bagasta butik hotel kuala lumpur

Bagasta Boutique Guesthouse, “Kampung Halaman” Di Tengah Kota Kuala Lumpur

Walaupun aku dah lama tinggal di Kuala Lumpur, tapi aku masih tercari-cari sudut unik yang boleh memberikan aku pengalaman yang berbeza. Jadi aku cuba letakkan diri aku dalam kasut seorang pelancong antarabangsa, dan tanya, apa yang dia nak tengok? Jadi, aku mulakan carian untuk lokasi yang sesuai, yang ada vibe menarik. Akhirnya, aku  mulakan journey aku sebagai pelancong di negara sendiri di Kampung Bharu, dan aku bermalam di Bagasta Boutique Guesthouse.

bagasta butik hotel kuala lumpur

First impression aku, Bagasta Boutique Guesthouse ni amat unik. Terletak di sebelah HR Steak House, bahagian dekor di bahagian depan guesthouse ini buat aku rasa macam berada di kampung. Bagi aku yang dah lama duduk di KL ni, memang ini yang aku teringin sangat. Lokasinya juga amat strategik, dikelilingi oleh restoran dan kiosk yang menghidangkan pelbagai sajian. Macam-macam makanan aku nak cuba, cuma tak berkesempatan saja sebab aku pun tidur untuk 2 malam. Tapi aku sempat rasa sotong gergasi, ayam penyet, apam balik Nutella, nasi kerabu dan nasi lemak antarabangsa.

bagasta hotel butik kuala lumpur

Sampai saja aku di lobi hotel, aku disambut oleh penyambut tetamu. Sambil aku menunggu proses pendaftaran bilik, aku disajikan dengan segelas air oren. Kecantikan dekor Bagasta Boutique Guesthouse bukan terhad pada bahagian depan saja, tapi seluruh hotel butik ini. Lobi, bilik aku, kalau dari segi dekor, memang sangat cantik. Ia buat aku lebih rindu pada kampung halaman.

bagasta butik hotel cantik kuala lumpur

Sebaik saja aku dapat kunci bilik aku, bukak saja pintu bilik, memang buat aku kagum. Sebagai solo traveler, bilik yang aku dapat buat aku rasa sangat macam rumah sendiri. Keluasan bilik pon sesuai untuk 1-2 orang traveler. Aku meneruskan lagi travel dan explore aku di Bagasta Boutique Guesthouse. Walaupun hotel butik ini tak ada balcony atau taman untuk tetamu lepak, tapi ia ada bahagian rooftop di mana kita boleh duduk dan lepak sambil menikmati pemandangan menara berkembar Petronas. Kalau korang travel dengan teman-teman, aku sarankan beli bungkus makanan dari restoran berdekatan, dan lepak dengan kawan-kawan di rooftop. Memang terbaik!

bagasta butik hotel cantik kuala lumpur

Harga bilik bermula dengan bilik Superior yang berharga RM130. Tapi kalau tempah dari Agoda, boleh dapat harga lebih murah, RM115 semalam. Bilik paling mahal adalah Master Suite yang berharga RM220 semalam. Bagi yang bawa kereta, tiada tempat kereta khas untuk tetamu hotel. Tapi, ada beberapa kawasan parkir di area bertentangan dengan hotel. Per entry, RM7 dan untuk semalaman, RM10. Kalau ada yang nak mencuba nasib untuk cari parking percuma di tepi jalan, aku sarankan korang sampai di hotel sebelum waktu puncak bermula, dalam pukul 4:30-5:00 petang.

bagasta butik hotel cantik kuala lumpur

Untuk tengok lebih banyak foto Bagasta Boutique Guesthouse ni, boleh tengok kat Galeri Foto.

Share

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

*