trave-tips-info-australia

Nak Travel Ke Australia? Ini Benda Wajib Yang Anda Kena Tahu

 

Sejak passport Malaysia jadi sangat panas dengan pihak kastam Australia, nak travel ke Australia pun rasa takut dan risau. Jadi di sini, aku compile kan soalan-soalan yang sentiasa bermain di fikiran anda. Jangan lupa untuk bookmark dan kongsi dengan kawan-kawan anda, semoga ia menjadi rujukan bersama!

 

MASUK KE AUSTRALIA

 

travel-australia-tips

sumber: australiance

 

Perlu visa? Macam mana nak apply visa?

Untuk pemegang passport Malaysia, ya, memang perlu visa. Bayaran untuk setiap permohonan visa adalah AUD 20. Tapi ada sesetengah kawan-kawan yang apply visa melalui travel agent, bayaran 20 ringgit je. Kalau nak cuba mohon sendiri, kita boleh pergi ke website rasmi dia (http://bit.ly/29ldcuu). Tak perlu apa-apa paperwork atau dokumen, hanya perlu isi maklumat peribadi dan tarikh travel kita ke Australia.

 

Berapa lama tempoh visanya?

Kalau kita mohon ETA visa, ia sah untuk setahun, dengan tempoh maksimum 3 bulan sahaja untuk berada di Australia. Ini bermakna kita boleh travel ke Australia banyak kali dalam setahun, tapi 3 bulan je boleh ada kat sini. Lebih dari itu, akan dikenakan tindakan dan nama kita akan di senarai hitamkan oleh pihak immigration Australia.

 

Pramugari beri saya “passenger card”. Apa yang saya kena declare?

 

isi-passenger-card-australia

sumber: immiexperts

 

Masa kita dalam flight nanti, pramugari/pramugara akan beri kita sekeping kad. Kad ini dipanggil “Passenger Card”. Dalam kad ni, kita kena declare pada pihak kastam Australia jika kita ada bawak barang-barang yang disenaraikan dalam kad tersebut. Kita jugak kena isi maklumat peribadi seperti berapa lama kita akan berada di Australia, alamat kita di Australia dan juga emergency contact details.

Kalau kita tak pasti jika ada barang-barang yang kita bawak kena declare atau tak, tandakan pada kotak “yes” dan biarkan pihak kastam Australia yang tentukan. Sebabnya, kalau kita tak pasti dan kita tandakan pada kotak “no”, jika barang yang kita bawak tu sebenarnya kena declare, kita akan dikenakan denda minimum AUD300.

 

 Boleh bawak makanan sendiri tak?

Boleh, jika makanan yang kita bawak tu tiada potensi untuk pembiakan bakteria. Makanan kering seperti Maggi, makanan tin, rempah nasi goreng Adabi, boleh dibawa, dengan syarat semua makanan yang aku sebut di atas belum digunakan atau dibuka. Makanan basah seperti belacan, uncanned meat, buah-buahan, sayur-sayuran, susu dan juga makanan yang sudah dibuka dan digunakan, tak boleh bawak masuk.

 

JALAN-JALAN DI BANDAR AUSTRALIA

 

 

Apa cara terbaik untuk bersiar-siar di bandar Australia?

Pengangkutan awam adalah cara yang terbaik dan murah. Bagi yang sewa kereta, aku sarankan parking kereta kat hub pengangkutan awam atau stesen kereta api yang terdekat dan naik dari situ.  Ruang parkir di bandar Australia sangat terhad dan juga mahal. Contoh, harga parking di Secure Parking di Sydney, boleh mencecah AUD15-20 per jam.

Jadi, memang aku sarankan naik pengangkutan awam saja. Beli smart card (ala-ala Touch N Go) secara online atau kat mana-mana stesen kereta api yang terdekat dan kita boleh pergi mana saja kita nak pergi. Ni aku senaraikan smart card yang ada untuk setiap bandar besar di Australia:

  • Smartrider – Perth
  • Go Card – Brisbane
  • Opal Card – Sydney
  • Myki – Melbourne

Ada juga servis bas hop-on hop off secara percuma untuk pelancong. Bas ini akan tawaf satu bandar untuk setiap 10 minit, tapi hanya terhad pada zon bandar sahaja.  Boleh cek laluan bas awam di laman web rasmi dia orang untuk info laluan yang lebih tepat.

