overbooked flight travel tips

‘Overbooked Flight’ – Antara Definisi, Sebab dan Hak Korang Sebagai Penumpang

‘Overbooked’, salah satu masalah yang kerap berlaku, terutamanya di Amerika Syarikat. Tapi selepas timbul kes panas di mana penumpang dari United Airlines diheret keluar secara paksa, maka perasaan panik mula timbul di kalangan travelers di seluruh dunia. Bagaimana kalau airline korang tetiba melarang korang check-in sebab flight dah penuh? Teruskan membaca, aku akan kupas lebih mendalam tentang isu ni.

Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh MileCards.com, Delta Airlines mencatatkan rekod tertinggi untuk kes overbooked, dan diikuti oleh United Airlines di tangga kedua tertinggi.  JetBlue dan Hawaiian Airlines mencatatkan peratus yang rendah dalam memberi pampasan pada penumpang kerana masalah overbooked jarang berlaku.

sumber: milecards.com

Apakah maksud Overbooked?

Overbooked adalah cara sebuah perniagaan atau institusi seperti hotel, syarikat penerbangan, membuka tempahan atau menjual tiket kepada pengguna melebihi kapasiti dia orang. Contohnya, jika flight Airasia mempunyai 100 tempat duduk, tiket akan dijual untuk 110 tempat duduk. Begitu juga dengan tempahan bilik hotel.

Kenapa airlines buat tempahan extra?

Syarikat penerbangan dibenarkan untuk overbook sebab dia orang tau, dalam 90% dari jumlah penumpang saja yang akan muncul. Baki 10% tu mungkin tak jadi fly, tertinggal flight atau apa-apa sebab yang menyebabkan penumpang tak dapat check-in flight. Untuk memaksimakan keuntungan dari hasil jualan tiket, pihak airlines buat tempahan extra untuk cover keuntungan dari 10% penumpang tu.

Macam mana airlines menentukan berapa banyak tiket yang perlu dijual?

Pihak airlines membuat anggaran berapa banyak tiket perlu dijual berdasarkan kiraan algorithm dan probability of penumpang membatalkan penerbangan dia orang, tak daftar masuk dan juga missed flight. Contoh statistik dibawah, memberi gambaran tentang bagaimana airline menggunakan info statistik ini untuk menentukan jumlah tiket yang perlu dijual.

Statistik berdasarkan peratus tempat duduk diisi. Sumber: cnbc

Macam mana pulak kalau semua penumpang muncul?

Ini yang menyebabkan insiden panas United Airlines bermula. Bila semua penumpang muncul, maka pihak airlines terpaksa membuat tawaran pada penumpang yang sukarela untuk melepaskan tempat duduk dia dan tunggu untuk flight ganti seterusnya. Tawaran pampasan boleh dalam bentuk untuk dollar credit, voucher ataupun diskaun untuk next flight. Setiap airlines mempunyai kriteria yang berbeza. Ini adalah antara contoh pampasan dari beberapa airlines:

VIRGIN AUSTRALIA

TRANSAVIA

overbooked flight travel tips hak penumpang

Untuk lihat lebih banyak pilihan pampasan dari Transavia, boleh rujuk di sini

EMIRATES

Emirates akan beri seat percuma untuk flight seterusnya dan complimentary voucher tiket return. Boleh rujuk di sini. Untuk senarai yang lebih lanjut, boleh rujuk di sini pulak.

Kalau tiada penumpang yang sukarela?

Dalam kes United Airlines, penumpang mendakwa mereka dipilih secara rambang. Tapi, berdasarkan United Airline’s Contract of Carriage, penumpang dipilih berdasarkan:

  • Flight itinerari dia orang (ada transit atau tak)
  • Kelas penumpang (ekonomi atau bisnes)
  • Penumpang yang check-in paling lambat. Aku sarankan check-in sebelum korang keluar dari rumah untuk menuju ke airport.
  • Nombor tempat duduk penumpang. Kalau korang terima boarding pass yang tak mempunyai nombor tempat duduk, berjaga-jaga, kalau flight overbooked, korang akan jadi mangsa yang pertama.

Apa hak kita sebagai penumpang?

Kalau kita fleksible dengan travel plan kita, kita boleh secara sukarela menerima tawaran dari pihak airlines. Ada sesetengah traveler yang memang akan terima sebab pampasan atau tawaran yang diberikan oleh sesetengah pihak airlines agak lumayan. Masa begini yang travelers boleh demand macam-macam seperti free upgrade, free meal atau voucher.

Kalau kita dipilih tanpa rela, secara ringkasnya, kita tiada pilihan. Suka atau tak, kita tetap tak dibenarkan boarding. Beza antara sukarela dengan tak rela, ialah cara korang diberi pampasan. Mengikut guideline hak penumpang di Eropah (Article 4), kalau penumpang give up seats secara sukarela, mereka akan diberi pampasan dan bantuan mengikut Article 8, iaitu:

Kalau penumpang kena denied boarding secara tak rela seperti penumpang United Airlines tu, mereka akan diberi pampasan mengikut Article 7 dan seterusnya dibantu mengikut panduan Article 8 dan Article 9:

Panduan di atas adalah untuk penumpang di Eropah, sebagai contoh. Untuk penumpang di Australia, Asia, Amerika akan mempunyai panduan yang berbeza. Aku sarankan, sebelum korang nak buat keputusan sama ada sukarela nak give up seats atau tak, tengok jenis pampasan yang ditawarkan. Sesetengah airline cuba nak beri tawaran murah untuk jimatkan bajet mereka.

Contohnya, SAS Airways cuba memberi aku flight kredit USD240 yang boleh dipakai untuk future flights dengan SAS Airways, sebagai pampasan. Memandangkan aku tak duduk di Scandinavia area, pampasan ni tak munasabah langsung. Jadi aku mohon untuk flight credit ditukarkan kepada tunai. Jangan takut untuk demand, sebab kalau bukan disebabkan dia orang, kita tak perlu untuk mengharungi kepayahan macam ni.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*