camping australia

Mahu Camping di Australia? 7 Benda Penting Korang Kena Tahu


Selamat datang 2019! Aku ingin memohon maaf di atas kelewatan membalas segala komen yang masuk serta membiarkan blog ini berhabuk setelah sekian lama.

Sejak aku pulang dari trip Amerika Selatan, aku hanya ada 2 bulan setengah untuk siapkan manuskrip buku travelog kedua. Alhamdulillah, manuskrip sudah dihantar pada pihak penerbit.

Sebagai pembuka tirai untuk post 2019, aku ingin sentuh tentang aktiviti ‘camping‘ di Australia. Dah jadi macam tradisi bagi orang Aussie untuk pergi camping bila setiap kali ada cuti long weekend.

Tapi, bagi kita yang perlu terbang jauh dari Kuala Lumpur, macam nak merasai pengalaman camping di negara Kanggaroo ni? Adakah kita perlu camping permit? Ada kemudahan bilik mandi ke? Ini adalah 7 info yang korang perlu tahu tentang Australian Camping:


1.PERMIT


Boleh ke nak camping di mana-mana saja?

Queensland National Park Booking
sumber:
Queensland National Park Booking Service

Jawapan secara ringkasnya, tak boleh. Walaupun setiap state (WA, QLD, NSW, VIC, SA, TAS, NT) mempunyai regulations yang tersendiri, tapi mostly akan perlukan kita untuk mohon camping permit.

Contohnya, untuk camping di kawasan National Park untuk state Queensland (QLD), kita boleh book camping spot di laman web Queensland National Park Booking Service.

Untuk Australian state yang lain, ini senarai laman webnya:

Di sini, kita boleh pilih lokasi National Park and its camping spot, berapa orang dan berapa hari. Jika lokasinya memerlukan laluan 4WD, kita juga perlu memohon permit untuk ‘Vehicle Access‘.


Kalau camping tanpa permit pula?

Renjer di Queensland National Park selalunya jarang cek camping permit. Tapi itu tak bermakna kita boleh camp sesuka hati. Kalau kita berkhemah di tepi jalan, which is illegal, bayaran denda akan dikenakan jika ditangkap oleh polis hutannya.

Kalau di NSW pula, setiap pagi akan ada renjernya yang datang menyinggah di setiap camp spot untuk menyemak camp permit. Kalau korang didapati gagal tunjuk bukti bahawa korang camp secara sah, denda $300++ akan dikenakan.


2. BARANG CAMPING 

Ini adalah antara benda asas tapi amat penting yang korang kena bawak:

  • Khemah
  • Sleeping bag
  • Portable Gas Cooker
  • Lampu suluh/solar panel light
  • Kotak ais (untuk simpan makanan)
  • Toiletries
  • Tikar/camping chairs
  • Stok air (aku recommend sekurang-kurangnya 10L untuk camping di musim panas)
  • Insect repellant
  • Sunscreen, sunglasses
  • Food stock

Kalau rasa macam terlalu banyak barang nak dibawa, jangan khuatir. Ada beberapa kedai camping di Australia yang menawarkan servis sewaan barang camping.


3. CUACA DAN FIRE BAN

Ada sesetengah camping spots terutamanya di Northern Territory dan Queensland, selalu dikuat kuasakan ‘Fire Ban’.

Ini bagi mengelakkan dari berlakunya sebarang pembakaran hutan yang tak diingini. Jadi, kalau kita nak camp pada musim panas di salah satu lokasi National Park di QLD atau NT, jangan terkejut kalau kita dilarang untuk buat BBQ atau roasted marshmallow dengan camp fire.

Begitu juga dengan cuaca. Weather forecast yang diberikan oleh Bureau of Metrology selalunya 90% tepat. Jadi, rujuklah kajian cuaca dan suhunya supaya kita boleh merancang barang camping kita.


4. KEMUDAHAN DI CAMPING GROUND

Setiap camping ground mempunyai kemudahannya yang tersendiri. Macam masa aku camping di Moreton Island National Park dulu, siap ada Wi-Fi kot. Aku pula tak jangka ada kemudahan internet. Terpaksalah kurangkan internet surfing semata-mata nak jimat bateri.

Ada pula camping ground macam Goombura National Park yang tak ada tempat shower langsung. Aku terpaksa hike dalam 1 jam untuk ke rock pool yang berdekatan untuk segarkan badan.

Jadi, jangan lupa untuk semak status fasiliti camping ground korang. Boleh dibuat di laman web yang sama dari point no 1.


5. RANCANG PERJALANAN

camping australia fuel gas
Sumber:
Transfercar

Penting untuk korang tahu jarak perjalanan ke camping ground dan lokasi-lokasi penting yang berdekatan dengannya. Contoh, untuk outback camping di Northern Territory, kemudahan stesen minyak teramat terhad dan sangat jauh.

Tambahan pula, network coverage pun agak barai. Dengan info sebegini, korang boleh rancang sama ada perlu bawak portable tangki untuk simpanan stok minyak. Begitu juga dengan stok makanan dan sumber air.


6. 4WD CAMPING

Bagi yang dahagakan adventure, boleh cuba 4WD camping. Cuma, bila korang nak rent 4WD nanti, pastikan ia sesuai untuk dibawa di trek berpasir.

Sebabnya, untuk camping di kawsan pulau seperti Moreton Island, Fraser Island dan lain-lain, 4WD seperti Pajero, Jeep, Ford Ranger, Mitsubishi Triton dan seangkatan dengannya adalah lebih sesuai.

Untuk 4WD jenis wagon seperti Subaru Outback, Honda CR-V, Nissan X-trail, lebih sesuai digunakan di tepi pantai. Bukan untuk trek sand dunes. Aku tak sarankan untuk ambil risiko sewa 4WD jenis wagon sebab kalau kereta sangkut sebab pasir, kos nak recover kereta boleh makan $500-700.


7. GLAMPING

camping australia lamington
Memori camping di Lamington National Park

Rasa leceh nak buat persiapannya tapi masih nak merasai pengalaman camping di Australia? Jangan khuatir, glamping kan ada? Hehe.

Kalau ikut definisinya, glamping adalah gabungan perkataan ‘glam + camping‘ yang bermaksud, menginap di dalam khemah yang lebih selesa dan pada masa yang sama, dapat menikmati suasana hutan di national park.

Contoh glamping. Sumber:
Glamping Hub

Kita hanya perlu bawak keperluan peribadi saja. Segala khemah, tempat tidur, dapur memasak sudah disediakan.

Ada juga sesetengah lokasi glamping seperti Carnarvon National Park yang menawarkan servis restoran dan cafe. Cuma harga untuk satu malam adalah lebih mahal dan selalu penuh.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*