Macam Mana Nak Kemas Beg Dengan Efisien dan Pantas "Like A Pro"?

Macam Mana Nak Kemas Beg Dengan Efisien dan Pantas “Like A Pro”?

 

Sama ada anda baru nak berjinak-jinak dalam dunia travel, mahupun seorang yang sudah berpengalaman, bila masuk bab kemas beg ini, ia memerlukan teknik yang betul supaya kita dapat membawa barang kita tanpa melepasi had berat yang ditetapkan. Dulunya, aku berpandukan pada sehelai kertas untuk senarai barang-barang yang perlu dibawa. Sekarang ni, walaupun dah lunyai kertas tu, tapi ia sudah terpahat dalam kepala aku. Jadi, secara indirectly, aku masih memerlukan senarai bila kemas beg untuk travel nanti.

Apa yang aku kongsikan di sini adalah berdasarkan dari barang wajib yang dibawa oleh setiap traveler serta beberapa barang tambahan yang menjadi kegemaran aku ketika travel. Para pembaca boleh menambah dari senarai ini mengikut kesesuaian masing-masing, ya. Boleh juga ‘bookmark’ post ini bila travel trip anda sudah dekat, senang nak rujuk di kemudian hari nanti.

 

BAGASI

 

 

Bergantung pada destinasi yang anda mahu pergi, adakah ia multiple destinations atau single destinations? Contohnya, kalau aku mempunyai destinasi Amsterdam – Athens – Venice, aku lebih sukakan bawa backpack sebab  ia akan menjadi lebih mudah untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Tambahan pula kalau anda mahu ke negara eksotik seperti Mauritius atau Bahamas dan hotel anda pula berada di tepi pantai. Kalau bawa bagasi beroda, bersedialah untuk membuat latihan stamina untuk Ninja Warrior!

Untuk perlindungan bagasi kita pula, bagi untuk beg beroda, pastikan beg kita mempunyai TSA lock safety feature. Nak pakai mangga tu boleh, tapi jangan terkejut kalau beg kita menjadi pilihan untuk pemeriksaan secara rawak oleh pegawai imigresen sebelum beg kita tiba di karousel. Jika beg kita disyaki mempunyai barang berisiko, mereka tidak akan teragak-agak untuk merosakkan beg kita kalau beg telah dikunci dengan mangga.

 

Macam Mana Nak Kemas Beg Dengan Efisien dan Pantas "Like A Pro"?

TSA Lock Safety Feature. sumber: youtube.com

 

Bagi backpack pula, pastikan kita ada backpack cover. Ia boleh melindungi beg kita dari hujan dan panas dan dari rosak bila kita harus daftar masuk backpack kita. Sebaiknya, bawa backpack yang boleh dibawa masuk ke kabin, lebih selamat untuk kondisi beg kita.

 

Macam Mana Nak Kemas Beg Dengan Efisien dan Pantas "Like A Pro"?

Backpack cover. sumber: aliexpress.com

 

Bila aku travel: Aku akan bawa backpack 40L ataupun bagasi untuk didaftar masuk dan bawa day-pack untuk letak semua barang peribadi seperti passport, dompet, MP3 dan lain-lain.

 

BARANG-BARANG

Kalau aktiviti travel kita lebih kepada “Free & Easy”, ia akan menjadi lebih mudah untuk memilih dan mengemas barang kita. Tapi, what if kita akan membuat pelbagai aktiviti seperti aktiviti pantai, hiking, casual walk dan sebagainya? Tentunya perlu banyak lagi gear yang perlu diletakkan di dalam beg, bukan? Seperti trip aku ke utara New Zealand sebelum ini, antara aktiviti yang dilakukan ialah caving, mountain climbing, snorkeling, dan berenang. Jadi, kasut hiking, hiking poles, baju dan seluar hiking, goggles adalah antara barang wajib yang aku kena bawa.

