koh rong samloem travel tips cambodia selatan

Koh Rong Samloem, Sebuah Permata Yang Tersembunyi di Selatan Cambodia

Aku terima banyak feedback dan soalan tentang Koh Rong Samloem. Air lautnya yang sangat jernih macam kristal dan angin laut yang sangat dingin, memang logiklah kenapa ia menjadi perhatian ramai. Koh Rong Samloem adalah sebuah pulau yang terletak di selatan Cambodia. Aku berpeluang untuk menjejaki pulau rahsia ini pada tahun baru 2016. Di saat manusia di seluruh dunia menyambut tahun baru dengan bunyi mercun dan bunga api, aku menyambut tahun baru di sini dengan penuh ketenangan dari ombak yang deras.

 

koh rong samloem travel tips selatan cambodia

Ni je kerja aku masa kat sana, melepak atas hammock sampai terlelap. Nyaman sungguh angin dia

Macam mana nak ke Pulau Koh Rong Samloem?

Route paling sesuai untuk ke sini ialah terbang dari Kuala Lumpur ke Phnom Penh dulu, kemudian naik mini bas dari Phnom Penh ke Sihanoukville. Masa trip aku, aku singgah ke Kampot dulu untuk beberapa hari, bukan direct dari Phnom Penh. Aku naik mini bas dari Kampot ke Sihanoukville dan memakan masa 2 jam saja. Ada tiga jenis pengangkutan yang korang boleh pilih untuk ke Sihanoukville:

 

Mini Bas

sumber: 12go.asia

 

Kalau nak dibandingkan antara mini bas dan bas biasa, mini bas lebih selesa. Harga dia agak mahal berbanding bas biasa, USD10 untuk sehala. Boleh tempah tiket melalui travel agensi, laman web rasmi syarikat mini bas (http://giantibis.com/) atau Mekong Express (https://catmekongexpress.com/) ataupun melalui lobi hostel/motel/guesthouse.

Bergantung pada slot masa mini bas ni gerak, perjalanan bas boleh mengambil masa antara 4-6 jam. Bagi yang nak tempah melalui travel agensi, aku sarankan korang cari review tentang servis mini bas/van yang disediakan dari travel agensi tersebut. Memang ada dengar cerita tentang bas/van yang sampai terlalu lambat sampai kacau travel plan orang, yang tak muncul pun ada.

 

Bas

sumber: camboticket

 

Selain dari mini bas, korang boleh juga cuba servis bas. Bezanya dengan mini bas, harga dia lagi murah dari mini bas, tapi dari segi keselesaan, aku tak sarankan untuk jarak jauh seperti Phnom Penh – Sihanoukville. Malah tempoh perjalanan dia lagi lama dari mini bas. Sama jugak macam mini bas, tempahan boleh dibuat melalui travel agensi, laman web rasmi syarikat bas (http://www.capitoltourscambodia.com/), lobi hostel/motel/guesthouse ataupun laman web Bookmebus.com

Untuk tempahan bas atau mini bas, aku sarankan juga korang tempah dalam 1-2 sebelum the actual travel day, dan ambil slot masa yang paling awal. Supaya dapat escape dari kesesakan trafik.

 

Teksi

 

Dalam banyak-banyak pengangkutan untuk ke Sihanoukville, teksi yang paling selesa. Kita ada ruang untuk diri kita sendiri, cuma harga dia paling mahal berbanding yang lain. Kalau korang dah ada harga estimation untuk teksi, korang boleh dapat harga teksi antara USD60-100 sehala. Travel agensi akan cuba letak USD120, dan dari situ kita boleh bargain. Tapi kalau tahu dari awal harga anggaran, once travel agensi tawarkan harga USD120, korang dah boleh keluar cari agensi lain. Boleh jugak buat tempahan di Bookmebus.com.

 

Speed ferry. Sumber: kohrong-islandtravel.com

 

Sampai saja korang ke Sihanoukville, boleh terus ke jeti dan beli tiket bot untuk ke Koh Rong Samloem. Tapi jangan jadi confused bila kaunter staf tanya, Koh Rong yang mana? Ada dua jenis pulau dengan nama yang agak sama; pulau Koh Rong dan pulau Koh Rong Samloem. Korang boleh tempah awal melalui travel agensi, walk-in atau online (http://speedferrycambodia.com/). Sebab aku propose speed ferry, adalah ia yang paling laju untuk ke pulau Koh Rong Samloem, 2 jam 30 minit. Harga tiket untuk speed ferry adalah USD20-25, dua hala. Kalau korang fleksibel dengan travel plan, boleh cari mana-mana long-tail boat (USD5, sehala, tiada jaket keselamatan) yang ada berdekatan di jeti.

Info tambahan: waktu untuk feri bergerak selalunya tak punctual langsung. Jadi, aku sarankan, kosongkan hari korang waktu tu, tanpa apa-apa aktiviti.

 

koh rong samloem travel tips cambodia selatan

Long-tail boat. Sumber: visitkohrong

 

Perlu tempah hotel dengan walk-in atau online?

 

koh rong samloem travel tips cambodia selatan

Klasik tak accommodation aku? Paradise Villa namanya.

