Frequently Asked Questions (FAQs): Tangani Isu Beg Hilang Ketika Travel

Frequently Asked Questions (FAQs): Tangani Isu Beg Hilang Ketika Travel

 

Bayangkan anda sedang menunggu bagasi anda di Baggage Reclaim Hall. Selepas notifikasi beg terakhir, beg anda masih belum muncul. Apakah perasaan anda? Panik? Cemas? Apakah tindakan anda selanjutnya bila menyedari anda ada maksimum 2 jam setengah saja untuk penerbangan seterusnya? Ini adalah situasi aku masa aku dapat tahu beg aku tak muncul di lapangan terbang Athens. Rupanya, beg aku tak dimasukkan dalam flight dan ia masih berada di Stockholm.

 

Risau tu memang underrated. Aku mengalami panic attack sampai aku hilang keupayaan untuk berfikir tentang tindakan seterusnya. Trip aku memakan masa 2 minggu tapi insiden mimpi ngeri ini bermula pada hari ke-8. Selama 6 hari aku travel sehelai sepinggang. Nasib baik ada tabung kecemasan travel untuk tampung perbelanjaan aku untuk survive selama 6 hari itu. Jujur aku katakan, memang normal kalau ketika ini kita dah fikir worst case scenario seperti beg hilang tanpa dikesan.

 

Untuk kali ini, aku akan memperkenalkan sesi Frequently Asked Questions (FAQs) yang pertama. Dengan FAQs, aku akan cuba menjawab soalan-soalan yang sering diutarakan dalam setiap insiden yang berlaku. Teruskan membaca dan boleh bookmark dan simpan post ini untuk kegunaan anda di kemudian hari:

 

Apakah perasaan aku ketika dapat tahu beg hilang?

 

Panik dan cemas. Terlalu banyak barang peribadi aku simpan dalam beg aku, termasuklah barang souvenirs yang aku beli untuk diri sendiri dan juga untuk mak abah aku. Tapi, nasib baik tiada barang-barang elektronik seperti kamera, laptop disimpan dalam beg. Pihak syarikat penerbangan pun tak recommend para penumpangnya untuk simpan barang berharga dalam check-in luggage, walaupun masih ada yang berani mengambil risiko.

 

Apakah tindakan pertama aku?

 

Pergi ke Baggage Reclaim Desk dan buat laporan tentang kehilangan beg kita. Kita akan diberi sekeping booklet dan ini akan digunakan untuk mengisi maklumat penting tentang beg kita seperti:

 

  • Jenis beg kita = hardcase/softcase/bagpack/duffel bag
  • Jenama beg kita
  • Warna beg kita
  • Apa-apa identifikasi yang memudahkan staf untuk kenalpasti beg kita

 

Frequently Asked Questions (FAQs): Tangani Isu Beg Hilang Ketika Travel

Contoh booklet yang akan diberi. Sumber: intermedio2englisheoi.wikispaces.com

 

Aku faham, ketika ini, perasaan amarah akan menguasai diri. Tapi kita kena faham, airport staff memang tak boleh buat apa-apa. Dia hanya menjalankan tugas untuk membuat laporan beg hilang saja. Untuk memudahkan proses membuat laporan, aku sarankan setiap pengembara perlulah:

 

  • Ambil gambar beg kita serta identifikasi unik seperti luggage tag, stickers, jenama beg dan lain-lain.
  • Simpan boarding pass sehingga kita dapat balik beg kita. Untuk first-time traveler, jangan buang selepas anda selesai daftar masuk beg.
  • Pastikan beg kita dibalut atau dikunci. Kalau balut, balut dengan baggage wrapper. Kalau kunci, jangan pakai kunci mangga, penjenayah masih boleh buka beg kita dengan menggunakan pen. Kunci beg dengan TSA lock feature.

 

Frequently Asked Questions (FAQs): Tangani Isu Beg Hilang Ketika Travel

sumber: youtube.com

 

Dah buat laporan dah, lepas tu?

 

Pekerja di Baggage Reclaim Desk akan beri kita satu laporan PIR (Property Irregularity Report) sebagai rujukan kita untuk berurusan dengan pihak syarikat penerbangan nanti. Buat masa ini, there’s nothing that we can do. Bagi yang masih tengah dalam trip macam aku dulu, bertabahlah. Aku faham sangat situasi stress yang anda alami. Get going dan travel macam biasa.  Bagi yang hilang beg selepas sampai destinasi terakhir, pulang ke hotel atau rumah anda dulu. Uruskan kes beg hilang dari sana. Pekerja airport dah memang tak boleh nak buat apa-apa dah.

