jelajah utara new zealand travel tips

Berminat Nak Jelajah ke Utara New Zealand? Ini Itinerari Penuh Aku

 

Walaupun aku tahu ramai lebih suka nak travel satu New Zealand dalam satu trip, tapi, setiap pulau di New Zealand (utara dan selatan) mempunyai keunikannya tersendiri. Jadi, progress aku untuk cover satu New Zealand tu agak perlahan sikit. Untuk kali ni, aku akan berkongsi cerita, tips itinerari aku ke utara New Zealand.

 

Pada asalnya, aku nak kongsi sebaik saja aku habiskan review tentang lokasi-lokasi yang aku pergi. Tapi disebabkan ramai mesej aku di Facebook, minta aku berkongsi itinerari penuh, maka aku akan tunaikan permintaan korang. Tempoh travel aku memakan masa hampir dua minggu, 15hb Februari – 26hb Februari 2017. Auckland adalah starting point dan juga ending point aku untuk trip ni.

 

KERETA SEWA

 

 

Syarikat kereta sewa memang banyak di New Zealand ni. Antaranya adalah Avis, Apex, Thrifty, Hertz dan banyak lagi. Tapi aku sewa dengan syarikat tempatan, EZI Car Rental. Kebanyakan akan lebih suka ambil kereta baru, tapi, sejak dari trip pertama aku ke New Zealand, aku akan sewa kereta lama atas dua sebab. Sebab pertama, rate kereta lama (NZD 20-25 sehari) lebih murah dari kereta baru (NZD 30-40 sehari). Sebab kedua, jalan di New Zealand terutamanya di selatan NZ, banyak jalan berbatu. Memang ada jalan tar, tapi kebanyakan jalan di bahagian suburban adalah jalan berbatu.

 

MAKANAN

 

jelajah utara new zealand travel tips

sumber: bandt

 

Memandangkan supermarket Woolworths dekat dengan Auckland airport, aku terus beli barang groceries kat situ. Kos makanan untuk restoran di New Zealand ni, memang mahal, apatah lagi kalau korang travel bajet. Per lunch meal saja da cecah NZD10 minimum, itu belum masuk makan malam dan sarapan lagi. Ini senarai apa yang aku makan semasa aku di sana:

Sarapan: Roti dengan strawberry jam/ Cereals
Lunch: Rice crackers cicah hummus/Maggi cup/Roti kismis
Dinner: Pasta dengan sos Prego/Maggi cup/Nasi putih dengan sardin

Air: Beli air botol besar atau bawak botol kosong sendiri, dah re-fill pakai air paip saja. Air paip di NZ memang bersih, sedap dan segar.

 

UNDANG-UNDANG JALANRAYA

Tak macam undang-undang jalanraya kita, polis trafik di NZ memang sangat ketat. Begitu juga dengan tempoh parking yang dibenarkan. Kalau papan tanda kata boleh parking 1 jam saja, maka 1 jam saja. Lebih dari itu, jangan terkejut kalau tiba-tiba nampak surat saman yang diselit di bawah wiper kereta korang.

 

LOKASI TRAVEL

Pada asalnya, ini adalah route original aku:

Auckland – Turangi – Ruapehu – Taupo – Waitomo – Tutukaka – Matauri Bay – Ngataki – Whangaroa – Te Paki -Cape Reinga – Rawene – Opononi – Auckland.

Tapi disebabkan hujan lebat selamat 3 hari pertama aku di NZ, aku terpaksa mengubah travel route aku:

Auckland – Turangi – Taupo – Waitomo – Ruapehu – Tutukaka – Matauri Bay – Ngataki – Whangaroa- Te Paki – Cape Reinga – Rawene – Opononi – Auckland.

 

Turangi

 

jelajah utara new zealand travel tips

Turangi adalah stop pertama aku dari Auckland. Perjalanan memakan masa dalam 5 jam driving. Aku duduk di A Plus Samurai Lodge, harga bilik bermula pada NZD21 seorang untuk katil dorm, dan NZD22 untuk twin bedroom. Owner dia tersangatlah friendly. Aku keluar dari Auckland Airport pada pukul 4 petang, jadi aku tiba di Turangi tengah malam. Owner dia, tanpa teragak-agak untuk greet aku dengan ramah sekali, sampai buat aku rasa serba salah.

