Daki gunung berapi utara new zealand

Pengalaman Aku Tawan Gunung Tertinggi Di Utara New Zealand

Bila aku ke New Zealand, gunung-ganang pasti menjadi aktiviti wajib dalam trip aku. Sebabnya, walaupun pemandangan New Zealand ni memang sangat cantik, terutamanya di Queenstown, tapi tahukah korang yang New Zealand diberi gelaran “The Adventure Capital of the World“. Ia adalah hub utama untuk peminat aktiviti lasak. Namakan saja, bungee jumping, skydive, white-water rafting, mountain climbing, semua dia ada.

Bila New Zealand menjadi hub utama, maka trek gunung dia memang mencabar. Jadi, aku mula buat latihan stamina 3 bulan sebelum aku nak cuba mendaki Gunung Ruapehu. Sedikit intro tentang gunung ini, Gunung Ruapehu adalah gunung berapi yang tertinggi di utara New Zealand dan ia masih aktif. Tahun terakhir ia meletup ialah pada tahun 2007, dan tahun seterusnya, hanyalah amaran letupan saja. Mengikut kepercayaan orang Maori, gunung Ruapehu ini dijaga oleh semangat nenek moyang mereka, dan ia dianggap sebagai tempat suci bagi rohani mereka.

Cabaran Cuaca

Berbalik pada persiapan aku untuk mendaki gunung ni, dari hari pertama aku jejak Auckland pon banyak cabaran dia. Ramalan kaji cuaca mengatakan New Zealand akan hujan lebat selama 3 hari pertama aku di sana. Memandangkan ramalan kaji cuaca dia orang adalah 90% tepat, maka semua aktiviti perlu ditangguhkan atau dibatalkan. Aku mulai panik. Sebab aktiviti yang dibatalkan ni adalah “the highlight of the trip“. Aku cuba jugak nak daki tapi tahap penglihatan di atas sana, memang zero. Aku pulak rabun, cermin mata asyik foggy je.

Selepas seharian melepak di perpustakaan, aku mengatur strategi untuk mengubah travel route aku, dengan harapan pada hari ke-4, cuaca akan jadi lebih baik. Percaturan aku berjaya, tapi, mountain guide mengingatkan aku yang cuaca di gunung Ruapehu ni di luar jangkaan. Sekali lagi cuaca menjadi cabaran bagi aku untuk tempuh trek ni. Walaupun ramalan kaji cuaca kata tiada hujan pada hari tu, tapi masa aku mula panjat, langit da mula mendung. Mountain guide pon da ambil langkah berjaga-jaga untuk patah balik. Tapi alhamdulillah, tak ada hujan langsung sepanjang masa aku daki ke puncak.

Cabaran Trek

Trek dia tak bertanda dan perlukan banyak skil memanjat batu. Sebab itulah kalau nak daki Gunung Ruapehu ni, kena pakai mountain guide. Boleh saja nak daki tanpa guide, tapi da banyak sangat kes orang sesat kat atas dan perlukan khidmat Search and Rescue (SAR). Selain trek tak bertanda, trek dia juga berbatu, sangat cerun dan tak rata. Jadi tiada trek yang tetap boleh lalu. Mana laluan yang lebih senang tanpa risiko tergelincir atau jatuh, itulah laluan yang dipilih. Tipulah kalau aku kata, sepanjang daki, tak ada near-miss incident. Aku pon berapa kali tergolek, sebab bila kita lalu atas trek batu-batu dari gunung berapi, memang susah nak stabilkan diri.

Aku sarankan untuk bawak hiking poles bila nak mendaki di sini. Amat membantu untuk kita panjat naik, dan juga turun dari puncak. Bila turun dari puncak, dengan trek batu-batu, kita akan turun dengan laju dan boleh jatuh tergelincir. Hiking poles boleh bertindak sebagai ‘brake emergency‘ dan menstabilkan posisi badan kita ketika turun.

Cabaran Penglihatan dan Paras Oksigen

Sepanjang perjalanan aku ke puncak, alhamdulillah, visibility level pon okay, paras oksigen pon, aku rasa okay. Tiada sesak nafas atau pening-pening. Cuma selepas 15 minit aku tiba di puncak, mountain guide da kasi signal untuk bersedia turun dari puncak. Mengikut laporan yang dia terima dari walkie-talkie, hujan akan turun dalam masa 2 jam. Kabus pon makin tebal, penglihatan pon da makin kabur, tak nampak dah ke arah mana nak dituju. Di sini pentingnya pakai mountain guide, dia je tahu arah mana nak turun. Kami race against time, untuk tiba di ski lif sebelum hujan turun. Alhamdulillah, hujan renyai turun sebaik saja aku tiba di lobi cafe.


