bungee extreme tips travel

Nak Buat Lompatan Bungee? 6 Tips Yang Korang Kena Tahu Dulu

Bila orang sebut sukan lasak ‘Bungee Jumping‘, apa yang pertama sekali terlintas dalam fikiran korang? Takut? Kerja gila? Ekstrem? Potensi bunuh diri? Ini adalah apa yang aku fikir bila aku dengar pasal sukan lasak ni, sehinggalah aku sendiri yang terjun!

AJHackettCNS49292

Look ma, no hands!

Sedikit sejarah tentang sukan lasak ini, sukan ini asalnya bermula dari Pulau Pentecoast, Vanuatu. Di mana, anak-anak muda akan cuba terjun dari platform kayu, dengan kaki mereka dililit dengan dahan kayu. Bagi yang terselamat dari lompatan ni, bermakna mereka susah capai fasa dewasa. Dalam dunia moden pulak, kaki kita akan dililit dengan tali elastik yang memang direka khas untuk sukan ini dan ia akan beri kita lebih fleksibiliti dan latunan yang lebih selamat.

Jadi, korang da bersedia nak terjun? Nanti dulu, jom baca tips-tips di bawah supaya korang bersedia:

1. Borang Pengecualian Liabiliti & Health Questionnaire

Sebelum korang nak terjun dari platform, benda pertama yang staf dari bungee operator akan beri adalah dua borang ini, Borang Pengecualian Liabiliti dan Health Questionnaire. Setiap borang ini mempunyai kepentingan dan fungsi yang berbeza. Dalam Borang Pengecualian Liabiliti, korang akan mengesahkan yang apa-apa yang berlaku seperti kecederaan atau kemalangan ketika korang terjun, bungee operator akan dilepaskan dari menggalas tanggungjawab itu. Ertinya, korang tak boleh nak saman atau minta ganti rugi atas kemalangan yang korang hadapi.

Memang bunyinya agak kurang manis, tapi trust me, kebanyakan operator yang mengendalikan aktiviti sukan lasak, akan pakai borang ni.

Example of Liability Waiver Form. Source: Cardin

Borang yang kedua pula, Health Questionnaire, adalah borang untuk mengesahkan yang sebelum terjun, korang sihat walafiat, tak mengandung, tiada penyakit lemah jantung, atau di bawah pengaruh dadah/alkohol atau sebarang penyakit kronik yang boleh membahayakan nyawa ketika terjun. Ini adalah cara tambahan selain dari Borang Pengecualian Liabiliti, supaya bungee operator tidak akan bertanggungjawab terhadap apa-apa kemalangan yang jadi.  Aku sarankan, baca dan faham terma dan syarat yang ada dalam kedua-dua borang ini.

Contoh sampel Health Questionnaire. Sumber: bestmedicalforms

2. Berat badan kita akan menentukan panjang tali bungee

Selepas saja kita habis isi borang semua, berat kita akan ditimbang. Bagi yang malu-malu dengan berat sendiri, proses ini normal. Tiada ada apa yang perlu dimalukan. Dengan info berat badan kita, ia akan membantu staf di platform bungee nanti untuk menentukan tali yang sesuai dengan berat badan kita. Sebab itulah, kalau aku nak buat bungee lagi, aku akan go for AJ Hackett. Tahap kualiti keselamatan dia orang memang tip-top, dan staf dilatih secara professional untuk kira dan menentukan tali yang sesuai untuk bakal penerjun.

3. Kosongkan poket kita

Sebelum nak terjun tu, pastikan semua barang dalam poket seperti dompet, telefon, camera disimpan dalam locker. Locker ada disediakan, jangan risau. Bagi yang nak bawak GoPro tu, sama ada pakai aksesori yang boleh attach dekat pergelangan tangan atau selfie stick. Stick tu, bagi akulah, aku tak berapa nak berkenan sangat, sebab bila aku terjun tu, otak aku tak dapat nak buat kerja serentak, enjoy pengalaman bungee dan pegang stick untuk elak jatuh. Hahaha. Tapi dengan stick, GoPro video korang akan dapat sudut yang terbaik!