 

Mahal tak makanan di sana?

Haah, kalau korang nak makan di restoran. Untuk restoran biasa, harga makan untuk seorang boleh cecah AUD12-AUD18 sepinggan. Bagi backpackers yang duduk hostel, beli saja groceries di supermarket yang berdekatan dan masak kat dapur hostel. Memang itu cara terbaik dari spend too much money on food. Bagi yang duduk motel dan tiada kemudahan dapur, bawak makanan sendiri atau makan kat food court. Tak semurah beli groceries dan masak, tapi masih murah dari harga makanan di restoran.

 

Berapa harga purata untuk tempat penginapan?

Untuk yang travel secara solo, harga average untuk backpackers hostel adalah antara AUD 30 – AUD 50 per katil, per malam, bergantung juga pada lokasi hostel tu sendiri. Kalau betul-betul di tengah bandar, harga dia mahal sikit berbanding harga hostel di radius luar bandar.

Untuk yang travel dengan keluarga, harga average untuk bilik hotel dengan kemudahan asas, adalah antara AUD 100 – AUD 150 per malam. Sama seperti hostel, harga bilik bergantung dengan lokasi hotel itu sendiri. Boleh cek dan harga hostel dan hotel  dan tempah melalui hotel booking platform.

 

Air paip dia boleh minum tak?

Boleh dan bersih sangat. Walaupun tak sesedap air paip New Zealand, tapi memang lagi bersih dari air paip di Malaysia. Ekekeke. Jadi, aku sarankan, bawak je botol kosong dan re-fill air botol dari air paip je. Untuk beli air mineral setiap kali habis, makan bajet jugak tu. Sebotol air mineral boleh cecah AUD2.5-3 sebotol.

 

Boleh drive kat Australia tak?

Bergantung pada korang travel ke territory mana. Kalau korang pergi Perth (Western Australia) atau Sydney (NSW), korang kena bawak lesen antarabangsa masa nak daftar untuk ambil kereta sewa. Kalau dekat Queensland (Gold Coast, Brisbane, Cairns), kita boleh pakai lesen memandu Malaysia kita, tak perlu lesen antarabangsa. Tapi, kadang-kadang tu, ada syarikat kereta sewa yang masih nak tengok lesen antarabangsa. Jadi, sebelum korang nak travel ke Brisbane, cek dengan rental car company tu, adakah dia orang masih perlukan lesen antarabangsa?

UPDATE: Sejak March 2015, semua territory allowed kita untuk pakai lesen kita sendiri. Dengan syarat, lesen kita sah di negara kita dan tak tamat tempoh. 

 

SEWA KERETA DI AUSTRALIA

 

kereta-sewa-australia-murah

sumber: tripcover

 

Berapa harga average untuk kereta sewa?

Untuk kereta dengan pakej asas seperti, manual transmission, pakej insurans yang terhad, 3-5 orang penumpang, harganya adalah antara AUD 50- AUD 60 sehari.

Untuk kereta auto pulak, harga dia mahal sikit berbanding kereta manual. Sama juga kalau kita nak sewa Estima instead of Ford Focus.

Kebanyakan kereta sewa ada basic features je. Ini bermakna, kalau kita nak tambah GPS, tempat duduk untuk baby, kita kena bayar ia sebagai pakej tambahan. Konsep dia lebih kurang macam Airasia, cas tambahan untuk bagasi, makanan, zon senyap dan lain-lain.

 

Kereta sewa ada insurans tak?

Ada tapi untuk perlindungan yang terhad saja. Ini bermakna, kad debit/kredit kita akan dicaj pada harga maksimum untuk bayar ganti rugi jika kereta sewa tu hilang dan dicuri atau rosak disebabkan accident, walaupun kita bukan dari pihak yang bersalah. Harga maksimum yang dikenakan adalah antara AUD3000-AUD6000.

