Kenal Pasti 7 Tanda Untuk Elak Dari Memilih Travel Buddy Dari "Neraka"

Kenal Pasti 7 Tanda Untuk Elak Dari Memilih Travel Buddy Dari “Neraka”

 

Bila cerita tentang travel ni, ada yang suka travel dengan kawan-kawan, dan ada pula yang suka travel secara solo. Aku pernah rasa pengalaman travel dengan teman, dan aku juga pernah rasa travel solo. Kedua-duanya mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri. Kalau dapat travel buddy yang sekepala dan boleh buat bermacam-macam aktiviti bersama, memang akan jadi lagi seronok trip tu nanti. Tapi, macam mana kalau kita dapat travel buddy dari neraka? Macam mana nak kenalpasti sama ada teman yang mengajak kita untuk travel bersama itu tidak akan menyusahkan kita bila travel nanti?

 

Ini adalah 5 jenis travel buddy dari neraka yang anda boleh kenalpasti dan beberapa petanda yang aku kongsi di sini, adalah datang dari pengalaman travel aku sendiri dan juga kawan-kawan traveler yang lain.

 

1. ANAK MANJA

 

 

Bila travel dengan anak manja ayah atau ibu ini, akan menjadi salah satu dari travel nightmare bagi sesiapa sahaja. Sebab apa? Kebanyakan mereka akan menganggap kita ini seperti pengasuh dan juga personal assistant mereka. Ini termasuklah mengingatkan mereka untuk bawa berus gigi atau international adapter, telefon atau mesej ibu bapa mereka tentang keadaan mereka dan sebagainya. Travel buddy jenis ini akan senang menarik muka masam jika permintaan mereka tidak dipenuhi atau perjalanan travel tidak berlaku seperti yang dirancang.

 

2. PEMALAS

 

Kenal Pasti 7 Tanda Untuk Elak Dari Memilih Travel Buddy Dari "Neraka"

sumber: topyaps.com

 

Seelokknya, carilah travel buddy yang boleh menyumbang idea dalam merancang itinerari travel yang lebih menarik. Kalau dari fasa perancangan pun kita susah nak dapatkan kerjasama darinya seperti membuat keputusan tentang lokasi hotel, jenis aktiviti yang mahu dilakukan, lokasi yang boleh dilawati dan sebagainya, hentikan saja plan travel dengannya. Walaupun dia menggunakan alasan “kau lebih tau dari aku”, janganlah kita mudah terpedaya. Kelak, kalau apa-apa plan yang tidak menjadi seperti yang dirancang, dia adalah orang pertama yang akan menyalahkan kita.

 

3. KAKI COMPLAIN

 

 

Tak salah untuk bersuara, ada masanya memang kita perlu bersuara. Contohnya, bila kualiti makanan yang dihidang di restoran tak menepati dengan harga yang tertera di dalam menu, atau layanan hotel atau tour operator yang tidak memuaskan hati, somebody needs to speak up. Tapi, kalau segenap segi dalam trip travel anda, travel buddy asyik mengomel saja, agak-agak boleh tahan telinga sampai habis trip tak? Aku pernah dengar seseorang mengomel bila tiada Coke Zero dalam menu minuman yang dihidang. Dia kemudiannya, menarik muka masam dan merosakkan mood teman-temannya yang lain pada hari itu.

 

4. TEMAN LELAKI/WANITA TOKSIK

 

 

Jika anda tahu yang travel buddy anda mempunyai boyfriend/girlfriend yang suka meminta laporan harian tentang lokasi dan aktiviti mereka, berjaga-jagalah dan aku mohon supaya bertabahlah. Sebaiknya, elakkanlah dari travel dengan travel buddy yang macam ni. Travel buddy anda akan menggunakan masa selama mungkin untuk berkongsi dan menerangkan pada kekasih mereka aktiviti yang dilakukan dan cuba meyakinkan mereka sebaik mungkin yang tiada kecurangan yang berlaku. Ini merugikan banyak masa anda untuk menunggu sehingga sesi “soal siasat” mereka berakhir. Silap-silap, mungkin anda akan dituduh oleh si kekasih kerana cubaan mensabotaj hubungan mereka.

 

5. ANGKAT BAKUL SENDIRI

 

 

Dengan adanya media sosial sekarang ini, kita dapat menyingkap tirai kehidupan seseorang itu. Tapi, kebanyakan kita termasuk aku sendiri, pernah terpedaya dengan tipu helah oleh kehidupan yang dipaparkan di media sosial. Bila bakal travel buddy anda selalu mengakui yang mereka ini sangat adventurous dan suka mengembara, nasihat aku, simpan sedikit perasaan syak wasangka dalam diri. Jangan terlalu percayakannya 100%. Disebabkan aku dulu percayakan pada statement “aku ni sangat adventurous” dulu, aku ditinggalkan terkapai-kapai snorkeling seorang diri di laut, dan aku juga diheret ke pusat beli belah walaupun pada asalnya nak meneroka tempat lain.

 

6. KEDEKUT (TERLAMPAU BAJET)

 

 

Ada yang suka travel secara mewah, dan ada juga yang suka travel bajet macam aku. Tapi, kalau dah sampai tahap terlalu bajet sampai takut nak keluarkan duit untuk bayar harga bilik hostel pun, susah juga. Bila travel dengan kawan-kawan ni, kita kena ada sikap toleransi antara satu sama lain. Kalau travel buddy kita bayarkan tambang teksi atau bas kita, kita balas pula dengan bayar untuk barang groceries. Tapi, kalau semua benda nak berkira bila berbelanja ketika travel, baik simpan duit di bawah tilam saja dan duduk rumah diam-diam.

 

 

7. PUTUS CINTA

 

 

Travel adalah satu cara yang terbaik untuk lepaskan segala perasaan frust terhadap perhubungan yang tak menjadi. Travel secara solo adalah yang paling afdal sekali. Sebabnya, bila kita travel solo, kita dapat meluangkan masa untuk diri kita sendiri, muhasabah diri tentang di mana silapnya dan bagaimana untuk improve diri ke arah kebaikan. Aku pernah travel dengan seorang travel buddy yang baru lepas putus cinta. Bila aku dijadikan tempat luah perasaan, aku masih okay. Tapi bila dia sudah mula menjejaskan mood, aktiviti dan perjalanan travel kami, ia buat aku serik untuk travel dengan orang macam ini.

 

Share

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

*