travel cambodia selatan tips southeast asia

Apa Yang ‘Best’ Selatan Cambodia Ni? Ini Yang Korang Kena Tahu!

Kalau sebut Cambodia, mesti ramai akan terfikirkan Angkor Wat. Sejak pembikinan movie Tomb Raider, ramai pelancong terbang ke Cambodia untuk melihat sendiri keunikan Angkor Wat. Ini membuatkan bahagian utara Cambodia lebih menjadi tumpuan pelancong dari bahagian lain. Jadi, kalau korang nak ke Cambodia selatan, apa yang best untuk dilawati?

 

PHNOM PENH

Phnom Penh adalah ibu negara Cambodia. Banyak tempat yang kita boleh lawat di sini. Antaranya, Royal Palace of Phnom Penh, Independence Monument, Silver Pagoda, dan banyak lagi. Aku berpeluang untuk melawat Tuol Sleng Genocidal Museum, Choeung Ek Killing Fields, National Musem of Cambodia dan The Artist Street (#178).

 

Tuol Sleng Genocidal Museum

phnom penh cambodia selatan travel tips southeast asia

Sedikit intro tentang sejarah hitam Cambodia ini, puak Khmer Rouge yang diketuai oleh Pol Pot telah melakukan penghapusan sosial besar-besaran dan jumlah kematian dicatatkan antara 1-3 juta orang. Tuol Sleng Genocidal Museum ini pada asalnya adalah bangunan sekolah yang bertukar menjadi pusat tahanan untuk banduan yang ditangkap oleh puak rejim Khmer Rouger. Bagaimana banduan di sini disoal siasat, ditempatkan, dilayan, walaupun korang bukan peminat sejarah, apa yang korang akan saksikan di sini, akan memberi impak emosi yang besar.

phnom penh cambodia selatan travel tips southeast asia

Entrance fee adalah USD3 dan aku sarankan untuk ambil audio tour sekali, supaya kita lebih memahami apa yang berlaku di sini. Harga audio tour adalah USD3. Sebelum korang nak keluar dari tempat ini, luangkanlah masa untuk berbual dan bergambar dengan survivor dari jenayah  genocide ini. Hanya 6 dari 1-3 juta rakyat Cambodia yang yang terselamat dari jenayah ni.

 

Choeung Ek Killing Fields

phnom penh cambodia selatan travel tips southeast asia

Choeung Ek adalah extension dari kisah Tuol Sleng Genocide Museum. Apabila jumlah banduan yang ditangkap tidak dapat ditampung lagi di penjara Tuol Sleng, Choeung Ek digunakan sebagai fasiliti ekspres untuk menjatuhkan hukuman pada banduan. Dengan adanya fasiliti ni, banduan dibawak ke sini setiap hari dengan beberapa trak lori dan kesemuanya akan dibunuh beramai-ramai. Choeung Ek adalah kubur terbesar yang pernah dijumpai dan kerajaan Cambodia masih lagi melakukan kerja pencarian kubur-kubur mangsa jenayah genocide ni.

phnom penh cambodia selatan travel tips southeast asia

Entrance fee untuk Choeung Ek adalah USD dan aku masih juga sarankan untuk korang ambil audio tour supaya dapat memahami sejarah hitam secara menyeluruh. Audio tour berharga USD3.

 

National Museum of Cambodia

phnom penh cambodia selatan travel tips southeast asia

Muzium yang terbesar di Phnom Penh ni, mempunyai 14,000 koleksi artifak-artifak seni dari puak Khmer. Masih ada artifak yang belum sempurna bentuknya dan beberapa bahagiannya masih dalam proses penggalian. Ada jugak beberapa artifak yang melarang pengunjung dia untuk ambil gambar. Muzium ini juga menjadi lokasi tumpuan para sami pelatih. Aku nampak beberapa sami muda membaca penerangan yang ada di beberapa artifak dan kemudiannya menulis sesuatu dalam buku nota dia orang. Bayaran untuk masuk ke National Museum of Cambodia adalah USD5.

 

The Artist Street (#178)

Untuk peminat lukisan seni dan kraftangan buatan tangan, korang boleh melawat The Artist Street 178. Lokasi ini memang popular dengan restoran, cafe, backpacker hostels, galeri seni dan juga kedai-kedai yang menjual lukisan tangan hasil dari bekas pelajar Royal University of Fine Arts. Kalau di KL, lukisan tangan selalunya akan mencecah ratusan atau ribuan ringgit. Di sini, lukisan yang aku beli hanya berharga USD30 saja.

