5 Sebab Utama Kenapa Aplikasi Maps.me Adalah Sangat Mengecewakan!

5 Sebab Utama Kenapa Aplikasi Maps.me Adalah Sangat Mengecewakan!

 

Sebelum ini memang aku pakai aplikasi Sygic untuk offline maps. Bagi aku, ia sangat user-friendly, lebih mudah dari mana-mana aplikasi offline maps yang aku pakai sebelum ini. Tapi, disebabkan aplikasi Maps.me adalah satu-satunya aplikasi yang boleh digunakan ketika aku buat hiking di Reunion, maka, aku mengambil keputusan untuk mencuba juga Maps.me untuk navigasi ketika memandu. Lagipun, memang itu fungsi Maps.me sebenarnya, menjadi antara pilihan untuk navigasi peta tanpa internet.

 

Tapi hasilnya? Bagi aku, ia amatlah mengecewakan! Mungkin bagi sesetengah pembaca tidak akan bersetuju dengan pendapat aku. Tapi, berdasarkan pengalaman aku menggunakan aplikasi ini ketika aku berada di Mauritius dan Reunion, ini sebab utama aku kenapa aku tak akan menggunakan Maps.me lagi:

 

1. Jangkaan masa ke destinasi yang tidak tepat

Aku bukanlah tahap perfectionist yang melampau. Tapi, biarlah kalau jangkaan masa ke destinasi yang nak dituju itu, tidak tersasar jauh dari masa sebenar. Maps.me memberi estimated time yang sangat teruk dan tidak tepat. Benda pelik yang berlaku ketika aku di Reunion, ialah bila Maps.me tak beri jumlah masa sebenar yang diperlukan untuk ke lokasi yang dituju. Tapi, ia memberi jangkaan masa dari satu checkpoint ke checkpoint yang lain. Ini menyusahkan aku untuk tahu tempoh dan waktu sebenar untuk ke actual location. Terutamanya, kalau aku nak tahu tempoh yang diperlukan untuk menuju ke lapangan terbang.

 

2. Arah navigasi yang tidak tepat

Arah yang diberi ketika aku memandu memang tak tepat langsung. Yang paling kelakar, bila Maps.me seakan “memaksa” aku untuk masuk ke laluan No Entry. Ia juga kerap menukar arah navigasi dengan tiba-tiba, sehingga aku menjadi keliru untuk tahu arah mana yang patut aku rujuk sebenarnya. Bila aku hampir putus asa, aku mengambil keputusan untuk tutup saja aplikasi ini dan menggunakan peta tradisional saja untuk ke tempat yang dituju.

 

3. Ambil masa yang lama untuk re-calculate route

Bila dah salah jalan, aplikasi ini ambil masa yang sangat lama untuk re-calculate route. Yang paling mengecewakan, bila selesai saja ia mengira semula jarak, masa dan arah ke destinasi aku, ia sudah terlambat untuk aku buat detour dan mengakibatkan aku banyak terlepas jalan. Proses ini akan berterusan sehinggalah aku mengambil keputusan untuk berhenti saja di tepi jalan dan memberi aplikasi ini ‘waktu selesa’ untuk ia membuat pengiraan. Ia agak membuang masa, tapi waktu itu, aku tak mempunyai akses Internet untuk muat turun aplikasi Sygic dan menggantikan Maps.me. Jadi, aku terpaksa sangkut dengan aplikasi hampeh ini untuk beberapa hari.

 

4. Pengiraan masa yang pelik

Selalunya, kalau kita pakai aplikasi Google Maps atau offline map yang lain, semakin dekat kita dengan destinasi itu, maka makin sedikit masa yang diperlukan untuk ke sana. Berlainan dengan aplikasi Maps.me, selepas aku lalu checkpoint yang ada, dari tempoh 1 jam ke destinasi, ia menjadi 1 jam 10 minit. Bila makin menjadi-jadi pelik dia, aku restarted phone aku balik. Dan guess what? Tempoh ke destinasi menurun menjadi 50 minit. Hahahaha!

 

5. Arah navigasi yang pelik

Arah navigasinya bukan saja tidak tepat, seperti apa yang aku terangkan di poin no.2, tapi ia juga pelik. Bayangkan, masa aku tengah memandu, tiba-tiba, anak panah yang menjadi rujukan aku terkeluar dari route. Ini mengelirukan aku untuk tahu ke arah mana yang aku patut tuju sekarang, terutamanya bila berada di jalan Mauritius yang tricky. Selepas 5 minit ia kekal macam tu tanpa ada sebarang perubahan, aku terpaksa restarted phone sekali lagi dan kali ini, ia kembali berfungsi. Tapi, aku terpaksa memberhentikan kereta sekali lagi demi memberikan aplikasi ini ‘waktu selesa’ untuk re-calculate route.

 

 

Mengikut pengalaman aku, Maps.me akan menjadi kurang efisien bila kereta bukan berada dalam keadaan statik. Ini akan menyukarkan navigasi terutamanya bila most of the time, kita akan pakai aplikasi offline map ini ketika kereta bergerak. Selesai saja hike aku Reunion, cepat-cepat aku uninstalled aplikasi hampeh ini dan kembali menggunakan Sygic. Aku tak halang kalau ada di kalangan korang yang selesa menggunakan Maps.me ini. Tapi bagi aku, pengalaman ini  menjadi yang pertama dan terakhir untuk aku menggunakannya.

 

Share

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

*