travel kembara georgia eropah

Apa Yang Korang Perlu Tahu Kalau Nak Travel Ke Georgia?

Georgia, ramai yang bertanyakan tentang tips macam mana nak travel ke negara yang masih baru dala fasa pelancongan dia. Ada yang pertama kali dengar pon ada. Jadi, aku nak kongsi macam mana nak ke negara yang kebanyakan orang tak pernah dengar ni. Sedikit intro tentang Georgia, ia terletak di sempadan antara Eropah dan Asia, atau lebih dikenali sebagai Eurasia. Disebabkan lokasinya yang terletak di antara dua sempadan, Georgia digelar “The Balcony of Europe“.

Aku terjumpa Georgia secara kebetulan je dari Google. Cari benda lain, nampak menda lain. Usya punya usya, akhirnya aku ambil keputusan nak tukar travel plan yang sedia ada dan ubah ke Georgia. Waktu tu, Georgia masih lagi belum sampai ke telinga para travelers lagi. Jadi sebelum tourism dia start booming, lebih baik aku pergi Georgia dulu

APA YANG KITA KENA TAHU TENTANG GEORGIA?

1. Georgia sekarang masih dalam fasa “developing tourism“. Ia baru sahaja tamat perang dengan Russia pada tahun 2009. Jadi segala projek untuk promote Georgia, masih di early stage. Jadi, dalam masa 5 tahun dari sekarang, jangan terkejut kalau kita kena lalu jalan raya di tepi gaung tanpa sebarang road barrier.

2. Untuk merancang perjalanan dalam Georgia, ia agak rumit sebab masa aku plan dulu, tak banyak website yang kongsi info tentang Georgia. Jenuh aku korek dari satu page ke page lain dalam travel forums. Tapi di masa akan datang, aku pasti yang ia akan jadi lebih mudah untuk cari. Terutamanya di waktu aku menulis ni, tourism Georgia terus meletup macam mercun bom.

3. Kebanyakan teksi kat sini buat masa ni, tak pakai meter. Kita kena bargain dengan dia orang. Seperti yang aku cakap di poin nombor 2, nak cari estimation price untuk pengangkutan awam pon jenuh gak nak korek. Ada tu ada, cuma kena rajin lebih sikit cari. Dan bersedialah untuk menggunakan bahasa isyarat sebab kebanyakan pemandu teksi di sini tak paham bahasa Inggeris.

4. Untuk ronda-ronda dalam Georgia, kita boleh pakai teksi, bas, kereta sewa dengan driver, ataupun keretapi. Aku tak galakkan untuk drive sendiri kat jalan Georgia. Cara pemanduan dia orang sangatlah unpredictable. Jangan terkejut kalau nampak ade pakcik bawak truk dari arah bertentangan, selamba drive pakai lane kita.

5. Memandangkan aku ada sebut kepayahan untuk cari info, jangan khuatir, nanti kat Tbilisi, korang akan nampak ramai awek-awek cun yang merangkap staf travel agensi, passing flyers tentang aktiviti yang mereka tawar. Dari guided tour, servis kereta sewa dengan driver hingga ke aktiviti di beberapa lokasi di Georgia. Sebelum nak approach awek-awek itu, aku sarankan buat travel homework dulu untuk tempat mana yang kita nak pergi sebenarnya. Senang nak negotiate harga nanti.

FLIGHT ROUTES

Ada banyak route sebenarnya nak sampai ke Tbilisi ni. Antara airlines yang buka route ke Tbilisi adalah Turkish Airlines dan Qatar Airways. Emirates pon ada juga tapi tak selalu. Harga tiket untuk dua-hala bermula di antara MYR3,000 ke MYR4,500 dan MYR2,000 ke MYR2,700 untuk satu hala. Tapi aku jumpa satu tricky route dengan harga RM 1370 sahaja. Ni route aku:

Kuala Lumpur > Colombo, Sri Lanka (Malindo Air) – MYR270
Colombo > Dubai, UAE (Emirates) – MYR650
Dubai > Tbilisi, Georgia (Azerbaijan airlines) – MYR450
Total one way: MYR1370

*Route ni murah waktu aku nak book flights untuk tarikh travel yang aku nak pergi.

