ekspedisi panjat gunung everest

Everest: Kecantikan Yang Agung Dengan Penuh Cerita Tragik

Ini masuk kali kedua aku tengok movie “Everest”, dan tahap curiosity aku makin tinggi untuk belajar  dengan lebih mendalam tentang gunung hebat yang meragut begitu banyak nyawa pendakinya. Jangan terkejut kalau aku kata, walaupun Everest ni sangat mencabar dan merbahaya, kerajaan Nepal terpaksa mengenakan ‘ban’ pada bakal pendaki yang kurang berpengalaman, OKU, warga emas dan juga golongan belia. Usaha ini untuk mengelakkan kesesakan berlaku di puncak dan juga meningkatkan tahap keselamatan untuk semua pendaki. Boleh baca dengan lebih lanjut di sini.

 

Sedikit intro tentang Everest:

  • Everest mempunyai ketinggian 8,848 meter dan yang uniknya, mengikut laporan dan data para pengkaji, ketinggian Everest bertambah 1/2 inci setiap tahun dek perlanggaran antara plat benua India dan plat benua Asia.
  • Everest mendapat nama dari juruukur Inggeris, George Everest. Nama lain yang diberikan adalah Sagarmatha (diberi oleh sherpa Nepal), Chomolungma (bahasa Tibet)
  • Suhu paling sejuk yang dicatatkan adalah -40 darjah celsius dengan suhu angin, -60 darjah celsius!
  • Bulan paling sejuk adalah pada bulan Februari ( -27 darjah celsius) dan bulan yang paling panas adalah bulan Ogos (-27 darjah celsius)
  • Untuk setakat ini, lebih dari 200 kematian pendaki Everest telah direkodkan.

sumber dari chinahighlights.

 

“Traffic jam” di Everest. Sumber: listverse

Everest bukan sebarang gunung, malah yang berpengalaman pun masih boleh terdedah dengan risiko. George Mallory dan Andrew Irvine, antara pendaki pertama yang mencuba nasib untuk tawan Everest pada tahun 1924, dilaporkan hilang dari radar. Sehinggalah mayat mereka dijumpai oleh group ekpedisi Everest pada tahun 1999.

Barisan belakang, Andrew Irvine (kiri) dan George Mallory (dua dari kiri). Sumber: blog.mountainworldproductions

Kecantikan Everest memang tiada bandingan. Tapi, di sebalik kecantikannya yang agung, tersimpan satu rahsia gelap di mana, ia juga menjadi tempat “perkuburan” para pendaki yang gagal menawannya. Apa yang lebih menyedihkan, bukan sahaja mayat-mayat pendaki dibiarkan di situ, tapi bagi pendaki yang dianggap ‘lost cause‘, akan dibiarkan mati di situ. Secara definisinya, ‘lost cause‘ adalah keadaan pendaki yang seems like sudah tiada harapan untuk diselamatkan. Apa yang membezakan antara hidup dan mati adalah semangat untuk hidup.

Mayat yang “disemadikan” di Everest. Sumber: look4ward

Itu yang terjadi pada Beck Weathers, pendaki Everest pada tahun 1996. Beck bersama 10 pendaki lain, terperangkap dalam ribut salji yang teruk. Bencana ini meragut 8 nyawa dan Beck hampir menjadi orang yang ke-9. Pantang maut sebelum ajal, Beck berjaya tiba di base camp dengan sendirinya, walaupun ditinggalkan dalam nyawa-nyawa ikan di South Col. Dari insiden malang ini, Beck kehilangan tangan kanan, kesemua jari dari tangan kiri dan hidung dari ‘frostbite’. Hidungnya dibentuk semula selepas pembedahan.

Keadaan Beck Weathers selepas diselamatkan dari insiden malang pada tahun 1996. Sumber: outsideonline

 

Beck Weathers sekarang. Sumber: 11alive

Bagi yang tak bernasib baik seperti Beck Weathers, lebih 200 pendaki mati di zon yang digelar ‘Death Zone‘. ‘Death Zone‘ bermula pada ketinggian 8,000m dan ke atas, dan ketinggiannya bersamaan dengan cruising altitude of Boeing 747. Dalam zon ni, jumlah oksigen untuk manusia bernafas sangat terhad. Satu kesilapan yang kecil, boleh membawa maut. Even kalau kita nak lelapkan mata untuk berehat, ada potensi untuk kita jatuh koma dan seterusnya mati dalam tidur. Itu yang berlaku pada Beck Weathers. Dia mengalami koma yang nyenyak di South Col, yang menyebabkan dia dianggap sebagai ‘lost cause‘.

Banyak cabaran untuk seorang pendaki kena tempuh sebelum dia dapat tawan Everest dengan jayanya. Selain dari kos yang sangat tinggi untuk mendaki Everest (USD30,000-USD65,000) per expedition, pendaki harus bersedia mengharungi cuaca yang sungguh ekstrem dengan suhu yang ekstrem, risiko salji runtuh, altitude sickness yang boleh menempah maut dan akhir sekali, human error, sama ada dari silap sendiri atau silap pendaki di depan atau belakang kita.

Cabaran tangga yang pendaki kena tempuh. Sumber: frontiermyanmar

Bagi sesetengah orang, Everest secara umumnya sangat merbahaya. Tapi bagi seorang pendaki, segala kepayahan dan kesusahan untuk tiba di puncak, akan terus hilang selepas melihat kecantikan yang sungguh agung, terutamanya bila hanya selective hikers je yang dapat menikmati kecantikannya.

Gambar di puncak. Sumber: japantimes

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*