 

Dua-dua boleh. Tapi nak selamat, lebih baik tempah online terus. Tambah kalau korang datang waktu peak season. Tapi kalau bab tempat tinggal, memang tak ada masalah. Banyak hostel, beach hotel di sepanjang pantai Koh Rong Samloem ni. Boleh tempah awal melalui AirBnb, Booking.com, Agoda, ataupun Hostelworld. Harga boleh bermula dari USD10 per malam untuk hostel, ke USD30-100 untuk beach hotel.

 

Apa aktiviti menarik yang boleh dibuat di sini?

 

koh rong samloem travel tips selatan cambodia

Kejernihan air laut di Koh Rong Samloem, nampak macam tak ada air langsung!

 

Walaupun aku suka buat aktiviti ketika travel, tapi angin laut Koh Rong Samloem yang sangat dingin, buatkan aku lebih suka luangkan masa baca buku di hammock sebelum terlelap untuk beberapa jam. Hahaha. Tapi, kalau korang jenis aktif, masih mahu buat sesuatu, korang boleh:

 

Scuba diving/Snorkeling

 

sumber: koh-rong-samloem-island.com

 

Kalau dah jejak pulau ni, kaki scuba diving dengan kaki snorkeling jangan lepaskan peluang untuk menyelam cepuih-cepuih di lautan Koh Rong Samloem ni. Boleh buat tempahan aktiviti skuba/snorkel melalui staf di hostel/beach hotel atau guesthouse korang. Harga snorkel bermula dengan USD25, dan scuba diving, USD65-75. Boleh rujuk info lanjut di sini beserta agensi-agensi yang menawarkan aktiviti ni.

 

Island Day Trip – Pulau Koh Rong

 

Koh Rong. Sumber: frugalfrolicker.com

 

Selain dari skuba/snorkel, korang boleh juga lawati pulau Koh Rong untuk day trip. Approach saja mana-mana travel agensi di Koh Rong Samloem ataupun staf hostel/beach hotel/guesthouse korang dan beli tiket dari situ. The Beach Island Resort adalah hub utama yang menyediakan semua servis. Lebih baik korang pergi situ dulu, sebelum cuba cari agensi yang lain. Harga tiket bermula USD10 sehala.

 

Hike ke Rumah Api

 

Hike ni akan mengambil masa minimum 2 jam untuk tiba di puncak. Bila kita sampai sana nanti, akan ada seorang lelaki Cambodia yang menjaga tempat ni. Dia akan mintak bayaran (USD1-2) kalau kita nak masuk rumah api dan naik sampai atas.

 

Sea-kayak

 

sumber: koh-rong-samloem-island.com

 

Sewa kayak di Beach Island Resort, dan kayaklah ke mana saja korang nak pergi, asalkan tak sesat dan sangkut di tengah-tengah laut. Hahaha. Harga sewa kayak bermula dengan USD10 untuk 1 jam, dan tambahan USD5 untuk jam seterusnya. Di resort yang sama jugak (Beach Island Resort), ada menyediakan servis kayak tour yang akan bawak korang ke kampung nelayan, paya bakau, air terjun dalam gua dan banyak lagi. Harga tour, USD25 per seorang dan tour ni akan mengambil masa selama 4 jam.

 

Mountain Biking

 

Kalau korang nak aktiviti yang lebih lasak, boleh cuba mountain biking tour. Korang boleh book tour ni dari resort yang sama, Beach Island Resort. Harga bermula dengan USD15 untuk 2 jam dan USD25 untuk 5 jam per person.

Info tambahan

  1. Memandangkan kebanyakan hostel/beach hotel/guesthouse jana elektrik melalui generator, jadi, dari pukul 8 pagi hingga 3 petang, tak akan ada bekalan elektrik. Jadi, kalau korang nak cas barang elektronik, lebih baik cas pada waktu malam, sebelum tidur.
  2. Tiada Wi-Fi percuma untuk hotel bajet. Kalau hotel yang mahal, baru ada Wi-Fi percuma. Bagi hotel bajet yang ada Wi-Fi, akan dicas dengan harga USD5, tapi connection dia amat perlahan.
  3. Kalau bot korang dari Koh Rong Samloem gerak pada pukul 11 pagi, pastikan korang ada spare masa dalam 30-45 minit untuk jalan dari hostel/beach hotel/guesthouse ke jeti, sebab jarak dia agak jauh. Tambah pulak jalan atas pasir. Confirm slim kaki korang lepas tu.
  4. Berdasarkan info no.3, aku tak sarankan untuk bawak beg tolak. Susah untuk diangkut dari jeti-hotel-jeti. Akan ada orang tempatan yang menawarkan servis akan beg ke jeti, tapi kena bayar. Aku lupa berapa harga dia.
  5. Banyak nyamuk, bawak insect repellant yang paling kuat sekali.
  6. Restoran halal, kalau tak silap aku memang tak ada. Jadi bawak stok makanan korang siap-siap.

Di bawah adalah peta lokasi untuk semua lokasi di Koh Rong Samloem:

sumber: freedom-island-bungalow.com

Untuk lihat lebih banyak foto Koh Rong Samloem, boleh usya dekat Galeri Foto! Jangan lupa tinggalkan komen korang ya!

 

Share

2 Comments

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

*