MAKANAN

Untuk Muslim travelers, restoran halal agak mudah nak jumpa sebab 1.7% dari populasi rakyat Georgia adalah Muslims, terutamanya di Tbilisi. Tapi, lagi jauh kita keluar dari radius Tbilisi, agak sukar sikit nak cari. Jadi aku sarankan beli stok makanan kat kedai runcit atau supermarket kat Tbilisi untuk langkah berjaga-jaga.

Harga makanan bermula dari 10 GEL ke 30 GEL sepinggan.

RONDA-RONDA

Kalau nak ronda dalam 50km radius dari Tbilisi, kita boleh ambil teksi ataupun mini bas. Dia orang panggil mini bas ni, “mashrutkas”. Bas mini ini memang merata-rata di Tbilisi. Jadi jangan risau. Cuma yang agak tricky sikit, bila bas ni hanya akan gerak kalau bas penuh. Selagi tak penuh, dia tak kan ke mana-mana. Servis bas yang lain yang boleh kita amek ialah di Pushkin Square, 10 mins walking distance dari Tbilisi Old Town.

Untuk jarak yang lebih jauh seperti Svaneti atau Batumi, kita kena naik keretapi. Itu je cara yang paling selesa untuk ke sana. Bayangkan naik train ke Svaneti pon 9 jam perjalanan, apatah lagi kalau sewa kereta. Boleh book tiket keretapi kat sini (http://bit.ly/2ivFkAr) dan klik ke Passenger Operations > Online Tickets.

VISA

Untuk passport Malaysia, visa tak diperlukan. Tapi, memandangkan Georgia tak banyak terima pelancong dari Malaysia lagi (tempoh ketika aku travel ke sana), dia orang akan teragak-agak sikit nak stamp. Jadi, jangan panik. Buat selamba saja. Sesetengah pegawai kastam akan tanya apa sebab kita ke sini. Habaq ja kata travel, dan kalau ade travel itinerary, tunjuk kat dia.

TEMPAT YANG BOLEH DILAWATI

Tbilisi


Tbilisi adalah ibu negara Georgia. Banyak benda yang boleh kita lakukan di sini, usya Tbilisi Old Town, cuba pengalaman “sulfur bath“, usya kubu kuno Narikala or ataupun Hard Rock Cafe, ekekeke.

Davit Gareja


Sebuah kompleks penempatan para sami yang dibina sejak kurun ke 6. Kompleks ini masih aktif cuma sebagai pengunjung, kita hanya diberi access di spesifik area sahaja. Part paling best sini? Kita dapat berdiri di tengah-tengah sempadan di antara Azerbaijan dan Georgia. Cool dowh!

Untuk ke sini, kita hendaklah ke Pushkin Square. Akan ada bas ke Davit Gareja hari-hari tiap pukul 11 pagi. Tiket bas berharga 25 GEL seorang. Tiada kedai makan atau kiosk kat Davit Gareja, jadi sebelum ke Pushkin Square, beli stok makanan atau snek. Bawak sekali air botol, minimum 2L seorang sebab hanya ada satu saja tempat refill air kat Davit Gareja. Kalau tak nak buang masa beratur untuk isi air, lebih baik bawak dari awal.

Kazbegi


Orang kata Kazbegi ni mempunyai kecantikan yang sama dengan Svaneti. Jadi kalau tak sempat ke Svaneti, sampai ke Kazbegi pon da cukup. Pendapat aku, since da pergi dua-dua, kecantikan Svaneti memang tiada tandingan pon. Rasanya dia orang kata begitu sebagai ayat penyedap hati kot. Hahaha.

Tapi, kalau la memang tak ada rezeki nak ke Svaneti, kita boleh ke Gergeti Trinity Church. Tak perlu masuk pon, aku pon tak masuk. Aku banyak ambil gambar pemandangan dia je, sebab gereja tu di atas bukit yang berlatar-belakangkan gunung Kazbek.

Kita boleh ambil bas operator yang sama, yang bawak kita ke Davit Gareja tempoh hari untuk 55 GEL seorang. Tapi kali ni, jadual bas dia tak sama dengan jadual bas ke Davit Gareja. Jadi kita kena telefon dan beritahu driver bas tu dan dia akan arrange bila bas untuk ke Kazbegi akan jalan. Antara tempat yang boleh dilawati adalah Mount Kazbek, Gveleti Waterfall, Trusso Valley.

