lion-air-crash-plane

Ketahui dan Kenali Rekod Sebenar Lion Air dengan 6 Fakta Ini

 

Insiden malang pesawat Lion Air 610 yang terhempas di lautan Java telah memberi kejutan pada semua pihak. Walaupun tak mempunyai sebarang hubungan dengan mangsa, masyarakat dunia berkabung di atas tragedi ini.  Dalam masa yang sama, ia buat aku terfikir. Ini bukan kali pertama Lion Air berhadapan insiden malang seperti ini.

Tiada langsung niat untuk sabotaj masa depan Lion Air sebagai entiti bisnes, tapi segala yang aku lampirkan di sini adalah berdasarkan fakta, sejarah insiden dan airline safety rating dari badan bertauliah. Aku tak menyarankan apa-apa. Segala keputusan korang selepas baca artikel ini adalah datang dari korang sendiri, aku hanya menyampaikan semata-mata.

 

1. ASAL-USUL LION AIR

 

lion-air-logo-terhempas

sumber: pinterest

 

Seperti Airasia, Lion Air adalah penerbangan tambang murah yang berpusat di Jakarta. Penerbangannya menghubungkan Indonesia dengan Singapura, Philippines, Malaysia, Thailand, Australia, India dan Saudi Arabia dan macam-macam lagi dengan 630 penerbangan setiap hari.

 

2. 2011: JANJI UNTUK PERUBAHAN

 

lion-air-thailand-terhempas

sumber: bangkokpost

 

Pada tahun 2011, Kementerian Pengangkutan Indonesia telah menamakan Lion Air dan Batavia Air, 2 dari 6 airlines terburuk dalam penilaian yang dijalankan dari Januari hingga April 2011. Hasil dari keputusan ini, pihak Lion Air berjanji akan meningkatkan prestasi mereka dengan mengambil pelbagai langkah. 

 

3. 2012: SEKATAN UNTUK TERBANG

 

lion-air-eu-blacklist-crash

sumber: CAPA

 

Berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh Jakarta Post, Kementerian Pengangkutan Indonesia telah menyekat Lion Air kerana insiden penangkapa beberapa juruterbang dan anak kapalnya didapati memiliki dadah jenis amphetamine. Kes pertama berlaku ketika 3 orang juruterbangnya sedang rancak berparti di Tangerang.

Kes kedua pula, seorang anggota krew kabin, yang hanya dikenali sebagai W ditahan oleh Polis Jakarta kerana memiliki dadah jenis amphetamine di rumah sewanya di Tanah Abang.

 

4. DISENARAIHITAM UNTUK TERBANG DI EU

 

lion-air-eu-blacklist

sumber: Jakarta Post

 

Lion Air, bersama Batik Air dan Wings Air adalah antara syarikat penerbangan Indonesia yang tidak mendapat kebenaran untuk terbang di ruang udara EU atas dasar kebimbangan mengenai kemampuan Direktorat Jenderal Penerbangan Awam (DGCA) Indonesia dalam menguatkuasakan peraturan yang sewajarnya terhadap industri penerbangan negara. 

Sekatan terhadap Lion Air ditarik semula pada tahun 2016.

 

5. RENTETAN INSIDEN DENGAN LION AIR

 

lion-air-crash-java

sumber: tempo.co

 

14 Januari 2002 – Lion Air Flight 386, telah terhempas selepas cuba berlepas dengan konfigurasi ‘flap’ yang salah di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Syarif Kasim II. Kesemua penumpang dan anak kapal terselamat, tapi pesawatnya dihapuskan. 

30 November 2004 – Lion Air Flight 538, terhempas di Surakarta dengan pendaftaran PK-LMN (c / n 49189); 25 orang meninggal dunia.

4 Mac 2006 -Lion Air Flight 8987, jatuh selepas mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda. ‘Reverse Thrust’ telah digunakan semasa pendaratan, walaupun ‘reverse thrust’ kirinya tidak berfungsi. Tiada kematian, tetapi pesawat itu kemudian dihapuskan.

24 Disember 2006 – Lion Air Flight 792, mendarat dengan konfigurasi flap yang salah dan tidak sejajar dengan landasan. Pesawat itu mendarat secara tergelincir di sepanjang landasan. Tiada kematian, tetapi pesawat itu telah dihapuskan. 

23 Februari 2009 – Lion Air Flight 972, mendarat tanpa gear hidung di Lapangan Terbang Antarabangsa Hang Nadim, Batam.

9 Mac 2009 – Lion Air Flight 793, tersasar dari landasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta. Tiada yang cedera.

2 November 2010 – Lion Air Flight 712, tersasar dari landasan pendaratan di Lapangan Terbang Supadio, Pontianak. Pesawat berhenti apabila ia bahagian perutnya bergesel dengan landasan, mengakibatkan kerosakan pada gear pendaratannya. Semua 174 penumpang dan anak kapal berjaya dikeluarkan  dengan beberapa kecederaan.

Kes seterusnya berlaku pada tahun 2013 (2 kes), 2014 (1 kes), 2016 (2 kes), 2018 (2 kes).

 

6. TERBANG DENGAN ALAT YANG ROSAK

 

lion-air-faulty-crash-java

sumber: Bloomberg

 

Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Nasional Indonesia (KNKT) melaporkan, pesawat malang yang terhempas ke laut Jawa baru-baru ini terpaksa berpandukan pada indikator kelajuan udara yang salah dalam 3 penerbangan yang sebelumnya secara berturut-turut. 

Indikator kelajuan udara digunakan untuk memberitahu juruterbang kelajuan pesawat mereka dan juga mengukur hidung pesawat sama ada ia menujah ke bawah, ke atas atau sekata. 

Setiap manusia di muka bumi ini, ajal maut, jodoh dan rezeki semua sudah tertulis. Tapi, dalam masa yang sama, kita juga digalakkan untuk berusaha dalam mencari kehidupan yang lebih baik dan selamat. As a future airline passenger, aku berhak untuk membuat pertimbangan jika aku masih ingin terbang dengan Lion Air selepas mengetahui rekod maitenance dan penerbangan mereka selama ini. 

Buat masa ini, siasatan masih dijalankan untuk menentukan punca sebenar yang menyebabkan pesawat malang ini terhempas dan mengorbankan banyak nyawa. Mari kita sama-sama doakan roh mangsa tenang di sana dan keluarga mangsa dapat closure dan kekuatan yang cukup untuk meneruskan hidup mereka tanpa orang tersayang.

Al-fatihah. 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*