Kalau kita ada travel insurans, kita boleh claim balik dengan pihak insurans untuk dapat reimbursement. Cara yang lain, syarikat kereta sewa ada menawarkan pakej “damage/theft waiver insurance”, dimana melalui pakej insurans ni, jika ada berlaku kecurian atau kerosakan kereta, kita tak perlu membayar ganti rugi.

 

Macam mana proses nak sewa kereta?

Melalui laman rasmi rental car company tu, kita book kereta sewa yang sesuai dengan kita, pilih tarikh, destinasi dan masa untuk pick-up dan drop-off kereta sewa tu. Bergantung pada syarikat kereta sewa yang kita pilih, sesetengah syarikat kereta sewa benarkan untuk kita pick-up dan drop-off di dua tempat yang berlainan, tapi ada pula yang mahu kita untuk pick-up dan drop-off  di tempat yang sama.

Bila tiba masa nak pick-up kereta tu, bawak lesen memandu antarabangsa, lesen memandu Malaysia kita dan juga passport untuk pengecaman ID. Sepanjang proses ni, staf akan tanya pada korang kalau ada nak tambah apa-apa pakej atau aksesori seperti GPS, radio, insurans dan sebagainya. Jika ada, caj untuk pakej/aksesori ni akan ditambah dalam total booking cost kita.

Bila selesai je payment, staf akan terangkan fungsi asas kereta tu. Waktu ni, minyak kereta memang di paras penuh. Tapi bila kita nak drop-off kereta sewa balik, kita kena isi minyak sampai penuh jugak. Kalau tak, dia orang akan cas kita untuk caj isi minyak yang selalunya akan lebih mahal dari kos isi minyak sampai penuh.

 

TRAVEL DALAM AUSTRALIA

 

 

Saya di Brisbane, boleh tak kalau saya nak ke Sydney untuk day trip?

Tak. Untuk pergi dari satu bandar ke bandar yang lain memerlukan long distance driving. Driving hours paling pendek pon antara Brisbane – Gold Coast, 1 jam.  Boleh book flight, tapi masih impossible dan mahal untuk day trip. Kalau trip 2H1M tu, baru boleh, kalau kita ambil flight paling awal.

 

Saya kat Perth, boleh tak saya fly ke Melbourne untuk beberapa hari?

Boleh, tapi harga tiket agak mahal. Unless, kalau tiba-tiba Jetstar ada buat sales. Harga dia selalunya antara  AUD300 – 400 untuk bulan yang paling murah, return flight.

 

Macam mana nak travel dalam Australia secara bajet?

Kalau nak travel keluar dari bandar, kereta sewa adalah cara yang terbaik. Kalau ada masa dan bajet lebih, boleh cuba seminggu di Perth, seminggu di Melbourne contohnya. Bagi yang travel solo, boleh cek bas yang menawarkan servis ke destinasi keluar dari bandar. Contohnya, bas dari Perth- Fremantle.

Bagi yang jenis adventurous, boleh cek Couchsurfing atau Gumtree websites. Ada juga geng travelers yang mencari traveler yang lain untuk kongsi bajet kereta sewa dari satu tempat, ke tempat yang lain.

Kadang-kadang tu, Virgin Airlines and Jetstar ada buat tiket promo macam Airasia. Kalau tak ada promo, kita boleh tengok flight dalam Australian territory tu sendiri, contoh; Gold Coast – Cairns atau Brisbane – Townsville. Begitu juga kalau kita nak book flight untuk route yang popular dan sibuk. contoh; Sydney – Melbourne.

 

Boleh travel dalam Australia dengan kereta api?

Boleh, tapi harga tiket lagi mahal dari harga tiket flight. Contohnya, harga tiket train dari Sydney – Adelaide – Perth, untuk seat biasa, adalah AUD 939 sehala!

Tapi, kita masih boleh nak travel dalam Australia secara bajet kalau kita travel ke lokasi-lokasi yang dekat antara satu sama lain. Contohnya,  Sydney – Brisbane (AUD 110 untuk low season, AUD 130 untuk peak season), Sydney – Canberra (AUD 48 untuk low season, AUD 56 untuk peak season).  Harga ni untuk tiket sehala.

