elak travel pakej scam penipu tips

6 Tips Untuk ‘Spot’ dan Elak Jadi Mangsa Penipuan Pakej Travel Murah

 

Pakej travel murah mula tumbuh bak cendawan di media sosial bila semakin ramai berkongsi pengalaman dan gambar travel diaorang di Facebook atau Instagram. Ada yang tawarkan pakej untuk tengok Sakura di Jepun, pakej travel kulinari Bangkok, pakej travel aktiviti lasak di New Zealand, to name a few.

Apa yang kurang enaknya bila ada pakej travel yang menipu para pengguna. Antara contoh penipuan adalah:

  • Travel agent hilang selepas buat payment.
  • Tiket flight tiba-tiba dibatalkan oleh “pihak airlines” tanpa sebab dan ejen hilang sebelum proses refund bermula.
  • Pihak airlines mengesahkan tiada tempahan dibuat dari nombor rujukan yang diberi oleh ejen, ketika proses check-in di airport.

Banyak lagi penipuan sebenarnya, dan selalunya si penipu akan hilang untuk beberapa bulan/tahun, sebelum muncul semula dengan nama baru dan tawaran pakej travel yang baru. Jadi, kita sebagai pengguna, harus bijak untuk kenal pasti sama ada pakej travel yang ditawarkan palsu atau tidak.

 

1. Harga pakej/flight yang terlalu murah hingga tak masuk akal

 

elak travel pakej scam penipu tips

Gambar sekadar hiasan. Sumber: orbitz.com

 

Harga yang ditawarkan untuk setiap pakej travel agak subjektif kerana ia merangkumi harga itinerari yang berbeza. Ada yang menawarkan tempat penginapan 3 bintang, dan ada pula yang menawarkan hostel sebagai tempat penginapan bajet. Tiada petanda yang jelas untuk tahu sama ada ia scam atau tak, kalau jelas memang susah nak tarik perhatian pengguna. Tapi, info itinerari yang ditawarkan boleh menjadi clue untuk kita. Untuk flight pula, tak logik kalau ia lagi murah dari harga yang ditawarkan oleh syarikat penerbangan.

Contohnya, RM800 untuk percutian ke Jepun selama 7 hari, all-in. Untuk yang selalu travel, harga begini mungkin tak masuk akal. Tapi bagi yang jarang travel, tawaran ni nampak sangat menarik. Clue yang boleh kita lihat, untuk harga Rm800, apa yang termasuk dalam pakej travel yang ditawarkan? Tempat penginapan? Kos pengangkutan? Makan dan minum? Kalau RM800 untuk semua kos dalam trip selama 7 hari untuk satu Jepun, itu dah boleh jadi petanda yang tak baik. Sebabnya, untuk kos pengangkutan pun dah nak cecah Rm700++, apatah lagi nak tampung kos penginapan, makan minum dan aktiviti.

Jadi sebelum nak tempah pakej travel yang ditawarkan, buat sedikit homework tentang kos berdasarkan info itinerari yang ditawarkan. Kalau korang rasa tak pasti, boleh rujuk dengan teman-teman yang kaki travel. Kalau travel agent tak nak beri info itinerari selagi tak tempah, itu another red flag yang kita kena ambil perhatian.

 

2. Tawaran terhad

 

elak travel pakej scam penipu tips

Gambar sekadar hiasan. Sumber: promo.lk

 

Si penipu ni bijak sebenarnya. Kalau tak bijak, macam mana dia boleh tipu beratus-ratus orang sehingga pengguna kena menanggung kerugian berbelas atau berpuluh ribu ringgit? Teknik marketinglimited seat‘ atau ‘one time offer‘ memang selalu digunakan oleh para pemilik bisnes. Ini kerana teknik ini bermain dengan emosi manusia, iaitu mewujudkan ‘sense of urgency‘, dimana ia boleh buatkan pengguna membuat keputusan terburu-buru untuk beli/tempah sesuatu produk, disebabkan tak nak terlepas dari tawaran terhad.

Si penipu akan mengambil kesempatan atas teknik ini. Dengan menawarkan pakej travel yang murah dan hanya untuk tawaran terhad, kita akan fikir,

Lepas ni, mesti dah tak ada dah tawaran murah macam ni..

Jadi, kalau korang nampak pakej travel yang menawarkan tawaran terhad, jangan tempah dengan terburu-buru, keep on korek info tentang agensi travel tu.

 

3. Travel testimonial dari pelanggan

 

elak travel pakej scam penipu tips

Sumber: joinuniverse.com

 

Testimonial dari pelanggan memang penting untuk sesuatu bisnes entiti. Ini kerana, ia membina kredibiliti bisnes  itu sendiri dan boleh membantu untuk tambah keyakinan bakal pelanggan baru di kemudian hari nanti. Si penipu memang tahu betapa pentingnya testimonial pelanggan ni. Dengan adanya aplikasi smartphone dan juga website yang boleh buat testimonial palsu, si penipu boleh meyakinkan para pengguna dengan menggunakan testimonial palsu ni.

Disebabkan adanya aplikasi smartphone macam ni, susah untuk pengguna membezakan testimonial yang asli dengan yang palsu. Tapi, kalau bisnes entiti itu menjalankan perniagaan yang sah, kita boleh tengok testimonial pelanggan bukan saja dari Whatsap, tapi dari Facebook, Instagram dan secara lisan dari teman-teman. Akan ada potensi untuk agensi travel palsu delete segala komen negatif, tapi dunia media sosial ni besar. Sembunyilah macam mana pun, pasti akan ada kebenaran yang akan terlepas ke mata pengguna.

