cerita kisah travel tips backpacker traveler

30 Cerita, Tips dan Teladan Yang Aku Belajar Dari Dunia Travel

Kalau nak dibandingkan keadaan aku masa aku mula-mula travel pada tahun 2011, dengan keadaan sekarang, memang macam langit dengan bumi. Bagaikan kain putih yang sungguh bersih, kain itu telah dicorak dengan pelbagai pengalaman dan kisah teladan yang aku hadapi sejak dari 2011. Ini adalah 30 benda yang aku belajar dari dunia travel:

 

cerita kisah travel tips backpacker traveler

Ushguli, Svaneti (Georgia)

 

BILA TRAVEL

1. Pen, walaupun kecil saiznya, tapi peranan dia sangat besar ketika travel. Terutamanya time nak isi info dalam Passenger Card.

2. Ada international adapter pun tak guna, kalau ada 3 gajet elektronik (phone, kamera, Gopro/powerbank) kena cas dalam masa yang sama.

3. Waterproof casing itu penting kalau nak pergi snorkeling atau nak buat aktiviti air yang lain.

4. It’s okay untuk travel tanpa perlu menyinggah dan mengumpul barang Hard Rock.

5. Aktifkan saja kredit kad/debit kad untuk transaksi antarabangsa, walaupun akan ada travel buddies yang cakap jumlah cash yang kita bawak dah lebih dari cukup.

6. Travel insurance itu AMAT PENTING.

7. Travel homework itu penting, walaupun pergi dengan travel guide. Jangan travel dengan tanpa sebarang travel knowledge.

8. Cuba elakkan sebaik mungkin untuk ambil teksi, terutamanya di Eropah.

9. Dalam flight, tempat duduk di bahagian aisle paling strategik untuk penerbangan jarak jauh, dan window seat untuk penerbangan jarak dekat.

10. Fahami proses imigresen untuk negara yang kita nak lawati. Setiap negara ada requirement yang tersendiri. Contoh, nak masuk USA, kena tunjuk info penerbangan kita supaya pihak imigresen tahu kita tak akan overstay.

 

cerita kisah travel tips backpacker traveler

Phi Phi Island, Thailand

 

SEBAGAI TRAVELER/BACKPACKER

11. Akan ada jenis traveler/backpacker yang suka exaggerate cerita; baru jalan 100m, gebang di Facebook buat panjat gunung.

12. Jangan travel dengan orang yang baru putus cinta. Jenuh nak kena layan emosi dia. Begitu juga dengan anak emas ayah/mak dan yang ada boyfriend/girlfriend kaki report.

13. Walaupun kita kena bersangka baik, tapi bila travel, bersangka baik itu yang paling senang jadi mangsa travel scams.

14. Akan ada travelers/backpackers yang cuba bandingkan itinerari kita dan itinerari dia, for the sake of nak tunjuk yang tempat yang dia pergi lagi best.

15. Jangan takut untuk travel ke tempat yang ramai tak pernah dengar. Pengalaman travel yang kita dapat akan jadi lebih unik.

16. Jangan terpengaruh dengan “standards” yang diletakkan oleh geng acah-acah backpackers seperti;

selagi belum sampai Amsterdam, ko tak boleh lagi dipanggil backpacker” – what the ef??

17. Jangan terkejut kalau ada sebilangan backpackers yang travel sebab nak kejar bilangan negara sebanyak mungkin dalam satu trip, bukan sebab nak cari pengalaman.

18. Hilang bagasi adalah perkara yang paling horror dan sangat mengusutkan kepala. Waktu hilang bagasilah, boleh kenal siapa lawan, siapa kawan. Akan ada makhluk traveler yang akan cuba meracun seperti;

confirm hilang dah beg ko tu. Redha je la..” – nasihat aku, pekakkan telinga. Kang kasi penumbuk satgi, jadi kes polis.

19. Walaupun duduk dalam bilik hostel yang semuanya perempuan, jangan terkejut kalau ada backpackers perempuan yang bawak laki masuk bilik, selalunya backpackers dari Barat. Begitu juga untuk hostel bilik untuk lelaki.

20. Kalau ada member nak pesan ole-ole, mintak dia kirimkan duit sekali. Kalau dia kata bayar dulu, bila kita balik travel nanti baru bayar, abaikan saja pesanan itu.

21. Jangan tunggu last minute seperti sejam sebelum waktu penerbangan untuk masuk balai berlepas. Immigration area dan security scanning area akan ambil masa paling lama.

22. Mula-mula aku excited bila jumpa travelers/backpackers yang mengaku diri adventurous. Tapi sekarang, aku simpan dulu percaya aku, dan hanya yakin bila dia betul-betul buktikan. Disebabkan aku percaya dulu la, in the end aku turun snorkel sorang-sorang.

 

cerita kisah travel tips backpacker traveler

Grand Canyon, Arizona (USA)

 

 

INFO TAMBAHAN

23. Jangan too ambitious dengan travel plan. Contohnya, untuk trip seminggu, nak cover Paris – Amsterdam – Munich – Salzburg – Zurich. Memang best kalau dapat cover banyak, tapi kena fikirkan tempoh transportation untuk kita pergi dari satu tempat ke tempat yang lain.

24. Clubbing scene di Kuta, Bali sangat bahaya. Jaga diri bila ke sana. Dah macam-macam kes berlaku di sana.

25. Ambil gambar skuter atau kereta yang disewa, terutamanya bahagian yang dah kemek atau calar. Sesetengah kedai sewa akan cuba ambil kesempatan untuk tuntut ganti rugi dari bekas calar.

26. Kalau boleh berbahasa Indon bila travel di Indonesia, kita boleh bayar entrance fee dengan harga domestik.

27. Bila korang mula travel, akan ada yang dengki. Bila ko post travel photos, akan ada yang tuduh ko suka menunjuk. Bila korang post pengalaman korang di Facebook, akan ada yang tuduh korang poyo, konon baru mula travel tapi dah cerita merata-rata. Nasihat aku, buat pekak, remove dan block orang jenis macam ni. Tak ada faedah simpan pun.

28. Kalau nak naik teksi di Indonesia, ambil syarikat Bluebird, lebih selamat.

29. Ronda-ronda satu pulau naik ATV adalah lebih menarik dari naik skuter biasa.

30. Kalau Airasia bukak route baru ke Hawaii contohnya, jangan terus beli. Kasi route tu stabil dulu. Sebabnya, pernah jadi kes di mana nak travel bulan Mei, tapi syarikat penerbangan ni tutup route ke suatu destinasi ni pada bulan Mac. Maka, kelam kabut dibuatnya. Terpaksa beli tiket flight baru sebab nak cancel pon, semua dah ditempah dan dibayar.

 

Share

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

*