Shop

Dapatkan salinan buku Ma Facon sementara stok masih ada!

Ma Facon (ma.fa.sawn) bermaksud “Caraku” dalam bahasa Perancis. Buku ini berkisar tentang pengembaraan aku ke destinasi Lautan Hindi iaitu Mauritius, Reunion Island dan Madagascar.

Selain dari mengubah persepsi tentang Mauritius yang lebih dikenali sebagai destinasi pelancongan mewah, buku ini juga bisa menyimpan kenangan kecantikan asli Reunion Island jika ia bakal dimodenkan akibat promosi besar-besaran untuk menarik minat pelancong dari Tanah Besar China. 

Banyak kisah-kisah menarik seperti kawasan perkampungan golongan hamba, mengembara melalui terusan sungai buatan manusia sepanjang 645km di Madagascar, menerokai pulau yang pernah menjadi tanah perkuburan besar-besaran di Mauritius dan macam-macam lagi!

Jadi ayuh! Boleh buat tempahan melalui bank transfer di 8009224914 (CIMB: Fandy Taher/Kertas Terbang Studio) dengan harga RM30 untuk seluruh Malaysia! Jangan lupa untuk whatsapp ‘screenshot’ pembayaran, nama penuh, alamat penghantaran dan nombor telefon pada Fandy Taher di +60169758821.

Selamat mengembara bersama Ma Facon!