utara new zealand travel kembara jejak far north

Menjejaki Hingga ke Hujung Utara New Zealand: Matauri Bay

Jika korang nak ke Far North New Zealand, kebanyakan akan suggest untuk kunjung Bay of Islands. Bay of Islands memang terkenal di kalangan pelancong untuk aktiviti skuba diving, memancing, sea-kayaking, tengok ikan lumba-lumba dan muzium yang menyimpan perjanjian asal di antara pihak British dan pihak Maori. Disebabkan perjanjian inilah New Zealand terbentuk sebagai satu negara.

Tapi, kalau korang lebih suka tempat yang tak menjadi tumpuan pelancong, aku suggest untuk jenguk Matauri Bay. Kedudukan Matauri Bay bukan saja terletak di hujung utara New Zealand, tapi ia juga tersembunyi di sebalik lembah dan bukit bukau. Jadi, untuk spot pelancong antarabangsa datang ke sini, memang jarang sangat. Masa trip aku ke sini pon, aku hanya nampak pelancong domestik je. Mengikut cerita dari owner holiday park kat sini, tempat ni memang hot spot untuk percutian dengan ahli keluarga ketika musim panas.

Bagi yang suka camping, Matauri Bay memang spot yang sangat sesuai. Disebabkan kedudukannya yang terletak di sebalik bukit bukau, angin pantai di sini sangat dingin, terutamanya di waktu pagi dan petang. Cuma kita kena berjaga-jaga sebab ada itik liar berkeliaran untuk mencuri makanan. Antara kemudahan di Matauri Bay Holiday Park adalah kedai runcit yang merangkap lobby untuk check-in bilik di holiday park, shared bathroom dan juga pam minyak.

Aktiviti

Aktiviti di sini agak santai kalau nak dibandingkan dengan Wanaka atau Auckland. Tapi aktiviti yang terkenal di sini adalah scuba diving kat kapal karam Rainbow Warriors. Selain dari tu, Matauri Bay juga spot terbaik untuk layan pemandangan sunset and sunrise. Ada bukit kecil di mana kita boleh duduk layan pemandangan matahari terbit. Di bukit yang sama jugak ada tugu peringatan untuk insiden kapal Rainbow Warriors, di mana kita boleh tengok sejarah tentang bagaimana insiden in berlaku.

Sejarah Kapal Rainbow Warriors

Kapal Rainbow Warriors adalah kapal yang menyokong aktiviti keamanan seperti pemburuan anjing laut dan ikan paus. Tapi aktiviti protes terhadap ujian nuklear oleh pihak Perancis di kepulauan Pacific yang menyebabkan kapal ni karam. Ketika kapal ni berlabuh di pelabuhan Auckland, kapal ini disabotaj dengan bom oleh 2 orang ejen perisik Perancis sebelum diletupkan hingga karam. Seorang anak kapal terbunuh dalam insiden malang ni.

2 orang ejen perisik Perancis ditahan dan didakwa, dan menteri pertahanan Perancis terpaksa meletak jawatan. Wreckage kapal Rainbow Warriors dibawa dari Auckland ke Matauri Bay sebagai tempat persemadiannya yang terakhir. Kini kapal karam ini menjadi tempat hot untuk para scuba divers.

Macam mana nak ke sini?

Aku terjumpa lokasi Matauri Bay pon secara kebetulan, masa aku Google untuk cari hostel atau motel di hujung utara New Zealand. Bila aku key-in alamat Matauri Bay Holiday Park dalam GPS, GPS aku tak dapat kasi location tepat. Jadi, apa yang aku buat, key-inMatauri Bay Road” dan kemudian ikut papan tanda nama hostel atau Holiday Park kita. Sebaik saja kita exit dari jalan utama, kita akan mengharungi jalan simpang siur menuju ke Matauri Bay.

Aku tinggal satu malam di Matauri Bay Holiday Park dengan harga NZD 60 per malam. Sebab aku bermalam di sini adalah sebagai transit driving dari Tutukaka ke Ngataki. Nak tengok betapa cantiknya Matauri Bay, jangan lupa untuk check out photo gallery!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*