 

TRAVEL KE NEW ZEALAND DARI AUSTRALIA ATAU SEBALIKNYA

 

travel-australia-nz-murah

sumber: choice

 

Soalan yang paling popular dan selalu diajukan pada aku:

Saya di Perth, possible tak nak fly ke NZ? 

Memang boleh, tapi harga tiket flight tersangat mahal. Harga tiket boleh bermula dari AUD450-550 pada bulan yang paling murah, return flight.

 

Macam mana nak travel ke NZ secara bajet?

Trick paling efficient untuk ke NZ dari Australia, adalah kita fly dari Kuala Lumpur ke Gold Coast, Brisbane atau Sydney. Melbourne pon boleh, tapi disebabkan Melbourne lebih bawah dari Sydney, harga dia akan mahal sikit je. Tapi route yang aku bagi tahu ni, lebih murah dari route Kuala Lumpur – Perth – NZ.

Harga tiket flight bermula antara AUD 200 – 300 untuk bulan yang paling murah, return flight, dari Australia – NZ.  

 

Boleh travel balik ke Australia dari NZ tak? 

Semestinya boleh, dengan syarat, kita punya ETA visa tu masih belum tamat tempoh.

46 Comments

  • KB says:

    Nk tanya la.. sy ada apply ETA baru2 ni and dah pun fly ke perth utk 5 hari.. then 5th jan lepas sy fly dr perth to bali and now kt kl dh.. soalan sy, kalau kata sy nk fly balik perth on feb,sy kne apply ETA lain or gne yg sblm ni eh?

    • Alisa Omar says:

      Hai Khairieyah. Tempoh ETA dia setahun dari tarikh kita apply tu. Katakan kita apply Dec 2017,kita boleh masuk Australia banyak kali sampai la Dec 2018. Cuma yang penting, jangan exceed maximum stay (3 bulan) kat Australia.

      Dan lagi satu, kena jaga2 jugak kalau nak masuk Australia banyak kali dalam masa setahun, takut diorg suspect nak keje sana. Especially kalau jarak antara trip, tak sampai 1-2 bulan dan kita plak nak stay sampai 3 bulan. Sekarang passport Malaysia tengah panas dgn Australia immigration.

  • zaridah zainal says:

    Salam, nak tnya susu budak2, mcm dugro nak kena declare x? tapi bawa yg dah buka punya la

    • Alisa Omar says:

      Wasalam sis. Kalau food items, memang kena declare. Dairy products antara item wajib kena declare. Sebaiknya, bawak susu yang masih belum dibukak dan masih dalam manufactured packaging. Kalau simpan dalam container cam Tupperware pon dia akan rampas.

      Australian immigration ni memang cerewet sikit.

  • Mrs yaya says:

    Sy nk tnya..klu nk ke sydney secara solo…agk2 lepas x??

  • rossa says:

    inshaAllah lagi beberapahari nak sampai sana..tq for info
    sudi la follow page saya https://rosapegitravel.blogspot.my

  • Faz says:

    hai, kalau bawak chicken curry adabi yg dlm can tu boleh ke?

  • Suraya says:

    Hai Alisa, sorry just nak tanye pendapat. Kami (group of 5 people) plan utk ke Perth end of ths april, tapi due to some circumstances, ada 2 orang tak pergi. And most probably seorg lagi akan turut cancel plan. But the other 2, which is me and my sis really want to make this trip to happen sebab tiket kami dah beli. My question is. Alisa boleh ke cadangkan any trustworthy travel agency untuk kami ke Perth? Your helps is much appreciated.

    • Alisa Omar says:

      Hai Suraya. Alamak, bab travel agency ni bukan Alisa punya expertise sebab travel selalu plan sendiri. Tak pakai agency. Nanti PM Alisa di Facebook. Kot-kot Alisa boleh tolong serba sedikit.

  • Airen says:

    Hi u. I plan nk g Sydney from Kl, then from Sydney to Melbourne and last blk kl from Melbourne. Tak ada mslh kan u

    • Alisa Omar says:

      Tak ada masalah kalau trip itinerary dah ada, hotel booking details pun ada print, return flight tickets semua dah beli sebelum masuk aussie.

