australia-immigration-biosecurity-declaration

Nak Bawa Masuk Makanan Ke Australia? Apa Yang Kita Perlu ‘Declare’?

 

Minggu ni saja, aku kerap ditanya tentang status barang-barang yang boleh dibawa masuk ke sempadan Australia. Barang apa yang kena declare? Simpan makanan dalam bekas plastik boleh ke? Walaupun bekas makanan tu ditutup ketat dan rapi?

Jadi, apa kata kali ini aku kongsikan senarai barang-barang yang wajib kena declare dan barang yang tetap akan dirampas walaupun dah declare. Jangan lupa bookmark post ini supaya korang boleh rujuk bila nak ke Australia atau New Zealand nanti. Jangan lupa share jugak dengan kawan-kawan ya! Tak pasal-pasal kena penalti fee $340 (~MYR1050) nanti.

 

Jadi, barang apa yang kena declare?

 

MAKANAN

 

1. Makanan & snek yang kita dapat dari airline

australia-immigration-biosecurity-food-declaration

sumber: delta.com

 

2. Makanan disediakan secara komersial (dimasak atau mentah, contoh: frozen food)

australia-immigration-biosecurity-declaration

sumber: hospibuz.com

 

3. Dried fruit & vegetables

 

4. Beras & mi segera

 

5. Herba dan rempah

 

6. Ubat herba & tradisional, tonik dan teh herba

 

7. Makanan yang dibungkus

sumber: foodista.com

 

8. Makanan snek (jajan)

australia-immigration-biosecurity-snacks-declaration

sumber: amazon.com

 

9. Produk madu

 

PRODUK TENUSU

 

1. Baby milk powder

 

2. Susu, keju, cream

 

3. Telur dan produk yang mengandungi telur: mayonnaise, egg noodles (mi kuning)

 

DAGING, AYAM & MAKANAN LAUT

 

1. Daging, ayam & makanan laut (segar, kering, beku, dimasak, disalai, diawet)

 

2. Sosej, salami, atau hirisan daging

 

BENIH & KACANG

 

1. Semua jenis kacang (kuaci, pagoda, cashew, almond etc)

 

BUAH-BUAHAN & SAYUR-SAYURAN

 

1. Semua jenis buah-buahan & sayur-sayuran (segar atau frozen)

sumber: mirror.co.uk

 

TUMBUH-TUMBUHAN

 

1. Tumbuhan hidup termasuk keratannya (contoh: ulam-ulaman)

 

2. Teh yang mengandungi biji benih, kulit buah

sumber: pinterest.fr

 

3. Ubat-ubatan mengandungi biji benih, herba, kulat, tumbuhan kering

sumber: mhra.gov.uk

 

4. Bunga dan potpourri (segar dan kering)

 

5. Barang kraftangan yang mengandungi benih, kacang, jagung, kulit kayu, lumut, jerami,  dan sebagainya

 

6. Produk kayu

sumber: diytrade.com

 

PRODUK HAIWAN

 

1. Produk hasil dari haiwan seperti kapas, bulu burung, kulit haiwan, tulang, tanduk, dan macam-macam lagi.

sumber: shopify.com

 

2. Barang kemas/cenderamata yang mengandungi kulit kerang dan cangkerang

sumber: pinterest.com

 

3. Produk dari lebah (sabun, lotion, essential oils, madu, etc)

 

4. Pet food

 

Alisa, bunyinya macam leceh saja. Kalau sorok dalam stokin dan tak declare, agak-agak selamat tak? Bukan diaorang tahu pun kan?

Berdasarkan dari pengalaman aku, pelancong dari Asia adalah antara majoriti yang ditarik untuk buat pemeriksaan beg secara rawak. Jadi, kalau tak declare tu, peluang untuk dikenakan denda penalti sebanyak MYR1050 memang tinggi.

Kalau sorok barang yang tak declare pula, kita boleh didakwa di mahkamah atas tuduhan cubaan menyeludup di bawah Biosecurity Act 2015 dan boleh dikenakan bayaran denda sebanyak AUD420,000 (~MYR1.3 juta) dan 10 tahun penjara.

 

Macam mana pula dengan makanan atau lauk pauk yang dibawa dari Malaysia dan ditutup rapi dalam food container? Boleh bawak masuk tak?

Makanan yang dimasak atau dibawa dari rumah, dan tak di-pek dari kilang, tak dibenarkan bawak masuk ke sempadan Australia. Ia dikira Biosecurity Hazard, walaupun frozen atau balut food container seketatnya dengan kertas aluminium.

Kalau nak bawak masuk makanan, pastikan ia masih belum dibuka manufacturing packaging dia. Contohnya, kalau nak bawak tin Milo atau sambal belacan instant, beli dari supermarket Tesco, Giant atau Mydin dan jangan bukak selagi tak keluar dari airport Australia. Once dah bukak, walaupun korang declare, ia tetap akan dirampas.

Senarai ini jugak boleh dipakai bila melalui imigresen New Zealand.

Sumber senarai: Department of Agriculture and Water Resources

 

6 Comments

  • kak nor says:

    assalamualaikum alisa..

    saya dan famili nak travel ke perth april nnti. cuaca d sana panas sangat ke ?
    jika bawa ubatan darah tinggi atau supplements kena declare dulu ya?

    • Alisa Omar says:

      wasalam kak nor,

      Kalau april, purata suhu Perth dalam 15 – 25 degree celcius. Should be tak panas sangat. Kalau ubatan darah tinggi tak perlu declare sebab itu untuk personal use. Cuma untuk supplements tu, supplement yang macam mana tu, kak nor? Kalau herba-herba atau ubat tradisional cam jamu tu, tak dibenarkan walaupun declare.

      Kalau kak nor ada soalan lagi, jangan malu-malu tanya saya. Insya allah saya akan cuba sebaik mungkin tolong akak. Boleh jugak PM saya kat Facebook: Alisa Omar.

  • ida says:

    Assalam alisa,

    untuk barang kemas tu, kalau brg kemas yg kte pakai mcm rantai or gelang kena declare jgak ke?

    • Alisa Omar says:

      Wasalam sis,

      Kalau barang kemas yang kita tengah pakai, tak perlu declare. Tapi kalau ia disimpan dalam luggage misalannya, mungkin diorang nak tau harga barang kemas tu lebih dari Rm30,000 ke tak.

  • miza says:

    Assalamualaikum,
    Saya akan ke perth Mei 2018, nak tanya. kalau kita wrapping siap2 drp malaysia bagasi kita, adakah airport di perth akan ditoreh untuk cek brg yang kita bawa?

    • Alisa Omar says:

      Waalaikumsalam,

      toreh kalau benda dalam tu makanan, kacang-kacang atau sebarang barang yang tak dibenarkan bawak masuk. Nak senang, buat senarai barang yang dibawa. Nak lagi senang, mana yang dah wrapping ngan plastik tu, letak label. Tapi kalau letak label tapi ia adalah barang yang tak dibenarkan, dia tetap toreh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*