Ingin Ke Ushguli, Georgia? 7 Travel Tips Dan Cerita Yang Wajib Anda Tahu

Ingin Ke Ushguli, Georgia? 7 Travel Tips Dan Cerita Yang Wajib Anda Tahu

 

Sebut saja Ushguli, soalan pertama yang selalu diajukan pada aku ialah, “kat mana tu?“. Aku akui, aku sendiri pun tak pernah dengar akan kewujudan tempat ini hinggalah aku buat travel plans untuk ke Georgia. Malah destinasi Georgia juga aku jumpa secara kebetulan saja. Sedikit info tentang Georgia, ia terletak di antara sempadan Asia dan Eropah, dan ia dipanggil negara Eurasia. Georgia juga diberi gelaran “The balcony of Europe“. Banyak route yang boleh kita lalui untuk ke sini. Untuk trip aku, travel route aku adalah Kuala Lumpur – Colombo, Sri Lanka – Dubai, UAE – Baku, Azerbaijan – Tbilisi, Georgia.

 

Boleh rujuk di artikel aku tengah bagaimana nak travel ke Georgia: http://alisaomar.com/perlu-tahu-kalau-travel-ke-georgia/

 

Ushguli terletak di Svaneti, iaitu hujung utara Georgia. Untuk ke sini bukanlah perjalanan yang mudah. Jadi, ia made sense kenapa ramai pengembara skipped untuk travel ke Svaneti dan memilih untuk ke Kazbegi sebagai pengganti.  Ini adalah 7 kisah travelog tentang perjalanan aku ke Ushguli:

 

1. SANGAT MEMAKAN MASA

 

Ingin Ke Ushguli, Georgia? 7 Travel Tips Dan Cerita Yang Wajib Anda Tahu

 

Seperti aku katakan tadi, ramai mengelak untuk ke Svaneti kerana perjalanannya yang amat lama. Tak ramai mahu mengambil risiko untuk spend masa hampir satu hari hanya untuk ke sini. Pada mulanya, aku juga ragu-ragu. Apatah lagi bila aku ada terbaca satu artikel tentang pergolakan yang berlaku di sempadan hujung utara Georgia. Tapi aku teruskan juga dan bermulalah perjalanan aku yang sangat penat, thrilling dan jaw-dropping.

 

Ketika aku travel ke Georgia pada Julai 2016, cara yang paling efisien untuk ke Ushguli ialah:

  • 9 jam perjalanan tren dari Tbilisi – Zugdidi.
  • 4 jam perjalanan mashrutkas dari Zugdidi – Mestia
  • 3 jam perjalanan mashrutkas dari Mesti – Ushguli

 

Cara lain yang boleh dicuba ialah terbang dari Tbilisi ke Mestia. Sebuah lapangan terbang  baru telah dibuka di Mestia, Queen Tamar Airport. Penerbangan dari Tbilisi sebanyak 4 kali seminggu, 65 GEL sehala. Boleh tempah tiket dari beberapa travel agensi di Georgia; Vanilla Sky Agency (mari@vanillasky.ge) atau Guesthouse PeakMazeri (info@hotel-svaneti-mestia.com). Perjalanan flight akan mengambil masa 1 jam saja. Tapi, kalau aku boleh repeat trip aku ke Ushguli, aku tetap akan pilih untuk naik keretapi dan mashrutkas.  Pengalaman yang aku dapat dari perjalanan yang penuh mencabar dan lama, sangatlah berharga.

 

2. BAGAIMANA NAK KE SANA?

 

Ingin Ke Ushguli, Georgia? 7 Travel Tips Dan Cerita Yang Wajib Anda Tahu

 

Untuk tempahan tiket tren, kita boleh tempah online ataupun walk-in. Aku memang tempah online saja sebab nak elakkan dari perkara yang tak diingini berlaku.  Lawati laman web Georgian Railway, daftar username dan password anda,  and you’re good to go! Di sini, anda boleh tengok jadual untuk kesemua laluan keretapi Georgian Railway, tak hanya spesifik pada Zugdidi saja. Apa yang anda kena tahu, laluan mana yang anda nak tuju?

 

Jujur aku katakan, merancang travel untuk ke Georgia dulu memang menyakitkan kepala aku. Waktu itu, tak banyak lagi blogs atau laman web yang berkongsi tips dan cerita tentang bagaimana nak ke sana. Aku juga terpaksa study setiap laluan keretapi yang ada di Georgia, hanya untuk tahu yang Zugdidi adalah pilihan terbaik aku untuk ke Ushguli. Tiket keretapi boleh dibeli online 40 hari sebelum tarikh travel kita. Pastikan anda print confirmation ticket anda. Ini akan menjadi tiket rasmi anda.