Svaneti


Pada aku, Svaneti adalah the highlight of the trip. Walaupun ia akan mengambil masa 16 jam untuk ke sana, sehala, tapi segala usaha amat berbaloi. Aku ambil train overnight dari Tbilisi pada pukul 930pm dan sampai stesen keretapi Zugdidi pada pukul 625am pada keesokan harinya. Harga tiket bergantung dengan class apa kita duduk. Aku ambil Sleeper class yang ada katil. Harga tiket dia 42 GEL sehala. Paling murah, 3rd class, 17 GEL sehala.

Dari stesen Zugdidi, kita kena naik mashrutkas untuk ke Mestia. Jangan risau, turun dari keretapi, korang akan nampak mini bas berderet depan stesen. Harga untuk mini bas ni adalah 20GEL seorang, bayar pada driver. Bagi yang tak gayat, aku sarankan ambil seat depan sekali, sebelah driver. Pemandangan yang kita dapat memang VIP lah! Cuma cuak sikit kalau nampak tetiba korang tangkap pemandu mashrutkas terlelap sambil driving. Itu yang terjadi pada driver mashrutkas aku. Tiba-tiba aku sedar bas dah lencong sedikit dari jalan utama. Rupanya, dia terlelap. Terus aku capai steering wheel bawak bas balik ke jalan utama. Tindakan drastik aku buat dia terjaga.

Tempoh perjalanan dari Zugdidi ke Mestia adalah 4 jam.Sampai je ke Mestia, kita kena cari mashrutkas lain untuk ke Ushguli. Kadang-kadang driver yang sama bawak korang dari Zugdidi-Mestia akan tawarkan harga untuk dia bawak korang ke Ushguli. Tengok tahap kerajinan driver tu sendiri nak buat duit tambahan. Tempoh perjalanan ni akan ambil masa 3 jam pulak. Jadi total sehala dari Tbilisi – Ushguli adalah 16 jam. Harga mashrutkas ini adalah 30 GEL seorang. Kalau travel secara group, boleh ambil private teksi, 100-200 GEL per kereta.

Kecantikan Ushguli memang tiada tandingan. Disebabkan kecantikan Ushguli, benchmark aku untuk trip seterusnya jadi tinggi. Bayangkanlah kawasan perkampungan kecil yang berlatarbelakangkan gunung glacier, jalan-jalan di kampung pula, kita berkongsi dengan orang kampung bawak lembu, kuda atau kambing gurun. Zaman sekarang ni, susah sangat nak jumpa elemen traditional macam tu.

TIPS: Kalau kita ke atau pulang dari Ushguli, jangan book apa-apa aktiviti di hari yang sama. Takut terlepas. Kalau nak pulang ke Tbilisi dari Usghuli, ambil keretapi paling lewat sekali dan gerak dari Ushguli selewatnya pukul 2 petang. Lewat dari tu,  potensi untuk terlepas keretapi amat tinggi.

Jangan lupa untuk check out foto-foto travel Georgia di Galeri Foto!

Share

2 Comments

  • syuk berkata:

    hai alisa, sy bercadang nk ke geogia hujung tahun ni.. winter la kan time tu..nk tanya pendapat awk sesuai ke sy pergi time tu? masa awk pegi ni season apa yer? soalan ke2, awk hanya ke geogia sahaja ke atau cover iran skali?penginapan plak mcm mana..mudah tak nk cr backpacker hostel mcm female dorm..tq alisa..

    • Alisa Omar berkata:

      Hai syuk, saya pegi time summer. Tapi masa winter still boleh pegi gak, except Ushguli. Ada beberapa tempat yang cantik boleh pegi time winter macam Kazbegi, Gudauri. Gunung Kazbegi nampak paling cantik time winter. Gudauri plak boleh main ski.

      Saya tak datang dari Iran, tapi dari Azerbaijan. Waktu tu cover banyak destinasi, Georgia – Armenia – Greece – Montenegro – Italy. Dorm kat Georgia sekarang senang cari berbanding masa Alisa rancang Georgia dulu, time tu, tourism dia belum start booming lagi.

      Hope it helps! 😊

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

*