travel-nz-north-te-paki-sand-dunes

6 Info Menarik Anda Perlu Tahu Tentang ‘Sandboarding’ di New Zealand

 

New Zealand memang dikenali dengan pemandangan Middle-Earth yang memukau serta hub utama untuk aktiviti lasak. Tapi, tahukah anda yang kita jugak boleh alami pengalaman berada di padang pasir? Padang pasir? New Zealand bukan sejuk ke? Macam mana boleh adanya padang pasir ni?

Kalau anda Google “Sand Dunes in New Zealand”, hanya satu lokasi sand dunes saja ada di bahagian utara New Zealand. Malah, tiada lokasi dicatatkan di South Islands. Tak percaya? Cuba tengok screenshot di bawah, aku pun terkejut tau!

 

 

Ingin mencuba sandboarding di sini? Ini tips yang anda perlu tahu!

 

1. KAT MANA AKU BUAT SANDBOARDING?

 

travel-nz-north-te-paki-sand-dunes

 

Te Paki Sand Dunes terletak 6 jam perjalanan dari Auckland. Ia adalah antara tempat persinggahan sebelum ke Cape Reinga untuk menikmati pemandangan sunset. Ia terletak di persisiran Ninety Mile Beach dan ia adalah salah satu lokasi yang paling hujung untuk utara New Zealand.

Aku menginap di rumah Airbnb bersama host dan keluarganya di Ngataki iaitu 40 minit dari Cape Reinga. Kalau ikut logistiknya, tiada hotel mahupun hostel yang ada di Cape Reinga. Jadi kalau anda mahu melihat Te Paki Sand Dunes dan Cape Reinga dalam hari yang sama, aku sarankan untuk menginap di area berdekatan. Selain Ngataki, anda boleh juga menginap di Pukenui Holiday Park.

Sedikit info tentang sand dunes ini, ketinggiannya boleh mencapai 100m dan lokasi popular untuk sandboarding digelar Devil’s Hook. Kita boleh sandboard sejauh 350m di Devil’s Hook dengan kecerunan lebih dari 45 darjah.

 

2. MANA NAK DAPAT SANDBOARD?

 

travel-nz-north-te-paki-sand-dunes

 

Ini antara yang aku tak tahu masa aku di sana. Di sepanjang jalan ada beberapa gerai kecil yang menawarkan servis sewa sandboard. Harga sewa, NZD10 sepapan. Tapi aku teruskan perjalanan aku hingga ke Te Paki Sand Dunes. Bila aku nak sewa sandboard di sana, rupanya harga dia hampir dua kali ganda, (NZD15).

Ini kerana hanya ada satu gerai saja yang menawarkan servis sewa sandboard. Jadi tak hairanlah kalau harga dimonopoli dan pengunjung terpaksa membayar 5 dollar lebih mahal untuk menyewa sandboard ini. Jadi, aku sarankan, dalam 5-10 minit sebelum sampai ke Te Paki Sand Dunes, kalau anda nampak gerai sewa sandboard, terus singgah dah sewa di situ. Mereka akan mintak ID atau passport untuk pastikan kita return semula sanboard tersebut. Jadi jangan panik okay?

 

3. ADA APA-APA FASILITI KAT SANA?

 

travel-nz-north-te-paki-sand-dunes

 

Selain dari gerai sewa sandboard, tempat ni hanya ada tandas awam. Disebabkan ada satu gerai saja yang menyewa sandboard, maka memang mahal la sebab dia conquered the whole market kat sana. Gerai ini jugak menjual minuman tin, bottled water sejuk dan beberapa snek dan coklat. Selain dari itu, mereka juga menjual stokin. Sebab apa? Berjalan atas pasir pada hari panas terik, rasa macam jalan atas bara api woh!

Tak beli stokin pun tak apa, aku pun pakai Crocs aku saja. Cuma annoying sikit bila pasir masuk dalam kasut bila berjalan, itu saja.

 

4. SENANG TAK NAK CAM LOKASI DEVIL’S HOOK?

 

travel-nz-north-te-paki-sand-dunes

 

By the time anda sampai di tempat letak kereta, anda akan nampak lokasi Devil’s Hook dari jauh. Macam mana nak tahu? Anda boleh nampak ramai orang sedang asyik meluncur laju dari atas sand dunes. Di situlah tempat tumpuan pengunjung. Ada beberapa lagi spot lain yang anda boleh sandboard, tapi Devil’s Hook adalah spot paling menarik. Dari tempat letak kereta, walking distance tak sampai 5 minit.

 

5. MACAM MANA NAK MULA SANDBOARDING?

 

travel-nz-north-te-paki-sand-dunes

 

Part ni yang aku tak berapa nak berkenan. Sebabnya, nak berjalan ke bahagian atas sand dunes tu agak menyesakkan terutamanya kalau stamina kita tak berapa nak cukup. Waktu tu, kaki aku masih lagi kejang dari aktiviti masuk gua selama 7 jam, boleh baca pengalaman aku di sini (http://alisaomar.com/6-tips-caving-nz/).

Jadi, bayangkan kita hike up pada kecerunan lebih dari 45 darjah di atas trail berpasir, aku gerak satu tapak, setengah tapak aku dah meleret turun. Jadi sebaik saja aku sandboard, memang aku tak naik untuk kali kedua walaupun hati ni memang buat lagi.

 

6. KALAU KITA CEDERA WAKTU SANDBOARDING CAMNE?

 

travel-nz-north-te-paki-sand-dunes

 

Sayangnya tiada pekerja yang akan supervise aktiviti kita. Yang ada, hanya pekerja gerai untuk sewa sandboard saja  Ini bermakna keselamatan kita adalah tanggungjawab sendiri. Tapi jangan risau, laluan untuk sandboard tak ada batu besar yang boleh membahayakan keselamatan kita. Cuma kita akan diingatkan supaya jangan berdiri ketika sandboarding. Ada beberapa pengunjung yang cuba berdiri, memang jatuh gedebuk macam durian runtuh.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*