mauritius eksotik travel tips africa

10 Tips Yang Kita Kena Tahu Sebelum Nak Terbang ke Mauritius

 

Waktu artikel ini ditulis, aku baru saja menjejakkan kaki aku ke tanah air, setelah beberapa bulan menjadi anak perantauan. Destinasi terakhir aku sebelum pulang ke kampung halaman adalah Mauritius. Jadi, apa pendapat aku tentang Mauritius? Sangat awesome! Local people dia yang teramat peramah dan kalau diaorang nampak kita macam blur ke mana nak pergi, dengan senang saja diaorang akan approach dan cuba bantu kita.

Tapi, sebelum nak buat persiapan ke Mauritius, apa yang perlu kita tahu dulu? Ini adalah 10 tips yang aku dapat kumpul masa aku travel ke Mauritius:

 

1. Kalau korang naik Air Mauritius dari Kuala Lumpur, korang akan ada transit ‘sekentut’ di Singapura, roughly dalam 1 jam. Yang tak berapa bestnya, korang kena turun dari flight dengan segala barang peribadi, terima pas transit dari staf di lapangan terbang Changi, berjalan ke pintu pelepasan, lalui proses scanning dan inspection sebelum dibenarkan untuk boarding sekali lagi. Prosesnya lebih kurang sama untuk penerbangan Airasia dari Kuala Lumpur ke Auckland. Nasihat aku, dari Kuala Lumpur, simpan boarding pass sehinggalah korang hop on kembali ke dalam flight dari Singapura.

 

2. Total flying hours dari Kuala Lumpur ke Mauritius adalah 8 jam. Untuk seating arrangement, untuk model A330, layout tempat duduknya adalah 2-4-2. Kalau yang travel solo atau berdua tu, bolehlah ambil tempat duduk untuk 2 orang. Tapi, kalau korang cuba nak dapatkan ruang lebih, ambil sedikit risiko untuk pilih tempat duduk untuk 4 orang. Selalunya tempat duduk di bahagian depan akan penuh sentiasa. Tapi, untuk bahagian belakang flight, selalunya kosong, terutamanya dari barisan 35 hingga ke penghujungnya.

 

3.  Sampai saja di lapangan terbang Mauritius, pastikan korang dah bersedia dengan semua dokumen yang diperlukan seperti kad info penumpang, kad pengesahan kesihatan dan juga info itinerari penerbangan kita. Sebabnya, by the time kita sampai airport, tapi baru nak isi segala info, alamatnya berjanggutlah nak beratur dan menunggu di area imigrasi. Sesetengah penumpang akan mengambil masa yang amat lama di kaunter, terutamanya bila pegawai imigresen mengesyaki yang mereka datang sini bukan untuk travel. Untuk info itinerari pula, ia adalah prosedur normal bagi mereka untuk tahu berapa lama kita di sini.

 

4.  Ada airport WiFi di sini, tapi hanya untuk 250MB untuk selama 3 jam, whichever comes first. Bagi yang nak ber-vlog tu, tangguhkan dulu hasrat tu. Aku dah cuba, memang tak lepas satu video pun. Hahaha. Cukuplah untuk berbalas komen di Facebook, Instagram dan Twitter. Untuk upload foto tu, memang boleh, datanya memang cukup. Cuma, cepat sikitlah sesi WiFi korang habis nanti. Ada dua jenis WiFi yang korang boleh bergilir-gilir untuk guna; “Passenger Free WiFi” atau “_Passenger Free WiFi”.

 

5. Pertukaran matawang dari Ringgit ke Mauritius Rupee roughly dalam, 1MYR = 8MUR. Boleh tukar duit di airport, mahupun di ATM yang berdekatan. Kebanyakan bank di Mauritius menyediakan servis untuk pengeluaran wang di luar negara.