 

 

Tinggal sehelai sepinggang saja ni, macam mana nak travel?

 

Setiap resit perbelanjaan kita untuk barang asas selepas ini seperti barang toiletries, pakaian (termasuk pakaian dalam), kasut, dan barang penting yang berkaitan, haruslah disimpan sehingga kita dapat beg kita semula. Tapi, kita kena beringat, setiap syarikat penerbangan dan syarikat insurans mempunyai definisi yang berbeza untuk “barang asas”. Ini kerana mereka mahu mengelakkan dari seseorang untuk mengambil kesempatan atas tuntutan  ganti rugi dengan membeli barang keperluan yang tak penting dan mahal. 

 

Frequently Asked Questions (FAQs): Tangani Isu Beg Hilang Ketika Travel

sumber: thesimpledollar.com (Gambar sekadar hiasan)

 

Selagi pembelian itu munasabah, jangan risau. Contohnya, aku ditanya oleh pihak insurans kenapa aku membeli evening dress di Santorini. Bila aku jelaskan pada mereka, ia adalah requirement wajib yang diletakkan oleh pihak cruise ship kerana mereka mempunyai beberapa Formal Nights dan para penumpang diwajibkan berpakaian formal pada malam itu dan destinasi sebelum bermulanya Formal Nights adalah di Santorini. Aku juga sertakan salinan itinerari yang diberi oleh pihak cruise ship sebagai bukti untuk pembelian dress aku tu. 

 

Flight terlepas gara-gara tunggu queue nak buat laporan. Apa perlu aku buat?

 

Aku pun hampir-hampir terlepas. Siap dah usya laman web Expedia dan Skyscanner lagi untukt tengok kalau ada tiket penerbangan yang murah. Tapi alhamdulillah, masih sempat kejar walaupun tinggal 20 minit saja sebelum boarding gate ditutup. Bagi yang dah terlepas flight, beritahu staf di Baggage Reclaim Desk tentang situasi kita supaya mereka boleh menghubungi wakil syarikat penerbangan untuk aturkan isu penginapan kita di sana.

 

Bagi tempahan penerbangan baru pula, ia akan berada di bawah budi bicara syarikat penerbangan itu sendiri. Ada yang memberi tiket penerbangan secara percuma dan ada pula tak nak bertanggungjawab langsung. Bagi yang tak nak bertanggungjawab tu, kita kenalah tempah tiket baru guna perbelanjaan sendiri dan tuntut dengan pihak insurans kemudian.

 

Aku perlu berurusan dengan siapa, pihak airline atau airport?

 

Ini adalah soalan yang menarik kerana ia akan menjadi penentu sama ada urusan kita untuk mengesan kembali beg kita akan berjalan dengan lancar atau ia akan menjadi satu mimpi ngeri. Yang pasti, kita akan menjadi macam bola ping-pong, ditolak ke sana sini sebelum kita dapat jumpa wakil atau staf yang betul-betul boleh bantu kita. Kalau kita terbang dengan syarikat penerbangan gergasi seperti Emirates, Etihad, KLM, ia takkan menyakitkan kepala sangat kerana mereka akan cuba sedaya upaya untuk selesaikan isu kita.

 

Frequently Asked Questions (FAQs): Tangani Isu Beg Hilang Ketika Travel

sumber: emirates247.com. (Gambar sekadar hiasan)

 

Berbeza pula kalau kita perlu berurusan dengan syarikat penerbangan kecil. Bukan dalam jumlah majoriti tapi get ready to be frustrated most of the time. Teman aku sampai menjerit dalam telefon di airport sebab tak tahan sangat dengan layanan yang diberikan oleh customer service untuk pihak penerbangan SAS Airways ni. Risau juga aku kalau pihak security tetiba datang dan halau kami sebab bikin kecoh. Macam kes aku, aku hanya dapat cakap dengan the right person selepas aku pulang ke Malaysia. Sebelum tu, hampeh!

 

Berdasarkan pengalaman aku, aku sarankan untuk tak call customer service ketika anda masih tengah travel. Roaming charges mahal banget woh! Itu belum campur masa menunggu untuk dilayan dan respon customer rep itu sendiri yang mungkin akan mengecewakan anda. Aku call pihak SAS Airways, 3 kali diletakkan on-hold, kali ke 4, wakil SAS Airways memberitahu isu kehilangan beg aku bukanlah tanggungjawab mereka, tapi ia adalah tanggungjawab pihak airport di Athens. Kalau anda berada dalam situasi aku waktu itu, apa perasaan anda?Pihak lapangan terbang juga tak nak bertanggungjawab terhadap masalah kita. Alasannya, ia adalah tanggungjawab pihak airlines untuk pastikan semua bagasi penumpang masuk dalam flight.