 

Perjalanan dari Tbilisi ke Zugdidi akan memakan masa 9 jam. Aku ambil overnight train sebab aku nak berehat dari day trip aku ke Armenia sebelum tu. Sebelum nak beli tiket tren, pastikan anda sedar jenis Class yang kita beli. Paling murah adalah 3rd class, 17 Lari. Aku beli Sleeper Class, 42 Lari. Kalau walk-in, 38 Lari.

 

3. PERJALANAN ZUGDIDI-MESTIA YANG THRILL

 

Ingin Ke Ushguli, Georgia? 7 Travel Tips Dan Cerita Yang Wajib Anda Tahu

 

Aku tiba di stesen keretapi Zugdidi pada pukul 630 pagi. Keluar saja dari koc tren, aku dah nampak ramai lelaki tempatan berdiri di kawasan tempat letak kereta. Mereka adalah pemandu teksi dan pemandu mashrutkas. Teksi lebih selesa, tapi lebih mahal berbanding mashrutkas. Kalau anda travel secara berkumpulan, teksi mungkin pilihan yang terbaik. Sebabnya, harga tambang teksi adalah antara 120 – 150 Lari per kereta. Manakala tambang untuk mashrutkas pula, 20 Lari per seorang.

 

Kebanyakan pengembara akan ambil tempat duduk di bahagian belakang mashrutkas. Tapi, tempat duduk paling depan, bersebelahan dengan driver is where the real fun begins. Bagi yang cepat rasa pening time driving, aku tak sarankan. Jalan dari Zugdidi ke Mestia memang boleh buat sesiapa saja luruh jantung. Waktu tu, jalan masih belum fully developed, road barriers pon masih belum ada, dan anda akan nampak betapa dekatnya tayar mashrutkas dengan bahagian tepi gaung.

 

Ingin Ke Ushguli, Georgia? 7 Travel Tips Dan Cerita Yang Wajib Anda Tahu

 

Apa yang lebih thrill, bila aku nampak mashrutkas aku makin melencong ke arah gaung. Pada mulanya aku ingatkan normal saja. Sehinggalah aku aku terdengar bunyi dengkuran di sebelah. Driver aku boleh terlelap pulak! Dengan cepat aku capai stereng dan kemudi mashrutkas kembali ke jalan semula. Tindakan drastik aku buat dia terjaga. Pada mulanya, memang aku rancang nak lelap mata bila aku sudah puas amati jalan ke Mestia ni. Tapi, since pemandu aku pun senang terlelap ketika memandu, terus cancel plan.

 

Sepanjang perjalanan anda dari Tbilisi ke Ushguli ni, aku sarankan jangan rancang apa-apa aktiviti. Biarkan ia kosong dan masa digunakan untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Orang Georgia ni memang sangat laidback, tiada istilah rushing dalam kamus hidup mereka. Kalau mereka rasa lapar, mereka akan berhenti sesuka hati di cafe yang ada di sepanjang jalan, tanpa bertanya dulu pada penumpangnya.

 

4. PERJALANAN MESTIA-USHGULI

 

Ingin Ke Ushguli, Georgia? 7 Travel Tips Dan Cerita Yang Wajib Anda Tahu

 

Para pelancong mempunyai beberapa pilihan untuk ke Ushguli:

  • Pakai mashrutkas yang sama untuk ke Ushguli dari Mestia
  • Naik mashrutkas yang berbeza, boleh cari pemandu mashrutkas di Seti Square. Taxi drivers juga melepak di situ. Harga kena runding
  • Tidur di Mestia tapi ambil day trip tour ke Ushguli. Boleh lawati Visitor Information Center di Seti Square untuk maklumat lanjut.

 

Setibanya aku di Mestia, aku cepat-cepat turun dari mashrutkas dan cuba mencari pengangkutan yang lain untuk ke Ushguli. Tak sangguplah aku nak menempuh jalan bahaya dengan pemandu yang sama. Luckily, sepasang kekasih dari England juga mahu ke Ushguli dan mereka sudah pun menyewa teksi dari guesthouse mereka. Apa yang lebih menarik, mereka juga akan tinggal di guesthouse yang sama dengan aku. Jadi, kami semua bersetuju untuk split tambang teksi antara kami. Harga teksi yang dikenakan oleh guesthouse tersebut ialah 150 Lari per kereta.

 

5. MENJEJAKKAN KAKI DI USHGULI

 

Ingin Ke Ushguli, Georgia? 7 Travel Tips Dan Cerita Yang Wajib Anda Tahu

 

Aku tinggal di Gamarjoba Guesthouse. Gamarjoba Guesthouse memang tak ada dalam Booking.com, sampai sekarang. Aku terjumpa guesthouse ini ketika aku mencari “accommodation in Ushguli“. Kebanyakan penduduk kampung di sini menggunakan rumah mereka sebagai homestay untuk para pengunjung. Jadi, pilihan untuk tempat tinggal tu memang banyak, tapi bilik belum tentu banyak. Seperti Gamarjoba, ia hanya mempunyai 4 bilik saja untuk tetamunya.