Ini adalah barang asas yang diperlukan tanpa mengira musim atau aktiviti yang dilakukan ketika travel. Anda boleh tambah mengikut kesesuaian itinerari travel anda:

Barang Asas

  • Lightweight top
  • T-shirts
  • Seluar kalis air
  • Sweater
  • Pakaian dri-fit
  • Jaket kalis air
  • Jeans (sepasang sahaja)
  • Kasut (sneakers)
  • Stokin
  • Under garment
  • Pakaian untuk aktiviti (berenang/snorkeling/hiking/etc)

Barang Mandi

  • Shampoo
  • Conditioner
  • Pelembap muka
  • Sunblock lotion
  • Baby oil
  • Ubat gigi dan berus gigi
  • Sabun/gel mandi
  • Deodorant
  • Pencuci muka
  • Vaseline
  • Baby wipes
  • Losyen

Barang-barang lain

  • Emergency poncho/ baju hujan
  • Selipar jepun (untuk ke pantai dan bilik air di backpackers hostel)
  • Topi dan sunglasses
  • Travel towel
  • Travel pillow
  • Laundry bag
  • Adapter antarabangsa dan portable power outlet
  • Powerbank
  • Camera dan bateri tambahan
  • GoPro
  • MP3 atau buku untuk hiburan
  • Aplikasi travel yang berguna seperti peta offline, penukaran matawang, language translation
  • Botol air kosong
  • First aid kit seperti plaster, minyak gamat, panadol, seasick/motion sickness tablet
  • Lampu suluh
  • Gunting/pocket knife (untuk daftar masuk beg saja)
  • Pen dan travel jurnal

Dokumen penting

  • Passport dan salinan fotostat passport
  • Butir informasi tempahan hotel/aktiviti
  • Itinerari travel
  • Emergency contact details
  • Travel insurance
  • Nombor kecemasan untuk polis/bomba/hospital
  • Kad debit/kredit

 

KEPERLUAN BARANG BERDASARKAN DESTINASI

Setiap destinasi mempunyai undang-undang mereka yang tersendiri bila masuk bab pemakaian. Contohnya di Iran, para pengembara, terutamanya traveler wanita dari seluruh dunia, harus menutup aurat mereka kecuali muka dan tapak tangan. Begitu juga di Thailand dan Bali, pengunjung dikehendaki berpakaian sopan sebelum memasuki tempat suci mereka.

 

 

BAGAIMANA NAK KEMAS BARANG DENGAN EFISIEN?

Sama ada kita pakai backpack ataupun bagasi beroda, teknik untuk kemas beg agak sama walaupun ada sedikit perbezaan. Untuk backpack, mulakan barang-barang yang ringan di bahagian bawah beg. Antara barang-barang yang anda boleh letak ialah lightweight top, t-shirts, under garment dan stokin. Jangan letak fabrik yang berat di bahagian bawah, ia akan merosakkan beg anda dengan lebih cepat nanti.

Berbeza dengan bagasi beroda pula, selalunya aku akan letak barang yang berat seperti jeans dan seluar hiking di bahagian bawah beg. Sebabnya, jika aku letak barang yang selalu aku akan pakai seperti t-shirts dan under garments di bahagian bawah beg, ia menghalang atau merosakkan susunan barang lain yang telah dikemas. Memandangkan seluar yang aku bawa jarang berbau dan kalis air, jadi aku tak perlu tukar seluar hari-hari berbanding t-shirts dan pakaian dalam.

Tapi, tak kira apa jenis beg yang kita akan pakai, mereka berkongsi teknik kemas beg yang sama iaitu teknik menggulung baju. Dengan teknik ini, kita dapat memaksimakan ruang yang kita ada dalam beg dan ini boleh diaplikasikan untuk seluar dan juga baju.

 

Teknik menggulung baju. sumber: businesstravellife.com

 

Bagi barang-barang mandi, jangan bawa toiletries bag, sebab ia agak berat dah besar. Gantikan beg toiletries kita dengan beg ziploc. Tahukah anda, beg ziploc ni sangat berguna. Kita boleh digunakan untuk letak kasut, sabun, baju busuk, pakaian dalam dan ia juga boleh memberi lebih banyak ruang dalam beg kita. Tapi, pastikan kita sudah keluarkan semua udara yang terdapat dalam beg ziploc sebelum tutupnya dengan rapat.

 

Penggunaan ziploc bag untuk kemas barang. sumber: actiontravelworld.wordpress.com

 

Share

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

*