 

Whakapapa Village (Ruapehu)

 

jelajah utara new zealand travel tips

Kebanyakan travelers yang datang sini sebab nak hike Tongariro Crossing, track yang terkenal di New Zealand. Sedikit intro, beberapa area di Tongariro Crossing digunakan oleh Frodo dan Sam untuk ke Mordor dalam movie Lord of the Rings.  Treknya juga amat mencabar, ia memerlukan minimum 8 jam untuk habiskan trek ni.

 

jelajah utara new zealand travel tips

 

4 hari sebelum aku fly ke NZ, memang aku rancang nak tawan Tongariro Crosing. Tapi selepas baca review tentang betapa sesaknya trek ni sampai nak ambil gambar pun masalah, jadi aku terpaksa mencari alternatif. Akhirnya aku terjumpa Gunung Ruapehu, gunung tertinggi di utara New Zealand, dan hike gunung ni instead of Tongariro Crossing.

 

jelajah utara new zealand travel tips

Ketika aku berada di puncak Gunung Berapi Ruapehu

Boleh baca pengalaman aku panjat gunung Ruapehu ni di sini.

 

Taupo

 

jelajah utara new zealand travel tips

Huka Falls

 

Taupo adalah sebuah pekan kecil yang hanya 30-45 minit drive dari Turangi. Pekan ini terkenal di kalangan pelancong dengan pemandangan air terjunnya yang gah di Huka Falls, tasik yang cantik di Taupo Town, kolam air panas di Spa Thermal Park, ukiran gua di Maori Rock Carvings, Orakei Korako Thermal Park dan macam-macam lagi. Tiada entrance fee.

 

jelajah utara new zealand travel tips

Orakei Korako Thermal Park

 

Waitomo

 

jelajah utara new zealand travel tips

Dalam ekspedisi gua pun masih boleh tengok glow worms

 

Waitomo juga terkenal di kalangan pelancong dengan kecantikan pemandangan glow worms. Kalau korang Google tempat-tempat yang sangat ‘surreal’ atau berlatarbelakangkan ala-ala dunia fantasi, melihat glow worms di dalam gua Waitomo adalah salah satu tempatnya. Boleh check out senarai lokasi ala fantasi di sini.

 

jelajah utara new zealand travel tips

Abseiling pada ketinggian 100m untuk masuk gua

 

Tapi instead of aktiviti tengok glow worms, aku buat ekspedisi di salah satu gua di Waitomo. Tempoh ekspedisinya adalah 7 jam, dan part paling menarik, aku masuk gua melalui abseiling setinggi 100m. Tapi, lepas tu, 7 jam aktiviti paling intense aku pernah buat. Akan aku kongsikan pengalaman aku masuk gua ni dalam artikel seterusnya.

 

Tutukaka

 

jelajah utara new zealand travel tips

Poor Knights Island

 

Kalau mengikut route original aku, aku akan drive ke Tutukaka Coast dari Waitomo. Jadi perjalanan hanya akan memakan masa dalam 5-6 jam saja. Tapi disebabkan cuaca teruk pada 3 hari pertama aku di NZ, jadi aku terpaksa drive dari Whakapapa Village dan memakan masa 8 jam driving.

 

jelajah utara new zealand travel tips

Snorkeling cepuih-cepuih

 

Tarikan utama di Tutukaka adalah hub untuk peminat snorkeling dan skuba diving. Mengikut oceanographer terkenal, Jacques Cousteau, Poor Knights Island adalah salah satu spot yang tercantik di dunia untuk aktiviti air. Tapi mungkin disebabkan hujan renyai pada hari sebelumnya, buatkan air laut dia nampak agak keruh sikit saja, instead of jernih bak kristal.

 

Matauri Bay

 

jelajah utara new zealand travel tips

 

Matauri Bay adalah lokasi transit aku dari Tutukaka untuk ke Ngataki. Matauri Bay berkongsi dengan satu lagi lokasi panas para pelancong, Bay of Islands. Tapi disebabkan lokasinya yang amat terpencil, spot ni lebih menjadi tumpuan pelancong domestik daripada pelancong antarabangsa. Matauri Bay adalah lokasi yang terbaik untuk merehatkan badan selepas beberapa aktiviti ekstrem yang aku buat sebelum tu. Boleh refer pada artikel aku tentang Matauri Bay di sini.

