travel-australia-nz-memandu-selamat

Macam Mana Nak Memandu di Australia & NZ? Jom Baca 10 Tips Ini!

 

Masa mula-mula aku datang ke Australia dan New Zealand, cuak jugak nak drive sebab aku tahu road rules diaorang memang berlainan. Di Amerika pun sama. Tahukah anda, kalau kita di simpang empat di Malaysia, siapa berani lebih, dia akan keluar dulu. Kalau di Amerika, pemandu yang pertama sampai ke simpang empat, dia yang akan make the move dulu. Yang lain, kena tunggu.

Bagaimana pulak dengan road rules di Australia dan New Zealand? Ini adalah 10 benda yang anda kena tahu:

 

1. LESEN ANTARABANGSA

 

 

Topik ni mengelirukan ramai orang. Kenapa? Ada yang kata tak perlu oversease license, ada yang kata perlu lesen memandu antarabangsa. Jadi, yang mana betulnya ni? Okay, mengikut kajian dan homework yang aku lakukan, beserta jugak menggunakannya sebagai alasan untuk berkenalan dan mengorat abam-abam Aussie dan Kiwi di sini, perlu atau tidak, bergantung kepada lesen kita itu sendiri.

Kalau lesen kita dalam Bahasa Inggeris atau mempunyai translation yang tepat, tiada masalah. Kalau kita datang dari China atau India yang mempunyai lesen dalam bahasa Mandarin atau Tamil contohnya, kena pakai lesen memandu antarabangsa. Macam Malaysia punya, boleh guna sebab lesen terkini ada translasi ke Bahasa Inggeris.

But, nak lebih selamat dan tak nak pening kepala, dapatkan lesen antarabangsa. Kalau anda bukan jenis travel frequent, boleh hubungi syarikat kereta sewa anda untuk kepastian.

 

2. NAK MEMANDU SIDE MANA?

 

travel-australia-nz-memandu-kiri

sumber: history.com

 

Sama macam di Malaysia, memandu di bahagian kiri jalan. Stereng pula di sebelah kanan. Kalau biasa memandu di Malaysia, tiada masalah. Cuma kita kena beringat, pemandu di sini jarang membunyikan hon. Hon hanya digunakan kalau betul-betul marah. Even dalam kelas memandu pun tak disarankan untuk hon. Kalau di Malaysia, no problem. Aku pun hon sesuka hati kalau tak puas hati.

 

3. SPEED LIMIT DAN SPEED TRAP

 

travel-australia-nz-memandu-hadlaju

sumber: stuff.co.nz

 

Tak macam di Malaysia, polis trafik di Australia dan New Zealand sangat strict. Memang di Malaysia ada speed camera, malah kita siap diberi amaran 3 papan tanda jalan sebelum jumpa speed camera, supaya kita boleh bersedia dan perlahankan kereta ikut had laju ditetapkan.

Macam anda lihat di kaca TV, di mana ada kereta patrol menunggu di sesuatu lokasi dan memeriksa kelajuan kereta anda dari jauh, sini pun sama. Tahu-tahu dah dengar bunyi siren dari belakang. Celah bedah mana dia sorok, aku pun tak tahu.

 

 

Aku memang sikit paranoid kalau drive di jalan Australia terutamanya. Sebabnya, selain dari kena awasi had limit, speed camera, kereta patrol, aku kena jaga jugak dengan motor patrol. Aku pernah lihat dari jauh, satu demi satu dia lepasi sambil usya dalam kereta sebelah kalau ada yang main phone sambil memandu, atau tak pakai seatbelt.