  • luqman says:

    kalau kita takda itinerary? tapi kita ada booking hotel dan ticket return dorang akan curiga jugak? means pergi tanpa booking activity

    • Alisa Omar says:

      kalau travel secara free & easy tu okay. Cuma kalau diorg tanya apa plan nak buat di sana tu, at least biarlah ade basic idea nak pegi mana. Kalau tak tau langsung, boleh create suspicion nanti.

  • Jannah says:

    Nak tanya..kalau pergi ausie, bawak cash tapi takde card credit and debit..boleh tak??

    • Alisa Omar says:

      Boleh sebab kebanyakan kedai di Aussie masih terima cash payment walaupun sistem Paywave kerap digunakan. Cuma, sometimes hostel/hotel akan mintak credit card atau debit untuk ID verification bersama passport.

  • Alyaa says:

    Hai,i nak tnya this monday i nak pergi melbourne but i nak bawa kuih raya,then smart fon dalam kotak yg baru beli..barang2 ni kawan i yg kirim dari melbourne nak bawa ke sana..but i takut tak lepas sbb 1st time nak ke sana

    • Alisa Omar says:

      Sorry sis, baru bukak blog. Smart phone xpe. Kuih raya tu kena declare. Especially kalau ada bahan tenusu dalam tu.

  • norlela ahmad says:

    Saya pernah ke Australia slama 9 bulan Dan pernah mohon bringing visa..sebelum tribunal Saya terpaksa balik Malaysia…boleh ke Saya ke Australia lagi @ kena tunggu 3 tahun Bru bole masuk

    • Alisa Omar says:

      maaf sis, itu di luar bidang kuasa saya. Sebab, ada pelbagai jenis permohonan yang boleh menyumbang pada status bridging visa. Kalau mohon bridging visa under asylum seekers atau perlindungan untuk keselamatan diri, once keluar memang tak boleh masuk balik dah. Itu saya rasa 5 tahun banned.

      Kalau dapat bridging visa sebab tengah tunggu permohonan untuk PR atau partner visa, lain pulak situasi dia. Sis kena refer paling policy dari dokumen yang sis dapat masa bridging visa diluluskan.

  • Sabine says:

    Hi alisa i have question.i never bern to oz. How does the visa works? Visa is linked to passport is it? Thank you

    • Alisa Omar says:

      Yip, the visa will be linked to the passport. Before you travel to Australia, you can apply for Electronic Travel Authority (ETA) visa from here: https://www.eta.immi.gov.au/ETAS3/etas

      I would recommend you to apply about 1-2 weeks before, just in case your application faces some issues. Once you’re done, the visa will valid for 1 year, with 3 months of stay in Australia.

  • Akmar says:

    Hi alisa,

    Nak tanya perlu x kita apply utk travel insurance?

    • Alisa Omar says:

      Hi Akmar, kalau tanya saya memang wajib, tak kira nak travel ke mana saja pun. Tapi ikut kehendak sendiri.

  • Faizel says:

    Assalaam Alisa Omar
    Boleh bawa beras tak?
    Nak sewa mpv utk 6 penumpang, pick up dan drof off di airport, ada cadangan tak syarikat car rental yg ok…

    Jzkk
    Tqvm

    • Alisa Omar says:

      waalaikumsalam Faizel. Beras tu nak bawak macam mana eh? kalau masih dalam manufactured package, boleh, cuma jangan lupa untuk DECLARE dengan custom di airport australia nanti. Untuk car rental yang okay, maksud okay? In terms of harga? Servis? Selalunya org pakai Avis, SixT, Hertz.

  • Zizul naziha zulkifly says:

    nak tnya odw ke mount buller dr airport kt manakah tmpat2 menarik yg blh singgah

  • Zahid razali says:

    Hi..kalau ubat ubatan seperti panadol,minyak angin n dll boleh bawa ke?