 

Ingin Ke Ushguli, Georgia? 7 Travel Tips Dan Cerita Yang Wajib Anda Tahu

 

Hari pertama aku di Ushguli, hanyalah aktiviti meronda-ronda, free & easy saja. Pemandangan Ushguli memang lain dari yang lain, it’s out of this world. Secara jujurnya, aku bukanlah peminat pemandangan dari destinasi popular. Jiwa aku lebih kepada menerokai tempat yang jarang didengari orang dan melihat sendiri kecantikannya yang tersembunyi. Antara aktiviti yang aku lakukan ketika hari pertama adalah memanjat sebuah menara yang terletak di tengah-tengah kampung Ushguli, mencuba Ice Cream Coffee mereka (dalam dunia kita, ia dipanggil Latte) dan berinteraksi dengan penduduknya.

 

6. AKTIVITI YANG BOLEH DILAKUKAN

 

Ingin Ke Ushguli, Georgia? 7 Travel Tips Dan Cerita Yang Wajib Anda Tahu

 

Kalau anda ke lokasi di mana ramai pemandu mashrutkas melepak di Ushguli, anda akan ditegur dan ditawarkan servis untuk menyewa kuda. Aku pasti berapa harga yang ditawarkan di sana sebab aku menyewa kuda dengan Gamarjoba Guesthouse, 40 Lari untuk seekor kuda. Aku juga menggunakan horse guide untuk ke Gunung Shkhara sebab untuk laluan berkuda, kita akan lalu di laluan yang mempunyai banyak tumbuhan poison ivy.  Secara umumnya, memang ramai tahu apa jadi kalau kulit kita menyentuh daun poison ivy ni. Jadi, hanya horse guide saja yang tahu dan kenal tumbuhan beracun ni.

 

Selain dari horseback riding, kita juga boleh trekking ke Gunung Shkara. Perjalanannya akan ambil masa 8 jam, dua hala. Ada beberapa laluan trek yang kita boleh lakukan di sini. Hikers kental kebanyakannya berjalan kaki dari Mesti hingga ke Ushguli. Perjalanan mereka selalunya akan mengambil masa dalam 3-4 hari. Bila tiba waktu malam, mereka sama ada akan pasang khemah tepi jalan ataupun dijemput untuk tidur semalaman di salah satu rumah di kampung yang berdekatan.

 

7. DRAMA BILA NAK PULANG KE ZUGDIDI

 

Ingin Ke Ushguli, Georgia? 7 Travel Tips Dan Cerita Yang Wajib Anda Tahu

 

Sebelum aku buka cerita, nasihat aku, cuba tempah teksi untuk pulang ke Mestia seawal mungkin. Kalau bernasib baik, akan ada teksi yang available untuk bawa kita ke Mestia. Kalau kurang bernasib baik, mashrutkas masih ada. Cuma satu saja masalahnya, mashrutkas tak kan bergerak selagi tak penuh. Adalah lebih baik untuk pulang ke Mestia terlebih dulu, tidur semalam di sana dan esok tu barulah gerak ke Zugdidi untuk pulang ke Tbilisi atau sambung perjalanan ke Batumi dan sebagainya.

 

Ambil kisah aku ini sebagai pengajaran untuk semua. Aku checked out dari Gamarjoba Guesthouse pada pukul 11 pagi. Memandangkan tren aku di Zugdidi akan gerak pada pukul 9 malam, aku perlu meninggalkan Ushguli sebelum pukul 2 petang. Tapi, sehingga pukul 12:30 tengahari, aku masih belum berjaya mendapat apa pengangkutan pulang ke Mestia. Teksi tak ada yang kosong, mashrutkas pula tak nak gerak selagi tak penuh, walaupun aku sanggup bayar lebih.

 

Alhamdulillah, 30 minit kemudian, sekumpulan pelancong Russia yang datang ke Ushguli hanya untuk day trip, menyelamatkan hari aku dan kami semua terus gerak pulang ke Mestia. Drama aku belum habis lagi, tiba aku di Mestia, aku berjaya dapatkan teksi untuk ke Zugdidi. Masalahnya, dia boleh pulak nak singgah rumah dia untuk minum petang. Hampir 45 minit juga aku tunggu urusan dia selesai. Aku tiba di Zugdidi 15 minit sebelum tren bergerak.

 

Moral of the story, jangan gerak ke Zugdidi dari Ushguli dalam hari yang sama.

 

Ingin Ke Ushguli, Georgia? 7 Travel Tips Dan Cerita Yang Wajib Anda Tahu

Share

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

*