Speeding fine di Australia, AUD168 paling murah (makin banyak beza laju anda dengan had laju, lagi tinggi denda). Di NZ pulak, NZD30 untuk kelajuan lebih 10km/h dari had laju. Pastikan anda update dengan hadlaju di jalan tersebut. Tak semua jalan mempunyai hadlaju yang sama:

  • 40-60 km/h – kalau ada roadwork dan bila masuk school zone
  • 50 km/h – hadlaju di kawasan perumahan (sometimes di pekan & bandar pun ada)
  • 60 km/h – hadlaju di kebanyakan kawasan pekan dan bandar
  • 80 km/h – highway kecik
  • 100-110 km/h – highway besar (lebih kurang macam PLUS highway)

 

4. LALUAN TOLL

 

 

Kalau di Malaysia ada plaza tol, di Australia dan New Zealand pulak, ada cashless toll. Ini bermakna, bila anda masuk laluan tol, anda akan lepasi satu tiang yang lengkap dengan scanner dan kamera. Tiang ini akan rakam nombor pendaftaran kereta kita dan macam sistem SmartTag, ia akan scan elektronik tag yang dilekatkan pada cermin depan kereta.

Kalau kita tak ada elektronik ni, jangan khuatir. Kita punya 3 hari (Australia) atau 5 hari (New Zealand) untuk bayar tol. Boleh bayar di sini (untuk Australia) atau di sini (untuk NZ). Kalau tak bayar dalam masa yang ditetapkan, dendanya pula bergantung pada undang-undang Australia state itu sendiri. Queensland, NSW, VIC punya nilai denda berbeza:

  • QLD: AUD 12 (Toll notice) + AUD12 (administration fee) = AUD24. Kalau tak bayar jugak, kes anda akan dibawa ke mahkamah atau debt collector agency
  • NSW: Jumlah toll dari jalan yang kita lalu + AUD 10-12 (administration fee). Sama kes dengan QLD kalau tak bayar.
  • VIC:¬†Jumlah toll dari jalan yang kita lalu + AUD 5.53 (toll invoice fee pertama) + AUD 2.76 (kereta daftar di Vic atau AUD 4.77 (kereta daftar di luar VIC) + AUD 11.07 (toll invoice fee kedua kalau tak bayar dalam 14 hari selepas toll invoice fee pertama tak dibayar.

Di NZ pulak, jika anda tak bayar toll, anda perlu bayaran jumlah laluan tol anda beserta tambahan NZD4.90 untuk administration fees. Jika dalam masa 28 hari selepas toll notice dikeluarkan dan masih tiada bayaran, kes anda akan dibawak ke debt collector agency beserta tambahan NZD40 untuk administration fees yang kedua.

 

5. LAMPU ISYARAT

 

travel-australia-nz-memandu-traffic

sumber: wired.com

 

Kalau di Malaysia, kebanyakan lampu isyarat kita akan bezakan antara isyarat terus dan isyarat belok. Di sini, ada tu memang ada, cuma ia agak tricky sikit. Bila lampu isyarat jadi hijau, pemandu yang tak membelok, boleh drive seperti biasa. Stret saja. Bagi yang nak membelok, kalau tak ada kereta dari arah bertentangan, baru boleh belok. Kalau ada, tunggulah kita di situ, walaupun lampu dah hijau.

 

6. PEJALAN KAKI

 

travel-australia-nz-memandu-pejalan-kaki

sumber: wikipedia.org

 

Seperti di Eropah, laluan pejalan kaki memang penting di sini. Di Malaysia, awareness tentang kepentingan dan keselamatan pejalan kaki tak begitu diterapkan. Aku pernah nampak dengan mata aku sendiri bila ada kereta memecut dari jauh bila dia nampak ada pejalan kaki nak lintas jalan.

Lokasi panas, laluan pejalan kaki antara Pavilion dengan Hakka Restaurant. Situ kes ragut, kes pecut kat pedestrian walking, semua ada. Ada pemandu siap hon lagi, supaya kami tak melintas, kasi dia jalan dulu. Nak berak agaknya tu.