 

6. Apa yang pelik dengan Mauritius ni, kos untuk sewa kereta adalah lebih murah dari kos sewa skuter. Kos aku sewa kereta hari tu baru 300 Rupee untuk beberapa hari, tapi kos untuk sewa skuter? 1000 Rupee untuk sehari! Jilake betul, hahaha. Itu belum masuk kos isi minyak lagi. Bagi yang ingin memandu di jalan Mauritius, driving side masih sama macam kita, di bahagian kiri jalan. Tapi level of awareness tu kena lebih sikit, sebabnya, cara pemanduan mereka ni susah nak jangka. Secara tiba-tiba saja mereka boleh berhenti tengah jalan sebab nak sembang dengan si member yang sedang menunggu bas. Yang pandu sambil makan lane orang pun ada jugak.

 

7. Bab nak cari makanan halal, jangan risau. Memang mudah nak cari, walaupun kita berada di pekan kecil. Ketika aku di Curepipe, pekan kecil yang mengambil masa 1 jam dari Mauritius Airport, memang merata-rata aku nampak kedai makanan halal. Walaupun Mauritius punya local food memang sedap belaka, tapi aku sarankan, korang wajib cuba Mauritius briyani. Rasa dia sedikit berbeza dengan briyani Arab. Nak lagi sedap, kita gabungkan Mauritius briyani dengan air Pepsi. Air lain aku dah cuba, tak ‘kaw’! Tapi dengan Pepsi, memang terangkat jah!

 

8. Bahasa rasmi yang digunakan oleh kerajaan adalah bahasa Inggeris. Tapi, bahasa yang selalu digunakan oleh orang tempatan adalah bahasa Perancis. Jangan risau, kebanyakan mereka masih boleh berbahasa Inggeris, walaupun kurang fasih. Dan jangan terkejut kalau tiba-tiba kena approach dengan pam attendant kat stesen minyak, dan kemudiannya diajak bersembang. Mereka memang teramat peramah. Cuma kena jaga-jaga kalau kena approach oleh lelaki tempatan yang mengaku dia dari keluarga nelayan. Kalau dia sebut dia dari keluarga nelayan, itu tandanya dia bersedia nak jual barang-barang kraftangan kat korang. Boleh saja kalau nak beli, cuma takut ada yang sengaja caj harga mahal dari biasa.

 

9. Kalau bab pemandu teksi, dari airport, korang kena cari pemandu yang ada tag “official airport taxi”. Kalau tak ada tu, disyaki teksi sapu. Teksi di Mauritius tak pakai meter, jadi korang kena pandai bargain. Jangan risau, diaorang tak akan ubah harga di saat kita sampai ke destinasi kita. Apa yang dipersetujui harganya, itulah harganya nanti. Dan, pemandu teksi akan bertanyakan soalan seperti apa plan kita di sini? Berapa lama? Macam mana nak ronda-ronda kat Mauritius? Semua soalan itu adalah soalan ‘soal-siasat’ jika dia boleh selit jarum untuk promote AirBnb yang dia ada, ataupun servis sewa kereta/pemandu. Walaupun kita cakap yang semua sudah dirancang, mereka akan cuba jugak pujuk untuk ambil servis dengan diaorang.

 

10. Untuk bab peta dan navigasi? Mungkin ada sesetengah yang selesa pakai Google Maps atau Maps.me. Aku cuba dua aplikasi offline map; Maps.me dan Sygic. Selalunya memang aku pakai Sygic, tapi memandangkan Maps.me sesuai untuk hiking trail bila aku di Reunion Island nanti, aku muat turun jugak. Hasilnya? Aku amat kecewa dengan aplikasi Maps.me. Dah lah selalu bawak aku ke jalan yang ‘No Entry‘, delayed lama pulak tu bila re-calculating route. Nanti aku akan ceritakan dengan lebih lanjut kenapa aku tak akan guna aplikasi Maps.me sampai bila-bila lepas ni.

 

Share

2 Comments

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

*