keretapi mewah jepun shiki shima

Menjenguk ke Koc Keretapi Yang Memberi Servis Bertaraf 5 Bintang!

Beberapa hari yang lepas, Jepun telah merasmikan servis keretapi terbaru mereka. Perasmiannya dilancarkan secara besar-besaran dan dalam sekelip mata tiket jualan keretapi ini habis dijual sehingga March 2018. Apa yang membezakan keretapi milik East Japan Railway ini dengan keretapi yang lain adalah, servis yang diberikan adalah bertaraf hotel lima bintang. Terdapat 10 koc yang mempunyai bentuk futuristik, dan harga tiket adalah antara USD2,200 ke USD 10,000.

 

Sumber: Getty Image

 

Keretapi mewah ini juga menyediakan restoran dengan sajian masakan dari chef yang mempunyai bintang Michelin, Katsuhiro Nakamura. Menurut chef Katsuhiro, setiap makanan yang disaji akan bergantung kepada bahan dan teknik masakan yang digunakan untuk setiap daerah yang akan dilalui oleh tren mewah ini.

 

Sumber: Getty Image

 

Sepanjang perjalanan keretapi mewah ini nanti, penumpang akan dihiburkan dengan persembahan tarian tradisional Jepun ketika menikmati makan malam mereka. Seperti pakej pelancongan bersama tour guide, penumpang akan dibawa bersiar-siar ke beberapa lokasi menarik seperti Naruko-onsen untuk sepanjang kembara mereka di tren ini. Antara pakej yang ditawarkan adalah 4H3M/2H1M untuk musim luruh dan musim bunga dan 3H2M untuk trip musim sejuk.

 

Sumber: Getty Image

 

Seperti hotel 5 bintang, penumpang boleh menikmati bilik suite yang mempunyai ruang tamu, bilik mandi dengan tub mandi serta keluasan yang lebih besar dari mana-mana apartment di Tokyo. Hiasan dalam untuk koc keretapi ini , direka oleh Ken Okuyama. Encik Ken Okuyama juga pernah bekerja dengan syarikat-syarikat gergasi seperti Porsche, Ferrari dan Maserati.

 

 

Disebabkan sambutan yang amat menggalakkan, bagi yang berminat, terpaksa menghantar borang permohonan untuk pembelian tiket keretapi mewah ini dan selebihnya dipilih mengikut sistem loteri. Mengikut laporan syarikat East Japan Railway,  hanya satu dari 76 orang yang memohon telah dipilih untuk menaiki trip pertama tren ini nanti.

Boleh rujuk lebih banyak gambar di Getty Image.

Share

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

*