Di Australia, New Zealand dan negara Eropah, pejalan kaki mempunyai special rights di mana kalau mereka melintas, kenderaan memang kena berhenti bagi laluan, tak kira di mana anda berada. Kalau anda tak berhenti, anda boleh dapat saman. Di NSW, buta-buta je boleh kena saman AUD330 (~MYR1030). Jadi, berhentilah untuk mereka ye.

 

7. PENUNGGANG MOTORSIKAL DAN CYCLIST

 

 

Bila masuk bab riders dan cyclist, anda kena treat diaorang macam sebuah kenderaan. Ini bermakna, anda tak dibenarkan untuk drive sebelah-sebelah dengan diaorang. Bila di lampu isyarat, anda kena beratur di belakang mereka.

Jika nak overtake, macam mana anda potong kereta di depan anda kat Malaysia, macam tu jugak kalau nak overtake penunggang motorsikal dan jugak cyclist. Pay attention jika mereka mahu membelok.

 

8. ISI MINYAK

 

 

Di Malaysia, kita akan ke kaunter dulu, banyak minyak yang nak diisi dan lepas tu, angkat pam dan crottt. Pernah ada kes di mana ada hamba Allah isi full tank dan terus lari tanpa sebarang bayaran. End up, hamba Allah itu enjoy dapat minyak free, gaji staf pam minyak pulak kena potong.

Interestingly, kalau nak isi minyak di Australia dan New Zealand, kita isi minyak dulu, then baru bayar di kaunter. Kalau anda tanya, tak ada orang lari dengan minyak free ke?

Tak ada. Sebabnya, kalau anda lari, anda sudah commit satu kesalahan jenayah. Dengan kamera CCTV merata-rata, tak sukar untuk pihak polis carik anda dan kereta anda.

 

9. PARKING

 

 

Parking di CBD (Central Business District) seperti city centre of Sydney, Brisbane, Perth etc, memang susah nak cari parking. Kalau ada pun, sama ada anda kena masuk ke parking area seperti Wilson Parking ataupun parking tepi jalan dan bayar meter parking. Wilson Parking adalah salah satu dari syarikat yang mengendali parking lot dan harga dia berbeza ikut state.

Kalau di Albert Street, Brisbane contohnya:

  • 0-15 min : AUD3
  • 15-30min: AUD10
  • 0.5-1 jam: AUD23
  • 1-2 jam: AUD46
  • 2-3 jam: AUD69
  • 3 jam ke atas: AUD76

Ketika aku tulis artikel ni, aku masih garu kepala mencari parking lot di Sydney dengan harga yang lebih efficient. Otherwise, aku terpaksa spend AUD120 (~MYR377) untuk 3 hari. Jilake betul. Dengan duit banyak tu, makan seminggu pon cukup kot, untuk orang single-mingle macam aku la.

Lagi satu, kalau anda nak park tepi jalan, pay attention pada tempoh parking tersebut. Ada yang 5 minit, 1 jam, 2 jam, 3 jam. Di papan tanda tu ada tulis. Aku pernah kena saman parking lebih masa di Taupo, NZ. Tak perasan papan tanda tempoh parking hanya hadkan 1 jam saja.

 

10. POLIS PERONDA

 

travel-australia-nz-memandu-polis-peronda

sumber: news.com.au

 

Once anda diberhentikan oleh polis peronda, most the time, there’s no way out of this. Saman tetap dapat. Pujuklah macam mana sekali pun, mereka takkan lepaskan anda begitu saja. Jangan cuba attempt “kita settle sini sajalah”, kalau tak nak merempat dalam lokap polis lepas ni. Diaorang memang strict.

Ketika memandu, pay attention on whatever around you; hadlaju, speed limit, pedestrian, riders, cyclist etc. Do not ever pegang telefon anda walaupun sesaat dan walaupun kereta tengah statik sambil menunggu lampu isyarat. Polis peronda memang pantang kalau nampak anda pegang telefon sambil memandu. Seatbelt jangan lupa pakai dan jangan cucuk kereta depan (itu bukan budaya tipikal di sini).

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*