 

SOLUSI TERBAIK? Lawati laman web worldtracer.aero. Majoriti lapangan terbang dan syarikat penerbangan antarabangsa menggunakan sistem ini. Sama ada SAS Airways mahupun Japan Airlines, kalau kita layari bahagian “Baggage” di laman web rasmi mereka, kita akan dibawa ke sini. Hanya isi maklumat nombor rujukan dalam PIR kita dan nama akhir kita mengikut ejaan di boarding pass.

 

 

Sebelum ini, aku dah cuba macam-macam cara untuk hubungi pihak airlines. Call customer representative dah, approach kaunter mereka di lapangan terbang pun sudah, cuba cari contact details di laman web rasmi pun aku cuba. Tapi usaha untuk mendapatkan perhatian mereka gagal. Bila aku cuba hubungi pihak SAS Airways melalui worldtracer.aero, tak sampai sehari, aku terima email dari wakil SAS Airways. Dalam masa 3 hari aku berurusan dengan wakilnya, beg aku sudah dikesan dan bersedia untuk dihantar pulang.

 

Beg dah sampai, what’s next?

 

Sebaik saja kita terima beg kita, beritahu wakil airline dan minta salinan PIR yang penuh. Bezanya PIR ini dengan PIR yang kita dapat masa mula-mula kita buat laporan, PIR ini akan tunjuk keseluruhan perjalanan beg ini bermula dari saat ia dilaporkan hilang. PIR ini yang menjadi penyebab kenapa aku sudah hilang keyakinan untuk travel dengan cruise ship. Mereka menabur janji manis untuk mendapatkan beg aku sebelum kapal tiba di destinasi yang terakhir. Bila aku follow-up, macam-macam alasan diberi seperti insiden mogok, beg dihantar ke destinasi yang salah dan sebagainya.

 

Frequently Asked Questions (FAQs): Tangani Isu Beg Hilang Ketika Travel

sumber: vagabomb.com (gambar sekadar hiasan)

 

Sudahnya, aku terpaksa uruskan sendiri bila balik ke Malaysia dan ternyata segala alasan yang diberikan hanylah tipu semata-mata. Tak ada riot mahupun salah hantar. Beg aku dihantar ke Santorini tapi tiada ejen datang untuk ambil. Ini bermakna, sepanjang aku berada di Santorini, beg aku sudah berada di sana pun. Cuma tak ada orang datang ambil saja. Hampeh!

 

Beg aku dah declared hilang oleh pihak airline. Apa perlu aku buat?

 

Ada dua benda yang anda kena tahu. Pertama, kita ada masa 7 hari saja untuk laporkan kehilangan beg. Lepas dari itu, segala aduan tidak akan dilayan. Kedua, dari tarikh kita buat report di kaunter, pihak airline mempunyai 21 hari untuk mengesan dan mengembalikan beg kita. Kalau selepas 21 hari, beg masih gagal dikesan, kes kita akan diklasifikasikan sebagai hilang. Ini penting bila kita nak buat tuntutan ganti rugi dengan pihak insurans nanti.

 

Kalau beg kita hilang tapi dapat dikesan dan dikembalikan, kita perlu tuntut di bawah sectionBaggage Delay“. Kalau hilang tanpa dikesan,  ia akan berada di bawah sectionMissing Baggage“. Kedua-dua section akan memerlukan dokumen yang berbeza untuk permohonan claim kita nanti. Rujuk dengan polisi travel insurans anda untuk tahu jenis dokumen yang diperlukan.

 

Boleh tak kalau nak claim dengan pihak airlines?

 

Yes and no. Kita boleh cuba buat tuntutan ganti rugi dengan pihak airlines dan ada sesetengah syarikat penerbangan memang akan tawarkan compensation. Emirates siap boleh beri complimentary tiket lagi. Tapi jangan kecewa kalau permohonan anda ditolak atau diabaikan sebab memang kebanyakan syarikat penerbangan akan tolak tanggungjawab memberi compensation pada pihak insurans. Prosedurnya juga kurang jelas kerana tiada polisi jelas yang kita boleh rujuk untuk tahu hak kita sebagai penumpang.

 

Moral of the story, belilah travel insurans sebelum travel. Kalau tak nak beli yang tahunan punya, perlindungan per trip pun ada. Ini bukan iklan. Isu hilang luggage akan mengopakkan lagi anda kalau anda tak beli travel insurans.

 

Share

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

*