Latvia: KGB Prison 1

Travel ke Latvia Temukan Aku Dengan Kisah Sadis Di Sebalik Apartment Mewah Ini

Aku travel ke Latvia pada bulan Julai 2016, sebagai transit dari Tbilisi, Georgia ke Stockholm, Sweden. Ketika di Riga, aku berkesempatan untuk visit KGB Prison Headquarter. KGB adalah agen keselamatan untuk pihak Soviet Union. Seperti puak rejim Khmer Rouge di Cambodia, tugas KGB adalah untuk mencari maklumat, menghapuskan musuh dan menyebarkan rasa takut rakyat pada Soviet Union.

Sebuah bangunan apartment mewah yang pada asalnya, amat terkenal dengan imej exclusive di kalangan bangsawan, bertukar tangan dengan kerajaan Latvia dan ia dijadikan sebagai bangunan kerajaan. Bangunan ini diberi nama “The Corner House”. Sehinggalah tentera Soviet Union memasuki Latvia pada tahun 1940, dan menjadikan “The Corner House” sebagai pusat tahanan utama KGB untuk Latvia. Lokasi pusat tahanan ini terletak di Riga.

travel latvia: penjara KGB

Selepas KGB memiliki “The Corner House”, rekod melaporkan pada tahun 1941, seramai 15,000 orang hilang dan tiada siapa yang tahu kesudahan nasib mereka sejak mereka diberi waran tangkap oleh agen KGB. Bahagian luar bangunan ini kelihatan seperti bangunan biasa. Ini untuk mengelakkan dari orang awam menghidu kegiatan sebenar KGB di dalam bangunan ini. Malah aku sendiri tak dapat kenal pasti mana bangunan dia. Sehinggalah aku nampak satu papan tanda kayu di dinding sebuah bangunan. Itu saja satu-satunya tanda untuk penjara KBG yang ditukarkan menjadi muzium ni.

Tingkat atas adalah untuk pejabat-pejabat pegawai KGB, tapi di bahagian tingkat paling bawah sekali, terletaknya sel-sel penjara yang amat kecil, hanya untuk kapasiti 4 orang banduan, tapi KGB meletakkan sekurang-kurangnya 20 orang banduan dalam satu sel. Selain dari sel-sel penjara, bilik interrogation dan seksaan banduan, dan akhir sekali, bilik untuk skuad penembak juga berkongsi tingkat yang sama. Di situ lah banduan diletakkan, di soal siasat dan akhir sekali, dihukum tembak sampai mati.

Travel Latvia: Penjara Sadis KGB

 

Disebabkan sel penjara yang overcrowded, banduan-banduan dilaporkan mengalami sesak nafas. Dan suhu di level basement adalah 30 darjah Celsius, tanpa apa-apa ventilation system, dan ini menyebabkan banduan-banduan rasa haus di tahap kritikal.

Untuk lihat lebih banyak foto tentang KGB Prison Headquarter ni, boleh jenguk foto galeri ni.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*