    • Alisa Omar says:

      hi, panadol boleh bawak. Minyak angin tu bergntung. Kalau bahan-bahan dia dari chinese herbs, kena declare

  • Alina says:

    Hi alysa! I nak tanya kalau budget i tak berapa banyaklah kan (sbb nak backpack kan), is it still possible for me nak travel dari mel>gold coast>sydney?? Average penerbangan syarikat sana mahal ke?? Thankss

    • Alisa Omar says:

      hi Alina, boleh tahu berapa roughh bajet yang u ada? So boleh i tahu dari situ. Nak kata mahal tu, bergantung. Cuba check harga Jetstar. Mostly diorg banyak buat harga promo.

  • hazrah says:

    hi alisa
    plan nk g jln2 kt sydney ngn husband.boleh ke bli tiket pergi je dulu..then tiket return xsure bile sbb plan nk ke melbourne & perth.agk2 lepas ke kt imi?ke kena bli tiket return gak?

    • Alisa Omar says:

      hi hazrah, boleh sebab dalam incoming passenger card nanti, ada bahagian yang kita perlu letak estimated berapa lama akan ada di sana. Cuma, sometimes pegawai imigresen akan mintak tunjuk flight return. Dan kalau tak ada tiket return, lagi banyak soal diorg. Ni akan jadi, kalau pegawai tu tiba-tiba berminat nak tau lebih travel plan kita sebab dorang memang famous dengan buat random inspection.

  • Ct says:

    Hi alissa
    Sy nk mntk tlg sgt2.Sy akan ke perth seminggu dengn nenek sy..sy ingt nk naek bas je ..bole share itineary untuk semnggu x ?tmpt2 yg bole lawat kt sane guna bas je..
    strt 20/7(12.5am) smpi 26/7(6.50am)

    THANKS ALISSA😚

    • Alisa Omar says:

      hi ct-khadeeja, maaflah sebab itinerary trip yang lama2 memang dah delete. Plus, Alisa selalu travel by driving, not by bus. Tapi kalau perlukan bantuan Alisa, boleh nak tolong rangka iti, cuma kena bayar sikit la sebab masa itu emas walaupun ia akan ambil 1-2 hari untuk rangka simple iti. Let me know kalau berminat. Sebab Alisa perlukan banyak info dari awak untuk rangka seperti target bajet untuk ground transport.

  • Nasha says:

    Hi alisa,

    Sy akan ke Perth bulan depan. Bercadang nk sewa kereta. Nak tanya, perlu sgt ke utk ambil excess damage tu? Sbb mahal juga kene tambah dlm AUD80. Mcm mana keadaan kat sana? Slalu ada kes kereta kene pecah ke? Atau sentiasa ada binatang berkeliaran ke yg boleh mengganggu pemanduan? Terima kasih.

    • Alisa Omar says:

      Hi Nasha. Nak kata wajib tu tak gak sebab Alisa pun tak amek add-on excess damage. Sewa kereta under package standard je. Bab kereta kena pecah tu tengok gak kawasan. Cuma ikut common sense kita, jangan letak barang berharga dalam tu. Bab accident dengan binatang berkeliaran tu, usually kalau drive menghala luar dari city (motorway yang tak ada guardrails). Memang risiko kalau tak amek excess cuma kita kena extra hati-hati.

  • Noor says:

    Hai alisa
    Boleh ke kita pegi australia pegi tanpa visa lulus& boleh ke kita dapatkan visa terus dari imgresen

    • Alisa Omar says:

      Hai Noor. Tak boleh. Kena apply visa sebelum tiba ke Australia. Selagi belum lulus visanya, tak digalakkan untuk terbang ke sana. Kalau ade cerita-cerita mengatakan boleh apply terus di imigresen bila tiba di Australia nanti, itu adalah mitos semata-mata.

  • Zuliana says:

    Hai Alisa, boleh ke kita apply ETA dulu, dah lulus ETA baru kita beli tiket?

    • Alisa Omar says:

      Hai Zuliana, boleh saja. Alisa dulu pun beli dulu, then baru decide on tiket flight. Lebih selamat camtu

  • Azi says:

    Hi alisa, nk tanya bole ke kita bawak periuk noxa. Nak stay sana 1 week & kami ramai. Mungkin bole jimat dari segi makan…

    • Alisa Omar says:

      Hai Azi, periuk? Boleh saja. Tiada masalah. Yang kena declare, barang-barang makanan yang kita nak pakai untuk masak di sana.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*