Aku sarankan untuk korek info tentang travel agensi di Facebook dan Instagram dan tengok kalau ada komen dari pengguna yang boleh membantu untuk menyakinkan korang. Nak lagi senang, korang approach pengguna yang komen di akaun media sosial travel agensi tu dan tanya pada diaorang.

 

4. Periksa kredibiliti travel agensi

 

elak travel pakej scam penipu tips

Gambar sekadar hiasan. Sumber: skift.com

 

Selain dari cek keaslian testimonial pelanggan yang dah tempah pakej travel sebelum ini, kita juga kena tahu sama ada agensi travel yang memberi tawaran hebat ini, menjalankan perniagaan secara sah atau tak. Kalau travel platform antarabangsa seperti Skyscanner, Expedia, memang lagi mudah untuk tahu kalau agensi yang tawarkan harga mereka di platform ni, okay atau tak. Contoh website yang korang boleh rujuk adalah Tripadvisor, complaintsboard.com.

Yang lebih sukar, kalau pakej travel yang dipromosikan melalui platform media sosial seperti Whatsap, Facebook dan Instagram. Sebab bisnes marketing melalui media sosial ni, selalunya berdasarkan perkongsian antara pengguna dan rakan-rakan diaorang. And it is built based on trust.

Apa yang aku boleh sarankan di sini, selain dari korek info di media sosial untuk cari testimonial, cuba elakkan tempah pakej travel melalui perkongsian Whatsap dari grup sebelah. Tak semua bisnes berdasarkan Whatsap tu palsu, tapi ia mengelakkan potensi dari korang ditipu. Sebabnya, berbanding dengan Facebook, Whatsap tiada interaction yang jelas dengan orang yang menawarkan pakej travel ini. Modus operandinya pun memberi ruang yang sangat luas untuk berlakunya penipuan. Risikonya sama seperti beli barang online di Mudah.com mahupun kedai Instagram. Some seller memang buat bisnes secara jujur, others, hanya nak tipu duit korang.

 

5. Interaksi dengan pelanggan

 

elak travel pakej scam penipu tips

Gambar sekadar hiasan. Sumber: maris.fi

 

Si penipu memang akan lembut dari lidah bila berinteraksi dengan pelanggan. Sama seperti skim Ponzi, cara mereka beroperasi memang boleh nampak red flags kalau kita peka. Walaupun cara operasi mereka tak sama, tapi ia berdasarkan pada asas yang sama.

Contohnya, kalau pihak agensi travel menyatakan tiket flight hanya akan dapat seminggu sebelum travel date, maka kita patut berhati-hati. Sebabnya, walaupun pernah jadi flight delayed atau cancelled, tapi pihak airlines akan sentiasa memberi tiket flight sesudah saja korang selesai membuat tempahan, bukan seminggu sebelum travel date. Ini antara poin yang aku rasa kita semua kena peka:

  • Bagaimana mereka kendalikan proses tempahan dan pembayaran pakej travel?
  • Berapa lama untuk dapat info tempahan flight dan hotel?
  • Perlu bayar penuh atau deposit untuk confirm kan tiket flight?
  • Boleh dapat tiket flight selepas tempahan atau kena tunggu?
  • Ada alamat dan nombor telefon yang boleh dihubungi kalau apa-apa jadi?
  • Bagaimana mereka mengendalikan proses refund?
  • Ada resit yang disertakan dengan butiran si penjual seperti; alamat, nombor telefon, nama penjual, no kad pengenalan dll, sebagai bukti pembelian?
  • Ada agreement in black & white tentang polisi pakej travel ini? – polisi melalui screenshot Whatsap/Facebook tak digalakkan.
  • Payment pada akaun siapa? Akaun sendiri atau akaun agensi?

Kalau pihak agensi travel cuba melengah-lengahkan proses untuk beri nombor rujukan tempahan, itu pun sudah cukup untuk korang membuat plan kecemasan kalau ada apa-apa berlaku.

 

6. Independent follow up

 

elak travel pakej scam penipu tips

Sumber: bobwp.com

 

Bagi yang dah bayar deposit, minta pada agen travel korang tentang nombor rujukan dan info untuk tempahan hotel dan flight secepat mungkin. Dengan cara ini, korang sendiri boleh cek dengan pihak airlines dan hotel, jika nombor rujukan yang diberi untuk tempahan korang ada dalam data atau tak.  Ia boleh mengelakkan korang dari tersadai di kaunter check-in sebab nombor rujukan tempahan korang tiada dalam data pihak airlines. Ia lebih baik kalau duit deposit korang tak dikembalikan sebab travel agent tu kantoi menipu, daripada bayar full payment, tapi baru sedar ditipu bila cuba check-in bagasi di kaunter.

Kalau travel agent janji nak kasi info nombor rujukan dalam masa 3 hari, follow up dengan dia. Teruskan follow up sehingga kita dapat. Kalau dia masih berlengah, setkan dateline untuk beri peluang dan ruang baginya untuk mendapatkan info tu untuk kita. Kalau tiada hasil juga, ada kemungkinan korang dah ditipu.

Kes ditipu pakej travel di media sosial memang dah berlambak sekarang. Taktik si penipu untuk mengaburi mata pengguna ada macam-macam cara. Jadi, anggaplah artikel ini sebagai panduan asas untuk korang. Dan tak semestinya agensi travel yang tak popular selalu tipu dan agensi yang dikenali ramai tak menipu. Pada asasnya, bila hati sudah mulai tamak, popular atau tak, penipuan itu boleh berlaku.

 

Share

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

*