6 Benda Yang Anda Kena Tahu Sebelum Nak Takluki Gua di New Zealand

 

Kebanyakan orang melawat New Zealand adalah untuk menikmati pemandangan Middle Earth yang sungguh memukau. Memang cantik kan? Tapi tahukah anda, New Zealand juga dikenali sebagai hub utama untuk sukan aktiviti lasak? Banyak sukan yang melibatkan adrenaline-rush seperti bungee jump, dicipta di New Zealand.

 

Aku pernah cuba aktiviti lompatan bungee, giant swing, kayaking semasa aku berada di NZ. Untuk artikel ini, aku akan berkongsi pengalaman aku memasuki salah satu dari gua terbesar di New Zealand. Dalam masa yang sama aku akan selitkan jugak beberapa tips yang anda patut tahu sebelum nak masuk gua di sini.

 

1. LOKASI TERBAIK – NORTH ISLAND

 

caving-gua-nz-travel-sukan-lasak-waitomo

 

New Zealand mempunyai banyak gua, tak kira sama ada di South Island atau North Island. Ada yang masih belum diterokai, dan ada yang dah diterokai tapi belum sedia untuk dibuka pada umum. Tapi dalam banyak-banyak gua, gua di bahagian North Island adalah lokasi yang terbaik untuk dilawati. To be specific, Waitomo yang terletak di daerah Waikato. South Island pun okay, cuma tak banyak pilihan.

 

2. PELBAGAI JENIS AKTIVITI CAVING

 

caving-gua-nz-travel-sukan-lasak-waitomo-abseiling

 

Di Waitomo, aktiviti caving bukan setakat untuk yang dahagakan adrenaline-rush. Ia juga adalah salah satu lokasi bucketlist dunia yang menawarkan pemandangan glow worm yang sangat cantik. Bagi yang nak cuba pengalaman memasuki gua di NZ tapi tak nak terlalu ekstrem, anda boleh cuba cave rafting dan abseiling. Aku pulak, memandangkan aku meminati pelakon Michelle Rodriguez dari filem Fast & Furious, aku dapat tahu dia membuat aktiviti caving bersama Waitomo Adventures selama 7 jam.

 

3. STAMINA ITU PENTING

 

caving-gua-nz-travel-sukan-lasak-waitomo-glow-worms

Senang je nak spot aku. Cuba cari mana yang paling ketot?

 

Sebelum aku terbang ke Auckland, 2 bulan aku training untuk tingkatkan stamina. Sebab aku tahu kalau 7 jam berada dalam gua tanpa sebarang stamina, boleh tercabut nyawa rasanya. Aku lihat pada aktiviti itinerarinya pun, sangat mencabar. Aktiviti bermula dengan abseiling setinggi 100m untuk memasuki gua. Bagi yang gayat tu, part ni akan menjadi paling mencabar buat anda.

Selesai saja abseiling, maka bermulalah perjalanan aku memanjat batu-batu gua, berjalan melawan arus air yang deras sambil berpandukan lampu dari headlamp yang diberikan. Cuma satu benda yang aku betul-betul lupa nak bersedia. Memandangkan hari sebelumnya tu, hujan lebat sangat. Sangat lebat hinggakan aku terpaksa telefon caving operator untuk pastikan jika aktiviti caving perlu dibatalkan atas sebab potensi banjir dalam gua.

 

caving-gua-nz-travel-sukan-lasak-waitomo-lost-world

 

Namun, katanya tiada masalah malah ia akan menjadi hari paling perfect untuk buat caving. Little that I knew, berjalan melawan arus air dan memanjat batu dengan keadaan gumboot yang penuh air bagaikan membalut kaki aku dengan guni beras dan berjalan secara berterusan untuk 7 jam.

Keluar saja dari gua, aku ingatkan dah selesai. Rupanya kami perlu hiking untuk tambahan 2 kilometer untuk sampai ke titik permulaan kami. Jadi, kekuatan stamina itu sangat penting untuk aktiviti ni.

 

4. NO CAMERA ALLOWED

 

caving-gua-nz-travel-sukan-lasak-waitomo-lost-world

 

Satu benda penting yang anda kena tahu, segala gajet elektronik (camera, video, gopro) tidak dibenarkan untuk dibawa masuk ke dalam gua. Pada mulanya, aku tak berminat sangat dengan peraturan ni. Sebab dah menjadi rutin aku bila travel, aku perlukan foto dan juga video. Tapi bila aku selesai saja aktiviti caving ni, baru aku betul-betul faham dan bersetuju dengan peraturan ni.

Ada beberapa part di mana aku perlu memegang dan berpaut pada tali sekuat yang mungkin untuk memanjat ke bahagian batu yang lebih tinggi, dan dalam masa yang sama menahan daya tolakan arus deras dari jatuh ke bawah semula. Dengan keadaan gua sebegini, aku memang tak sarankan untuk bawak kamera mahupun attach GoPro pada mana-mana anggota badan anda. 

Bagi yang tertanya-tanya, siapakah yang ambil gambar aku dalam gua? Guide kita sendiri yang akan ambil gambar kita. Jadi jangan risau, koleksi foto untuk kenangan akan diberikan pada anda lepas keluar gua nanti. 

 

5. CAVING OPERATORS

 

caving-gua-nz-travel-sukan-lasak-waitomo-lost-world

 

Waitomo Adventures adalah salah satu dari caving operators yang menawarkan aktiviti masuk gua ni. Mereka juga ada menawarkan aktiviti yang lain. Tak banyak beza pun antara caving operators ni selain dari harga dan polisi perniagaan mereka. Contohnya, ada caving operator yang menawarkan harga lebih murah tapi tiada servis makanan yang disediakan. Ada pula yang menawarkan servis foto tapi bukan secara percuma. Jadi, sebelum anda nak tempah aktiviti caving dengan mana-mana caving operators, amati polisi perniagaan mereka dulu. 

 

6. KONKLUSINYA, BEST TAK?

 

caving-gua-nz-travel-sukan-lasak-waitomo-lost-world

 

Bagi aku, walaupun agak perit bunyinya tapi aku memang enjoy. So many adventures in one day! Dalam satu hari saja aku dah boleh crossed-off abseiling, rock climbing, caving, glow worm experience, hiking dan having fun at the same time! Plus, aku dah ada memori of doing the same caving experience as Michelle Rodriguez’s and Tom Cruise’s. Bagi peminat sukan lasak, aku memang sarankan untuk korang cuba pengalaman yang sama. 

 

2 Comments

  • Fauzi says:

    Caving kt NZ ni ada partkena terer berenang tak?, Pengalaman rock climbing?.. kasut suit equipment suma provided?.. last sekali brp kos nya?

    • Alisa Omar says:

      Tak pandai berenang pon xpe, asalkan jangan panik je. Rock climbing pon sama. Yang penting, kaki kena kuat,terutamanya bila nak panjat masa air penuh dalam boot. Semua akan disediakan, headlamp, dry suit, boot, malah makan. Ini untuk waitomo adventures. Yang lain tak pasti.

      Untuk harga tu, kalau tanpa promosi, mahal berdengung. Jadi, cari deal ni kat bookme.co.nz.Hari tu dapat 50% less.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*