sygic offline map navigation app

Nak Offline Maps Terbaik? Pilih GPS Navigation & Maps Sygic App

3 hari sebelum aku travel ke New Zealand, aku muat turun banyak aplikasi offline map. Google Maps adalah antara pilihan utama aku. Tapi aplikasi yang aku muat turun semuanya ada limitation. Sehinggalah aku jumpa aplikasi Sygic ni, bagi aku, offline map terbaik aku pernah pakai. Sebelum ni aku pakai Google Maps, City Maps 2Go, HERE WeGo, dan Offline Map Navigation.

Tahukah korang yang korang hanya boleh pakai Offline Maps dari Google Maps jika korang travel by car? By foot, aku da cuba masa aku sesat di Venice, tak boleh pakai. Fungsi navigasi untuk jalan kaki hanya boleh digunakan kalau pakai data internet. Bagi yang pakai Waze, Waze tiada fungsi built-in untuk offline map sebab peta dia berdasarkan real-time updates.

Jadi, apa yang best sangat Sygic ni?

✅ Sygic memberi kita free-trial selama 7 hari untuk merasa fungsi Premium, di mana dalam fungsi Premium, kita boleh dapat tau info tentang lokasi 4 stesen minyak yang terdekat dengan kita, complete dengan jarak kita dengan stesen minyak tu sekali. Info begini amat membantu bila lampu minyak dah bernyala tapi aku masih lagi driving in the middle of nowhere. Lega sikit bila tahu ade stesen minyak berdekatan

✅ Dalam fungsi Premium juga, aplikasi Sygic ni boleh memberi info tentang had laju yang harus kita patuhi ketika memandu. Bukan itu saje, ia juga dapat mengesan kita punya current driving speed. Jadi kita boleh tahu sama ada kita da lepas had laju yang ditetapkan atau tak. Info amat berguna kalau drive kat New Zealand, Australia dan USA sebab undang-undang trafik dia orang amat ketat.

 Anggaran masa untuk kita sampai ke satu destinasi oleh aplikasi Sygic ni, lebih tepat dari Google Maps punya anggaran. Dari Auckland – Turangi, Sygic menganggar yang aku akan sampai pada pukul 11:34 malam. Aku tiba di destinasi dalam 4 minit lebih awal.

✅ Route pilihan yang ditawarkan oleh Sygic adalah lebih pendek dari route Google Maps. Sygic menganggar masa 3 jam 45 minit aku akan sampai ke destinasi. Tapi Google Maps punya anggaran masa adalah 5 jam 15 minit.

✅ Seperti aplikasi Waze, aplikasi ni juga boleh beri info jika ada roadwork, atau speed camera yang ada dalam radius driving kita. Jadi kita boleh berhati-hati supaya tak langgar traffic light bila lampu merah. Hehehe.

Macam mana nak muat turun Offline Map dalam Sygic?

 Bila korang bukak aplikasi Sygic, korang akan nampak 3 line melintang kat bahagian atas kiri skrin kita. 

sygic navigation offline map apps

 Tap 3 line melintang tu, dan aplikasi ni akan bawak kita ke Dashboard page. Tap “Maps”

sygic navigation offline map apps
 Korang akan nampak simbol “+” di bahagian bawah kanan skrin. Tap “+” dan pilih negara mana yang kita nak muat turun offline map dia.

sygic navigation offline maps apps

Jadi berapa harga aplikasi Sygic ni kalau kita nak pakai fungsi Premium?

Ada dua jenis fungsi Premium ni, Premium dan Premium Traffic. Nak pakai normal pon boleh, tiada masalah. Harga untuk fungsi Premium adalah 16 Euro (OZ & NZ), 20 Euro (Worldwide). Bagi fungsi Premium + Traffic, harganya ialah 20 Euro (OZ & NZ), 30 Euro (Worldwide). Untuk normal feature, percuma saja. Korang boleh bandingkan feature apa yang ada untuk Normal, Premium dan Premium + Traffic.

Bagi yang tertanya kalau pembelian pakej Premium atau Premium + Traffic ni untuk setahun atau 6 bulan, ia adalah lifetime license. Bermakna, kita beli dan boleh pakai sampai bila-bila.

Share

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

*