari Indonesia. Setiap tahun, kampung ni mempunyai perayaan di mana penduduk kampung akan berarak dalam pakaian traditional mereka. Bila sampai di sana, penduduk kampung akan cuba menjemput kita ke rumah mereka. Tujuan utama mereka adalah untuk membeli kraftangan asli buatan mereka.

Untuk Bamboo Forest plak, ia terletak di belakang kuil utama di desa penglipuran. Scenery memang cantik, tapi hati-hati, banyak anjing liar berkeliaran.

Admission fee: 15,000 seorang

KLUNGKUNG REGION

Tukad Unda Dam

jelajah bali indonesia travel hidden tukad unda dam klungkung aktiviti offbeat

Another spot yang popular untuk photoshoot wedding. Orang tempatan datang ke sini untuk mandi dan juga basuh baju. Jadi jangan terkejut kalau ada orang kampung yang basuh basuh di tepi empangan kecil ni, tanpa seurat benang. Culture shock gak aku kejap, pastu aku buat-buat tak nampak. Jangan ambil gambar, sebab ia sebagai tanda yang kita tak hormati privasi dia orang.

Kalau kita nak mandi jugak, changing room ada di pintu masuk. Ni adalah antara tempat favorite aku sebab kalau tengok dalam gambar, macam aku terapung di atas air. Masa jalan-jalan di air tu, hati-hati, batunya licin. Jadi kalau jatuh, ade potensi kita jatuh ke dalam sisi empangan air yang lebih dalam.

Admission fee: IDR 10,000

Bukit Belong

jelajah bali indonesia travel hidden rahsia bukit belong aktiviti offbeat

Pemandangan yang ala-ala Broga Hill, kalau di tempat kita. Apa yang istimewanya tempat ni, adalah sepohon pokok boleh kita panjat dan menikmati scenerybird view” kampung-kampung di Klungkung. Tapi hati-hati, pokok ini terletak di kawasan bukit yang agak curam, kalau jatuh tu memang bergolek-golek.

Admission fee: IDR 5,000

BEDUGUL REGION

Git Git Waterfall

jelajah bali indonesia travel hidden rahsia gitgit waterfall aktiviti offbeat

Bagi aku, pemandangan air terjun di sini biasa sahaja. Ada lagi yang lebih “majestic”, tapi disebabkan untuk ke area Bedugul dari Legian mengambil masa 3 jam, jadi aku tak cukup masa untuk explore waterfall yang lebih hebat. Tapi masih cantik, cuma ada yang lebih cantik.

Admission Fee: IDR 200,000

Tamblingan Lake

jelajah bali indonesia travel hidden rahsia tamblingan scenery aktiviti offbeat

Antara lokasi favorite aku sebab selain dari pemandangan tasik yang sangat cantik, ada satu frame concrete yang terbiar. Bagi yang sukakan aktiviti adrenalin, boleh cuba imbangkan badan dan berjalan di atas frame concrete ni. Tapi hati-hati dengan apa-apa gajet yang disimpan di dalam poket. Kalau off-balance, gajet tu akan jatuh dalam air tasik.

Tiada admission fee

Jatiluwih Greenland

jelajah bali indonesia travel hidden jatiluwih greenland scenery aktiviti offbeat

Kalau kita ke Bali, tour guide mesti promote Tegalalang Rice Fields. Tapi sawah padi di Tegalalang tu amatlah kecik kalau nak dibandingkan dengan Jatiluwih Greenland. Apa yang akan buat tour guide kurang berminat untuk ke sini sebab satu, perjalanan yang agak jauh dari Kuta/Legian. Ia akan makan masa selama 4 jam untuk ke sini. Dua, laluan jalan raya yang amat sempit sampai kena tunggu laluan dari arah bertentangan kosong, baru boleh jalan. Tapi trust me, the struggle is worth it. Aku sarankan, skip Git Git Waterfall, dari Tamblingan Lake, terus ke sini. Boleh buat beberapa trekking pendek sambil amek gambar.

Admission fee: IDR 12,500

CANDIDASA REGION

Rumah Bambu Candidasa

jelajah bali indonesia travel hidden candidasa scenery desa aktiviti offbeat

Nak sampai ke sini, banyak cabaran dia. Masa waktu aku ke sini dulu, tiada apa-apa signboard pon. Aku terpaksa mintak tolong driver untuk pakai Google Maps dia. Nak senang spot, pergi ke Goa Lawah Temple dan dari situ, tanya orang kampung arah ke Rumah Bambu Candidasa. Bila tiba di simpang masuk, kita orang sesat dalam kampung, tak tahu mana nak tuju. Sehinggalah jumpa sekumpulan budak-budak berbasikal. Dia orang yang lead the way.

Apa yang istimewanya Rumah Bambu ni, bagi aku la, ia adalah lokasi beberapa rumah bambu yang terbiar secara misterinya. Bangunannya sangat artistik dan menurut cerita dari penduduk kampung, asalnya lokasi ni dibangunkan untuk resort. Tapi tiba-tiba ada masalah dalaman, projek dibiarkan begitu saja.

Tiada admission fee.

Candidasa Beach

jelajah bali indonesia travel hidden candidasa beach aktiviti offbeat

Kita orang terjumpa pantai ni pun sebab driver sendiri yang nampak. Die pon sebenarnya belum sampai area Candidasa lagi, jadi dengan dia sendiri pon jadi pelancong sekali waktu tu. Apa yang istimewa Candidasa Beach ni adalah statue yang berbentuk hati. Romantik!

Tiada admission fee.

TEGANAN REGION

Teganan Aga Village

jelajah bali indonesia travel hidden teganan aga desa aktiviti offbeat

Konsepnya seperti Desa Penglipuran tapi bagi aku, ia lebih klasik. Malah ada penduduk kampung yang menggunakan bahasa lain dari bahasa Indonesia. Pastikan masa kita ronda-ronda di kampung ni, jangan kita tersasar jauh. Ada beberapa area yang dikawal oleh anjing liar. Jadi mereka akan menyalak kalau nampak ada muka asing yang cuba jejak kawasan yang tak dibenarkan.

Total ground cost aku (hotel + flight tak termasuk, da book awal2);

Airport taxi (Ngurah Rai Airport – Hotel)
Siang: IDR 120,000 (60,000 seorang)
Malam: IDR 150,000 (75,000 seorang)

Hire Driver: IDR 800,000 (seorang untuk 4 hari)

Makan untuk 5 hari: IDR 100,000 x 5 = IDR 500,000

Total: IDR 1,375,000 = ~MYR 460

PERINGATAN: Kalau tibe di pintu masuk, cuba cakap bahasa Indon sikit, kalau jelas percakapan kita ni dari Malaysia, dia akan charge admission fee dengan harga international.

Untuk tengok koleksi foto dari lokasi di atas, korang boleh check out dekat foto galeri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*