Tips sebelum mendaki

1. Hiking Poles

Macam aku kata tadi, hiking poles akan membantu kita naik dan turun dari puncak. Terutamanya bila trek tak rata dan berbatu. Potensi untuk tergelincir memang ada. Berapa kali aku tergolek sebab terpijak batu. Sama ada nak bawak satu atau dua hiking poles, itu terpulang pada kehendak masing-masing. Apa yang aku boleh bagitahu ialah untuk dua hiking poles, posisi kita lebih stabil. Tapi bila masuk bab nak memanjat batu, agak rumit sebab kedua-dua tangan kita dah occupied. Pendapat aku, lebih baik bawak satu je, at least satu tangan lagi free untuk capai apa-apa kalau jatuh ketika memanjat.

2. Waterproof Jacket

Memandangkan cuaca di Ruapehu di luar jangkaan, maka kita sedialah payung sebelum hujan. Walaupun ramalan kaji cuaca dia orang 90% tepat, tapi Ruapehu punya cuaca tak termasuk. Kejap panas terik, kejap hujan 10 minit, kejap mendung, kemudian panas balik. Jadi, untuk melindungi diri kita dari basah kuyup dari cuaca di luar jangkaan, aku sarankan kita pakai jaket kalis air.

3. Persiapan macam buat aktiviti musim sejuk

Walaupun kita nak pergi memanjat di musim panas, tapi persiapan harus dibuat macam kita berada dalam musim sejuk. Sebabnya, makin kita dekat ke puncak, cuaca akan jadi makin sejuk. Tambahan pula, waktu aku daki, suhu angin pada 9 darjah Celsius dengan kelajuan 5km/j. Sejuk kot. Tapi jangan bimbang, masa tengah panjat, kita akan rasa panas dari aktiviti fizikal panjat memanjat. Kita akan rasa sejuk bila kita berhenti berehat. Lagi lama kita berehat, dia punya sejuk macam pegang satu blok ais kat tangan selama 5 minit.

Selain dari jaket kalis air, seluar kalis air, thermal wear, sarung tangan dan snow cap juga perlu.

4. Sunburn teruk

Sebelum nak mendaki, aku sarankan pakai sunblock lotion banyak-banyak. Aku lupa asas Sains waktu tu. Aku anggap, memandangkan New Zealand ni sejuk, kulit aku kulit orang Asia pulak, tak perlulah pakai sunblock. Bukan boleh dapat sunburn pon. Sehari selepas aku hike, bahagian mana yang terdedah dengan cahaya matahari, memang macam udang bakar. Jadi murid-murid, lagi dekat kita dengan puncak gunung, maka makin banyak la sun exposure kita dapat.

Untuk tengok foto-foto Gunung Ruapehu, boleh usya kat Galeri Foto!

2 Comments

  • Noor Suran says:

    Best sangat. Saya pun punya hajat untuk mendaki dan menakluki Ruapehu dan Mount Cook. 2011 dah ke sana tapi belum bersedia utk menakluki Mount Cook. Apa pun kalau tiada halangan mungkin 2018 saya ingin menakluk Ruapehu. Berapa amakah masa yg saudari ambil utk mendaki Ruapehu dari awal sehingga tamat?

    • Alisa Omar says:

      Mount Cook tu pun menjadi idaman gunung saya nak daki. Tapi lepas buat beberapa homework, tahap difficulty dia lebih kurang macam mendaki Everest walaupun tak setinggi Everest. Jadi, buat masa ni belum bersedia lagi. hehe. Untuk Ruapehu pula, ada dua cara. Satu daki dari bawah, akan amek masa dalam 8 jam sehala. Cara kedua, naik ski lift ke restoran dan mula daki dari situ, cara ini akan ambil masa dalam 3-4 jam saja.

      Sebab saya kasi dua 2 cara sebab cuaca di Ruapehu agak unpredictable. Kali pertama ke Ruapehu, plan terpaksa batal sebab cuaca teruk. Kali kedua, mountain guide amek risiko untuk daki juga. Saya terpaksa pilih cara kedua sebab pada hari itu, weather forecast tak berapa baik dan mountain gude turut terima berita tentang potensi volcano eruption. Jadi, untuk tiba ke puncak dan pulang semula ke bawah dengan selamat, kami terpaksa pilih cara kedua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*