5 Info Menarik Tentang 'Travel Bucketlist' Pelik, El Camino De Santiago

5 Info Menarik Tentang ‘Travel Bucketlist’ Pelik, El Camino De Santiago

 

Sejak aku tahu tentang movie “The Way” tempoh hari, aku luangkan masa minggu aku menonton movie ini serta beberapa movie travel yang lain. Anda boleh tengok senarai penuhnya di sini. Sinopsis ringkas tentang cerita The Way, Tom (Martin Sheen), seorang doktor dari Amerika Syarikat menerima panggilan dari pihak berkuasa Perancis untuk membuat pengecaman mayat anaknya yang terbunuh dalam ribut taufan ketika melalui jalan El Camino De Santiago.

 

5 Info Menarik Tentang 'Travel Bucketlist' Pelik, El Camino De Santiago

sumber: amazon.co.uk

 

Instead of pulang semula Amerika, Tom mengambil keputusan untuk menghabiskan perjalanan anaknya di El Camino De Santiago demi memberi penghormatannya yang terakhir. Ceritanya sangat menyentuh hati, tak sampai 20 minit jalan ceritanya, air mata aku dah berair. Pandai dia bermain dengan jiwa kita.

 

Tapi apa yang lebih menarik perhatian aku ialah cerita tentang El Camino De Santiago itu sendiri. Menurut jalan cerita The Way ini, jalan ini adalah sepanjang 800km dari St Jean Pied de Port, Perancis ke Santiago de Compostela, Sepanyol. Ini adalah 5 cerita menarik tentang jalan di El Camino De Santiago ini:

 

1. SEBAB BERJALAN DI EL CAMINO DE SANTIAGO

 

5 Info Menarik Tentang 'Travel Bucketlist' Pelik, El Camino De Santiago

sumber: avclub.com

 

Pengembara dari seluruh dunia sanggup berjalan sejauh ini atas pelbagai sebab. Ada yang berjalan untuk:

  • Sebab keagamaan – Terdapat “tahun suci” di Camino di mana Hari Perayaan St James jatuh pada hari Ahad. Pada tahun suci ini, pintu pengampunan di Katedral Santiago akan dibuka dan para penganut agama Kristian boleh memohon pengampunan.
  • Mencari ketenangan hidup – Kebanyakan pengembara menggunakan masa dan perjalanan mereka di sini untuk lari dari kesibukan hidup di ibu kota.
  • Cabaran mental dan stamina – Nak jalan di sini, bukannya mudah. Selain dari mengharungi jarak 800km, para pengembara perlu tahu bagaimana nak mengatasi masalah blisters, cramps, lenguh di bahagian bahu sebagainya. Jadi tak hairanlah kalau ada pengembara yang suka mencabar kebolehan diri sendiri.

 

2. PASSPORT SANTIAGO

 

 

Passport Santiago adalah dokumen perjalanan untuk para pengembara di El Camino De Santiago. Bila selesai saja trekking di sini, ia akan menjadi kenangan yang paling berharga buat siapa yang melaluinya. Bergantung pada laluan yang anda ambil, setiap stamping yang kita dapat berbeza dari orang lain. Menurut penulis di caminoadventures.com, ada beberapa badan organisasi yang memudahkan pengembara untuk dapatkan passport Santiago mereka seperti:

 

 

Senarai penuh boleh didapati di sini. Bagi pengembara dari bukan negara dalam senarai, jangan risau. Anda boleh dapatkan passport Santiago di St. Jean Pied de Port, Perancis. Passport Santiago kita akan diperiksa sebelum diberikan sijil  yang menyatakan kita berjaya menamatkan trek ini di Santiago nanti.

 

3. TEMPAT TINGGAL

 

 

Dalam cerita The Way, Tom memilih untuk tinggal di pilgrims hostel. Ada beberapa babak yang dia tidur dalam khemah kerana tak sempat sampai ke hostel.  Berbeza dengan Pilgrimage Walk di Pulau Shikoku, Jepun, ia tak menjadi masalah besar kerana hostels, guesthouses serta hotel mewah mudah didapati. Informasi tentang tempat penginapan pun mudah untuk dicari di internet mahupun guidebook untuk El Camino de Santiago.

 

Antara jenis penginapan yang ada ialah:

  • Hostel awam – diuruskan oleh NGO. Penginapan paling economic sebab kita bayar mengikut donation, 6-8 Euro. Tapi yang tak berapa seronoknya, seperti yang anda tengok dalam cerita The Way nanti, kita akan tidur di bunk bed yang menempatkan 15-20 orang traveler dalam satu bilik. Disebabkan hostel ini sentiasa menerima pengunjung setiap masa, ada sesetengah hostel yang hanya menyediakan tilam saja. Jadi, disarankan untuk bawa sleeping beg demi menjaga hygiene anda. Hanya dibenarkan walk-in.
  • Hostel private – Harga bermula antara 8-20 Euro per malam. Boleh buat tempahan awal. Lebih selesa dari hostel awam dan boleh accomodate in groups.
  • Guesthouse – Memandangkan banyak pekan kecil yang terdapat di sepanjang jalan, penduduk tempatan mula menjadikan rumah mereka sebagai guesthouse. Ini adalah pilihan terbaik kalau kita mahukan sedikit privasi, jauh dari pengembara yang tidur berdengkur.
  • Hotel – Selain dari pekan kecil, kita juga akan lalui beberapa pekan besar yang mempunyai tempat penginapan yang lebih mewah. Di sini, kita mempunyai lebih banyak pilihan, dari hotel 3 bintang hingga ke hotel VIP mewah.

 

 

4. BERAPA LAMA NAK MENGHABISKAN LALUAN INI?

 

 

Menurut penulis di METRO dan Camino Adventures, kebanyakan pengembara akan mengambil masa selama lebih kurang sebulan untuk menamatkan perjalanan mereka di Santiago de Compostela. Tapi, tak semua boleh tinggalkan komitmen kerja dan keluarga untuk sebulan. Jadi, sama seperti Pilgrimage Walk di Jepun, kita boleh berjalan selama mana mungkin, berhenti untuk seketika dan sambung semula untuk trip seterusnya.

 

5. BARANG APA YANG PERLU DIBAWA?

 

 

Seperti persiapan untuk trekking ataupun mendaki gunung, kita kena tahu barang yang sesuai untuk dibawa. Bezanya, untuk berjalan di El Camino de Santiago, kita kena pastikan kita bawa barang yang cukup dan dalam masa yang sama, tak membebankan kita. Selain dari barang wajib yang kita bawa untuk backpacking, barang tambahan seperti sleeping bag, Swiss army knife, dan barang camping bagi yang lebih prefer untuk berkhemah tepi jalan. Menurut pengalaman pengembara yang sudah menamatkan laluan ini, berat kurang dari 10% berat badan kita adalah berat ideal.

 

Share

2 Comments

  • Johng751 berkata:

    Hello! Someone in my Facebook group shared this website with us so I came to check it out. I’m definitely enjoying the information. I’m bookmarking and will be tweeting this to my followers! Outstanding blog and superb design and style. dedabageebgc

    • Alisa Omar berkata:

      Thank you so much for the wonderful comment! You can subscribe to alisaomar.com if you want to get the latest updates on the upcoming travel articles 😀

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

*