 

Phnom Tamao Wildlife Rescue Center

Selalunya aku tak suka pergi zoo sebab kebanyakan zoo tak menjaga kebajikan haiwannya. Boleh rujuk pada bagaimana Bandung Zoo menjaga haiwannya sehingga seekor gajah yang sakit, dibiarkan mati begitu saja. Aku mohon korang sain petition ni. Berbeza dengan Phnom Tamao, ia adalah sebuah rescue shelter untuk haiwan liar. Haiwan-haiwan ini telah diselamatkan dari jenayah penyeludupan dan perdagangan haiwan.

Kalau korang ke sini, cuba cari seekor Gibbon yang buta. Boleh tanya pada orang local yang ada berdekatan. Apa yang istimewanya tentang seekor Gibbon ini, walaupun ia buta, tapi ia tersangat manja dan korang boleh berpegang tangan dengannya macam sepasang kekasih!

kampot cambodia selatan southeast asia travel

 

TONLE BATI

Ta Prohm Ta Keo

selatan cambodia travel southeast asia

Bagi yang masih nak tengok struktur macam Angkor Wat di Cambodia Selatan, korang boleh ke Ta Prohm Ta Keo. Tak ramai pelancong tahu tentang lokasi ini sebab Angkor Wat di Siem Riem mempunyai nama yang agak sama, Ta Prohm Temple. Kalau korang tengok Tripadvisor pun, ramai akan kongsikan pengalaman mereka di Ta Prohm, Siem Riep. Tapi kalau korang Google Ta Prohm Tonle Bati, barulah ia muncul. Struktur ini dibina pada tempoh yang sama Ta Prohm di Siem Riep dibina, cuma saiznya agak kecik.

 

KAMPOT

kampot selatan cambodia travel southeast asia

Kampot adalah sebuah pekan kecil di Tenggara Cambodia. Dalam trip aku ke selatan Cambodia, Kampot adalah the highlight of the trip. Sebabnya, pekan dia amatlah chill dan casual. Aman damai saja aku rasa. Kampot juga mempunyai pemandangan sunset yang sangat memukau dan ini digunakan sebagai business move oleh bot-bot kecil untuk menawarkan servis sunset cruise. Bagi peminat seni bina, kebanyakan bangunan di Kampot adalah dari era Le Corbusier, dan dibina pada penghujung abad ke-19. Antara aktiviti lain yang aku buat di Kampot:

Aktiviti berbasikal bersama Butterfly Tours

kampot cambodia selatan travel southeast asia

Skuter dan basikal adalah pengangkutan terbaik untuk korang meronda di Kampot. Antara sebab aku ambil aktiviti berbasikal dengan Butterfly Tours, ialah mereka akan bawak korang meronda dalam kampung-kampung tradisional di Cambodia yang terletak di tengah sawah padi, beramah mesra dengan orang kampung sambil melihat gaya kehidupan mereka dan mencuba beberapa makanan tradisional mereka. Boleh rujuk lebih maklumat di laman web dia orang, Butterfly Tours : Kampot. Harga per person adalah USD12.

 

Phnom Chhnork

kampot cambodia selatan travel tips asia

Phnom Chhork adalah sebuah kuil kuno yang dibina di dalam gua untuk penganutnya. Kuil ini dibina pada kurun ke-7. Untuk ke sini, korang kena sewa skuter di Kampot dan perjalanan ke gua ini akan mengambil dalam masa 45 minit. Aku sarankan untuk korang bawak peta dengan korang atau mana-mana offline map yang boleh kesan lokasi Phnom Chhnork sebab papan tanda untuk ke Phnom Chhnork tak banyak. Google Maps pun tak dapat detect lokasi gua ni.

kampot cambodia selatan travel tips southeast asia

Pastikan korang bawak lampu suluh sebab gua tu gelap, dan juga kasut yang grip dia kuat. Boleh masuk with atau without guide. Kalau dengan guide, dia akan bawak korang masuk gua tu dengan lebih dalam. Aku masuk tak pakai guide dan tak bawak torchlight, jadi terhad sikit sebab aku tak tau dan tak nampak mana laluan yang guide tu pakai.

Entrance fee adalah USD5  per person.

 

Milkshake street

kampot cambodia selatan travel tips southeast asia

Untuk penggemar milkshake macam aku, jangan lupa singgah di Milkshake Street. Tak ada landmark yang jelas, jadi korang kena tanya staf atau owner motel/hostel. Di sepanjang jalan di Milkshake Street, ada banyak warung-warung yang menjual milkshake. Beza antara dia orang, jenis buah yang digunakan. Pisang, betik, nenas, strawberi, mangga adalah antara buah wajib yang ada di setiap warung. Tapi ade sesetengah warung yang jual milkshake dari buah naga, buah delima, buah apple dan pear, serta beberapa jenis buah yang aku tak cam. Segelas milkshake berharga USD2.