4. Tunggu giliran dan bersedia, mentally

Bergantung pada bungee operator tu sendiri, selepas selesai semua proses pendaftaran, sama ada korang kena naik shuttle bas untuk ke lokasi bungee, atau jalan kaki saja. Masa aku buat dulu kat AJ Hackett Australia, jalan kaki je dari tempat pendaftaran. Untuk AJ Hackett New Zealand, kena naik bas. Tunggu giliran sehingga nombor korang dipanggil. Korang boleh rujuk pada nombor yang sudah ditulis oleh staf di bahagian belakang tangan korang ketika proses pendaftaran.

Waktu ini, secara jujurnya, aku mendiamkan diri saja. Bersedia secara mental untuk terjun. Jantung aku berdengup kuat gila, macam nak pecah. Yang best nya AJ Hackett ni, staf yang uruskan proses pendaftaran dan juga persiapan korang di platform bungee, semua handsome belaka. Mungkin ia sebagai distraction untuk elak korang dari rasa nervous. Staf yang uruskan bungee aku kat Australia mengancam gila! Hahaha.

 

ajhackett

#66 – tak menunjukkan yang giliran menunggu sampai nombor 66, ia hanya ID untuk dipanggil saja.

5. Bersedia, terjun!

Semasa staf bungee siapkan kita untuk terjun, kita boleh beritahu staf tentang gaya yang kita nak buat ketika terjun. Operator macam AJ Hackett beri aku menu untuk tengok gaya-gaya bungee yang aku boleh request, bagaikan menu makanan kat restoran. Aku cuba nak requestWater Touch“, di mana kepala aku akan sentuh air bila terjun. Tapi sayangnya, disebabkan aku pakai contact lenses waktu tu, staf tak izinkan.

 

Lepas ni aku nak cuba gaya apa pulak eh?

Apa yang aku boleh kongsikan dengan korang, pengalaman aku ketika berdiri betul-betul di atas platform. Selepas staf cakap, “okay, go for it!“, jantung aku berdegup lagi kuat. Walaupun korang akan rasa nervous dari daftar sampailah di platform, tiada apa yang lagi nervous dari itu bila korang sedar, tiada laluan keluar yang lain selain dari terjun. Dan waktu itu juga, dalam kepala korang akan menjerit, “big mistakeeee!”, hahahha.

11041691_10153288826538874_7458391714700028220_n

Kan aku da cakap staf kat Australia mengancam. 😉

Tapi terus terang, lepas korang terjun, korang akan rasa satu kepuasan yang tak terhingga. Mana yang hati remuk sebab break-up atau stress gila di tempat kerja, sukan bungee adalah tempat korang boleh jerit sekuat hati untuk lepaskan stress. Ia memang boleh buang semua perasaan negatif itu dan kita akan keluar dari lokasi bungee like a new person. Aku cuba pertama kali sukan bungee ni untuk buang perasaan stress sebab broke up. Selesai saja terjun, terus aku recover. True story.

6. Souvenir jangan lupa!

Lepas saja terjun, sebelum nak ambil kembali barang-barang kita di locker, jangan lupa untuk tengok barang-barang souvenir yang kita boleh bawak balik sebagai bukti. Operator bungee selalunya akan beri kita gambar dan video dari lompatan bungee kita. Tapi, memandangkan aku tak akan jejak lokasi bungee yang sama, aku akan beli at least satu barang sebagai cenderahati dan kenangan atas kerja gila yang aku buat. Nanti bila da tua, boleh la aku tunjuk kat cucu aku, tok nek pernah lompat bungee. Hahahaha. Dari AJ Hackett Australia, aku dapat baju. Dari AJ Hackett New Zealand, aku beli sweater dengan topi.

10985919_10153288180483874_5437055346439115400_n

Bila semua orang rasa lega sebab masih hidup. hahaha

Kalau ada rezeki lagi, memang aku nak terjun lagi. Next location, mungkin AJ Hackett Macau. Sebelum ni terjun, ada air kat bawah. Kat Macau Tower tak ada, dahlah pemegang rekod World’s Highest Bungee!

Share

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

*