restoran review byron bay australia travel tips

Seorang Foodie Traveler? Wajib Cuba Restoran Ini di Byron Bay, Australia!

Mesti korang pernah dengar pesanan dari kawan-kawan travel, kalau nak cari makanan halal, beli saja kebab atau makanan dari mana-mana restoran Turki, Lebanon atau Arab. Jadi, kalau korang berada di Byron Bay, Australia (NSW), jangan ketinggalan untuk mencuba makanan Asia Tengah yang mempunyai review “The Best Falafel in Australia” dari penggemar makanan di seluruh dunia!

 

restoran review byron bay australia travel tips

 

Nama restoran ini ialah Orgasmic Food Byron Bay dan ia terletak betul-betul di tengah pekan Byron Bay. Aku dapat tahu tentang restoran ini beberapa bulan sebelum aku mulakan camping trip aku minggu lepas. Kebetulan pulak aku dapat spot camping di Rummery Park Camping Ground, setelah semua camp ground dah penuh. Yang paling menarik, jarak perjalanan dari tempat aku camping untuk ke Byron Bay hanya akan memakan masa 45 minit saja.

Apa yang kurang menarik bagi aku, ialah bila trip camping aku berada di tengah-tengah “holiday storm“. Kombinasi cuti umum Easter, cuti sekolah dan juga festival Blues Fest dalam masa yang sama, membuatkan Byron Bay menjadi amat sesak dengan pelancong, backpackers dan juga pengujung festival. Belum masuk cari tempat parking lagi. Tapi, disebabkan ratingnya yang begitu tinggi, aku ambil risiko dan cuba drive jugak ke Byron Bay.

 

restoran review byron bay australia travel tips

Tempat aku camping di NSW, sungguh hijau!

 

Dengan keadaan trafik yang sesak, even sebelum aku masuk area town center pun, dah buat aku fikir dua kali untuk teruskan plan ni. Mesti nightmare nak cari parking yang sesuai. Tapi alhamdulillah, Allah permudahkan perjalanan aku, tiba-tiba aku dapat spot parking yang amat awesome, hanya 2 minit walking distance saja ke restoran tu.

Dengan popularitinya yang sedia ada, memang aku agak terkejut bila melihat saiz restoran dia. Terutamanya bila lokasinya berada di tengah-tengah restoran yang hip dan sophisticated. Restoran Thai tomyam dekat area rumah aku pun lagi besar saiz dia. Tapi seperti kata pepatah Inggeris, “don’t judge the book by its cover”, dan dalam kes ni, “don’t judge the food by its restaurant“. Hahaha.

 

restoran review byron bay australia travel tips

Dari kiri: Pocket-sized Falafel dan Marinated Chicken Pita Pocket

 

Korang boleh pilih sama ada makan di restoran tu, atau takeaway dan makan di tepi pantai, mana-mana pun boleh. Bila masuk bab menu, 10 minit jugak aku ambil masa untuk decide apa nak pesan.  Antara daging kambing atau ayam, dan antara crusted chicken atau marinated chicken, mmmmm, susah nak pilih! Akhirnya, aku pilih untuk mencuba Marinated Chicken Pita Pocket dan Pocket-sized Falafel.

 

restoran review byron bay australia travel tips

Makan di tepi pantai dengan pemandangan macam ni pun best kan?

 

Aku sarankan, fikir nak makan apa dan decide sebelum korang menuju ke kaunter. Tiada servis pelayan di sini, semuanya servis layan diri. Pelayan yang ada pun hanya untuk hantar makanan dan bersihkan meja untuk pelanggan seterusnya. Aku memang recommend untuk korang cuba homemade lemonade dia, sedap sangat! Kos purata untuk sepinggan bagi solo traveler, agak mahal sikit, antara AUD12-18 untuk pocket-sized (saiz kecil).

 

restoran review byron bay australia travel tips

 

Memang aku tak galakkan makan sini setiap hari, terutamanya kalau korang travel dalam bajet. Tapi, kalau setakat nak mencuba makanan yang bahan bualan antara penggemar makanan, apa salahnya. Memang sedap pun. Hehe. Kalau ada kawan-kawan aku yang akan ke Byron Bay lepas ni, memang aku akan galakkan dia orang untuk kunjung ke Orgasmic Food Byron Bay ni. Korang boleh rujuk gambar di bawah untuk tengok menu sepenuhnya.

 

restoran review byron bay australia travel tips

 

Bagi yang nak navigate pakai GPS, ini alamat dia: 11 Bay Ln, Byron Bay NSW 2481

Share

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

*