 

Epic Arts Cafe

kampot cambodia selatan travel tips southeast asia

Cafe yang menjadi favorite aku ketika di Kampot. Selain dari makanannya yang unik dan sedap, cafe ni mengambil pekerja dari golongan OKU untuk membantu mereka mencari rezeki, instead of mengemis di tepi jalan. Jenis makanan di sini adalah berdasarkan sarapan gaya Inggeris bersama pastri. Boleh rujuk laman web ini untuk maklumat lanjut.

 

Flying Dragon Fireflies Tour Cruise

Ingat tak aku ada sebut tadi yang bot-bot kecil menawarkan servis sunset cruise? Selain dari pemandangan sunset, bot-bot ini jugak menawarkan servis untuk tengok fireflies. Korang boleh pilih mana-mana bot sebab mereka menawarkan servis yang sama. Cuma nasib aku pada ketika itu, aku pilih Flying Dragon Fireflies Tour dan Kapten Lim menjemput aku duduk di kokpit sebab tempat duduk lain dalam bot dia dah penuh.

Selain dari dapat tengok fireflies, Kapten Lim mengajar aku beberapa bahasa asas Cambodia. Pengalaman aku naik dengan Flying Dragon malam tu memang menarik! Tapi sayangnya, aku punya rasa excited sampai lupa pula nak ber-selfie dengan dia.

 

KOH RONG SAMLOEM

koh rong cambodia selatan southeast asia travel

Dari Kampot, korang boleh ke jeti Sihanoukville dengan menaiki mini bas. Perjalanan dari Kampot, akan memakan masa 2 jam. Tapi kalau dari Phnom Penh, 8 jam. Untuk ke Pulau Koh Rong Samloem pulak, 1 jam perjalanan bot dari jeti Sihanoukville. Terdapat dua pulau yang boleh kita pergi, iaitu Koh Rong dan Koh Rong Sanloem.

Aku dah mula dengar khabar-khabar yang tak enak mengenai Pulau Koh Rong dari orang tempatan, pelancong dan jugak tour guide. Pulau Koh Rong sudah rosak dek pembangunan pelancongan kerana:

  • Backpackers hostel yang tumbuh bak cendawan membuatkan Pulau Koh Rong hilang kawalan untuk memastikan air lautnya bersih.
  • Hostel -hostel di sana tidak mempunyai kawalan yang baik untuk sewage system dan sistem pembuangan sampah.
  • Kawalan hiburan malam dikuatkuasakan sehingga pukul 12 sahaja selepas tetamu mengadu dengan bunyi bising muzik dari hostel-hostel ini.

Berlainan dengan Pulau Koh Rong Sanloem, masa aku ke sini, ia masih lagi di fasa pembinaan untuk projek pelancongan. Jadi aku tak pasti kalau 2-3 tahun selepas aku jejak Pulau Koh Roh Samloem, nasibnya sama seperti Pulau Koh Rong.

koh rong cambodia selatan travel tips southeast asia

Pulau Koh Rong Samloem memang sangat relax dan casual. Walaupun aku jenis yang kena buat aktiviti, Pulau Koh Rong Samloem was an exception. Aku lebih suka baca buku atas hammock sambil melayan angin pantai yang nyaman, sebelum tertidur.

 

SIHANOUKVILLE

sumber: rustycompass

Secara jujurnya, aku tidak sempat untuk luangkan masa yang banyak untuk explore Sihanoukville sebab feri aku dari pulau Koh Rong Sanloem ke Sihanoukville, lambat 2 jam. Aku juga terpaksa batalkan tempahan untuk melakukan aktiviti ATV di sana. Saranan aku, untuk hari korang naik feri dari Sihanoukville ke Pulau Koh Rong atau sebaliknya, kosongkan hari itu dengan tanpa apa-apa aktiviti. Tapi secara ringkasnya, Sihanoukville adalah ‘The Phuket of Cambodia’. Apa yang ada di Phuket seperti hostel backpacker, massage, restoran, kelab malam, pub, agensi pelancongan, semua ada di sini.

sumber: tripadvisor

Tetapi tidak adil untuk aku mengkonklusikan Sihanoukville sama saja seperti Phuket kerana di luar radius Sihanoukville, ada lokasi air terjun dan national park untuk diterokai. Dan untuk kali ni, why not sewa ATV untuk ronda-ronda di Sihanoukville, instead of sewa skuter. Cool bukan!

 

INFO TAMBAHAN

Pada asalnya, aku nak check out Bokor National Park, ketika aku di Kampot. Tapi sayangnya, mengikut beberapa review di Tripadvisor, seorang hartawan telah membeli kawasan ini, dan merosakkan Bokor National Park untuk pembinaan sebuah resort dan kasino dan merancang untuk menjadikan tempat ini sebuah bandaraya.

Phnom Bokor sebelum..

Phnom Bokor sekarang..

Beberapa review terbaru tentang Bokor National Park;

bokor national park cambodia

sumber: tripadvisor

Share

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

*