9 Aktiviti Travel Yang Gila, Tapi Menjadi ‘Bucketlist’ Para Travelers

Travel ke negara yang jarang dilawati, mungkin sudah cukup ekstrem bagi sesetengah orang. Tapi, jangan terkejut kalau ada di kalangan travelers di luar sana yang berani untuk mencuba aktiviti yang gila dan berisiko, malah membahayakan keselamatan diri sendiri for the sake of an adventure! Ini adalah 10 senarai aktiviti gila yang menjadi kegilaan para adrenaline-junkies/travelers sekarang.

1. Volcanic Bungee jumping 

sumber: dailystar

Sukan bungee jumping yang sedia ada, sudah cukup ekstrem bagi kebanyakan orang. Tapi, kalau korang rasa bungee jump yang biasa amat membosankan dan nak cari lokasi bungee jump yang lebih tinggi adrenaline-rush dia, korang boleh ke Gunung Berapi Villaricca, Chile di mana korang boleh buat lompatan bungee dari helikopter, terus menuju ke kawah gunung berapi yang masih aktif.

2. Surfing di Reunion Island

sumber: snowbrains

Reunion Island terletak 175km dari bahagian timur Madagascar, di Lautan India. Disebabkan air lautnya yang biru, ombak yang besar, pantai di Reunion Island menjadi lokasi popular di bibir peminat sukan luncur air. Tapi sayangnya, di sebalik pantainya yang cantik, tersimpan rekod kematian yang tinggi disebabkan serangan jerung. Sejak dari tahun lepas, 19 serangan jerung dicatatkan. Tapi sehingga kini, masih ada surfers yang cuba menawan ombak di Reunion Island.

3. Banzai Skydiving

sumber: perthnow

Tak cukup dengan tahap ekstrem dari sukan skydive yang biasa kita dengar, Banzai Skydiving membawa makna ekstrem ke tahap yang lebih tinggi. Apa yang membezakan Banzai Skydive dengan skydive yang biasa, para penerjun akan campak parachute mereka dari pintu kapal terbang pada ketinggian 10,000 kaki. Kemudian, mereka akan terjun dan akan cuba mengejar beg parachute mereka. Untuk kekal selamat dan hidup, penerjun kena kejar parachute dan terus meluncur ke dalam zon pendaratan.

4. Panjat Yosemite Half-Dome

sumber: symg

Yosemite Half-Dome yang terletak di Amerika Syarikat, mempunyai rekod kehilangan nyawa yang tinggi. Selain dari tempoh yang diperlukan untuk ke puncak, 10-14 jam, trek untuk ke puncak amatlah cerun. Berdasarkan penerangan dari laman web rasmi untuk Yosemite National Park, lebih dari 60 nyawa terkorban setiap tahun. Jatuh, lemah jantung, kemalangan yang melibatkan antara hikers ketika panjat, antara sebab-sebab yang menjadi penyumbang pada kematian para pemanjat. Tapi ia sangat popular hingga menyebabkan permit untuk panjat diberi melalui sistem loteri.

5. Berenang di Devil’s Pool

sumber: avaxnews

Bagi yang gayat, Devil’s Pool bukanlah tempat yang sesuai untuk korang. Terletak di Victoria Falls, antara Zambia dan Zimbabwe, Devil’s Pool menjadi pilihan ramai para travelers yang mahu merasai perasaan adrenaline-rush. Bila kita berenang di Devil’s Pool, kita akan berada hanya beberapa centimeter saja dari bucu air terjun tertinggi di dunia ini. Dengan arus deras yang agak laju, potensi kehadiran buaya, membuatkan kolam ini hanya untuk yang tak takut mati saja.

6. Berjalan di El Caminito Del Rey

Pada asalnya, laluan ini dibina untuk pekerja empangan hidroelektrik di Sepanyol, untuk mengangkut barang dari satu tempat, ke tempat yang lain. Kelebaran laluan ini hanyalah 1 meter dan sejauh 3 kilometer. Banyak bahagian yang ada pada laluan ini dah berkarat, dan lagi teruk, dah runtuh. Ini menyebabkan para travelers yang ingin menawan laluan ni terpaksa menggunakan kemahiran rock-climbing. Buat masa ini, laluan ni tak dibuka untuk public, setelah beberapa kematian dicatatkan. Kerja pemulihan untuk laluan yang lebih selamat, masih berjalan. Tapi, masih ada lagi travelers yang degil dan cuba untuk panjat laluan ini secara senyap-senyap.

7. Berbasikal di Cliff of Moher

sumber: ridersmate

Korang perlukan daya pengimbangan diri yang kuat dan juga tak gayat untuk berbasikal di tepi cerun Cliff of Moher. Terletak di Ireland, kebanyakan pelancong yang datang ke sini, untuk menikmati kecantikan pemandangan yang memukau. Tapi bagi para peminat aktiviti berbasikal, tahap ekstrem dan bahaya yang ada pada laluan ini, menjadikan ia sebagai laluan ‘bucketlist’ para cyclist untuk tawan.

8. Hike Gunung Berapi

sumber: Pinterest

Umum tahu yang lava dari gunung berapi tersangat panas, malah debu-debu yang berterbangan selepas gunung berapi meletup, cukup panas untuk merosakkan harta benda, rumah, pokok-pokok dan apa-apa yang ada di laluannya. Tapi di Guatemala, korang dapat mencuba pengalaman untuk hike dan berdiri  1 meter dari lava gunung berapi.

9. Laluan jambatan tali yang bergantung

Banyak jambatan gantung yang menakutkan, wujud di muka bumi ini. Antaranya adalah Jambatan Kuandinsky di Russia, Jambatan Hussaini di Pakistan. Tapi yang paling menakutkan, adalah Jambatan di Honinster Pass Via Ferrata di England. Dan walaupun tak masuk akal, akan ada manusia yang ingin mencuba trek yang sangat ekstrem dan menakutkan ini, termasuklah aku pada suatu hari nanti. Sebelum ni England tak pernah masuk dalam list travel aku, mungkin lepas ni, insya Allah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*