 

Whangaroa

 

jelajah utara new zealand travel tips

 

Selepas aku keluar dari Matauri Bay, sebelum menuju ke Ngataki, aku singgah di Whangaroa. Sebabnya, ada satu trek hiking yang pendek, dalam 30 minit saja, tapi pemandangan di puncak dia teramatlah cantik. Trek dia tak mencabar sangat. Cuma dalam bahagian terakhir trek tu, kena panjat pakai rantai besi sikit. Tiada entrance fee. Bagi yang tak minat nak buat hiking, jangan risau. Ada agensi yang menawarkan servis boat tour untuk melihat pemandangan Whangaroa. Boleh rujuk info di sini.

Nama trek yang aku buat ni adalah St. Paul Rock Track. Antara trek lain yang korang boleh buat adalah Duke’s Nose Track, Mahinepua Peninsula Track dan Waikarau Stream Track.

 

Ngataki

 

jelajah utara new zealand travel tips

Nama saya Ramlee

 

Aku tinggal di Ngataki untuk beberapa malam supaya aku senang ke Cape Reinga dan Te Paki Sand Dunes. Aku tinggal di farmstay, di mana tuan rumah tu mempunyai ladang ternakan dia sendiri. Aku berpeluang untuk follow dia buat kerja ladang seperti bawak ibu lembu untuk menyusukan anak lembu yang baru dibeli dari pasar. Excited gila rasa! Boleh rujuk lebih info untuk lokasi farmstay itu di sini.

 

Te Paki Sand Dunes

 

jelajah utara new zealand travel tips

 

Ramai tahu yang New Zealand mempunyai pemandangan gunung ganang yang sangat memukau. Tapi, siapa boleh sangka yang NZ juga mempunyai pemandangan ala-ala padang pasir Sahara? Hanya 30 minit drive dari Ngataki, korang boleh sewa sandboard dengan harga NZD10-20 dan buat sandboarding di situ. Cuma memang penat la nak mendaki ke puncak padang pasir sebelum nak buat sandboarding tu.

 

jelajah utara new zealand travel tips

Sandboarding memang best!

Cape Reinga

 

jelajah utara new zealand travel tips

 

Cape Reinga adalah lokasi yang paling hujung untuk bahagian utara New Zealand. Orang Maori percaya yang bila seseorang itu mati, rohnya akan pergi ke Cape Reinga dan terbang dari situ, meninggalkan dunia. Maka, Cape Reinga adalah salah satu tempat suci bagi orang Maori. Bagi aku pulak, ia adalah spot terbaik untuk layan pemandangan sunset. Tiada entrance fee, tapi kena datang awal sebab ramai akan lepak sini untuk menikmati pemandangan yang sama.

 

Rawene dan Opononi

 

jelajah utara new zealand travel tips

 

Dua-dua lokasi ini sangat dekat antara satu sama lain, hanya 18 minit drive saja. Jadi aku gabungan sekali dalam satu cerita. Kedua-duanya adalah pekan yang amat kecil, dengan populasi kurang dari 500 orang. Tarikan utama Rawene adalah homemade coffee dia dan juga perpustakaan yang dibina 1875.

 

jelajah utara new zealand travel tips

Melepak di pantai Opononi

 

Bagi Opononi pula, disebabkan lokasinya kurang dikenali, pekan dia agak lengang. Sangat lengang hingga aku boleh ambil gambar sambil jalan kaki di tengah-tengah jalan. Opononi dikenali dengan sejarah seekor ikan lumba-lumba bernama Opo yang liar, tapi mula mengikut bot-bot nelayan di persisiran pantai. Opo menjadi sangat popular hingga dia mendapat perhatian dari pihak media, pada tahun 1955.

Aku tak explore Auckland sangat pun, sebab aku tak berapa minat nak ronda-ronda dalam bandar. Tapi kalau korang ada lebih banyak soalan untuk rancang trip New Zealand korang, boleh contact aku. Atau tinggalkan saja komen korang! Bagi yang tanya bab bajet tu, aku susah nak kongsi sebab ia subjektif. Tapi kalau aku kasi secara purata kasar dia, dalam MYR4500 ground untuk the whole trip.

 

Share

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

*