Yosh! 10 Tips Penting Korang Perlu Tahu Tentang One Piece Tower, Tokyo

 

Yosh! Lama betul aku tak menulis. Aku mohon maaf sangat sebab terlalu sibuk dengan Pesta Buku Kuala Lumpur 2018 dan jugak trip ke negara matahari terbit dalam seminggu setengah selepas itu. Kini aku kembali dan mari kita mulakan dengan favorite topik aku.

Ada di kalangan para pembaca di sini yang minat anime One Piece? Mesti korang tahu ada satu ‘surga dunia’ yang terletak di Tokyo Tower? Seperti indoor theme park di Berjaya Times Square, One Piece Tower jugak adalah satu indoor theme park di mana peminat anime jepun ini boleh bermain pelbagai permainan dari jalan cerita dan watak-watak utama. Ini adalah X info yang korang perlu tahu sebelum nak ke sana!

 

1. LOKASI

 

 

Ia terletak di Tokyo Tower, bermula dari Aras 3 hingga Aras 5. Boleh gunakan train untuk ke sana, cuma tambah sikit walking distance dalam 10-15 minit dari train station sebab memang tak ada laluan train mahupun bas untuk ke sana. Kalau malas jalan, boleh tahan teksi.

Bagi yang duduk di Shinjuku macam aku, boleh guna Tokyo Metro Marounouchi Line (M-line) ke Kasumegaseki, kemudian tukar ke Hibiya Line (H-line) untuk ke Kamiyacho. Cari arah ke Tokyo Tower dan berjalanlah anda selama 10 minit untuk ke sana. Total cost tiket: 200 yen sehala.

 

2. HARGA TIKET

 

 

Ada dua jenis tiket yang boleh dibeli:

  1. Live & Park Day Pass
  2. Park Day Pass

Apa bezanya? Untuk Live & Park Day Pass, kita berpeluang untuk melihat persembahan secara LIVE oleh watak-watak utama dalam anime One Piece seperti Luffy, Zoro, Sanji, Usopp, Nami, Chopper dan lain-lain. Dan dalam masa yang sama, boleh masuk setiap attractions yang ada di sana. Harga tiket adalah 3,000 Yen (~MYR110) kalau tempah secara advanced dan 3,200 yen (~MYR120) kalau beli on the spot.

Untuk Park Day Pass, sekadar untuk masuk attractions saja. Tiada LIVE shows. Harga tiketnya pulak adalah 2,000 yen (~MYR75) untuk advanced booking dan 2,200 yen (~MYR80) untuk beli di Tokyo Tower.

Apa bezanya beli in advanced dengan beli on the spot? Beli advanced boleh dapat harga lebih murah dan dalam masa yang sama, boleh dapat extra FREE souvenirs yang orang beli on the spot takkan dapat.

 

3. INFO PENTING TENTANG TIKET MASUK

 

 

Once korang di Aras 1, terdapat dua bahagian lif. Lif belah kanan adalah untuk ke Tokyo Tower Observation Deck. Lif bahagian kiri pulak untuk ke One Piece Tower. Naik ke Aras 3 dan beratur untuk tiket. Kalau korang dah beli tiket advanced, jangan lupa bawak passport untuk ID verification, sebelum staff beri korang tiket yang sebenar.

Jika mahu keluar sebentar dari One Piece Tower di Aras 3 dan ingin melihat Mugiwara Store di Aras 1, pastikan korang infom staf yang jaga kaunter dan korang lalu di laluan exit yang betul iaitu, ‘Temporary Exit’. Kalau korang exit terus, memang tak boleh masuk balik dah lepas tu. Kalau ikut laluan ‘Temporary Exit’, tangan kanan korang akan dicop sebagai tanda korang akan masuk kembali ke One Piece Tower.

 

4. ATTRACTIONS

 

 

Antara attractions yang ada di sini ialah:

  • Luffy’s Endless Adventure
  • Zoro’s Soul of Edge
  • Nami’s Casino House
  • Usopp’s Road to Sogeking
  • Chopper’s Thousand Sunny Tour
  • Robin’s Finding Ponegliff
  • Franky’s Park
  • Brook’s Horror House
  • Tongari Island Photo Spots
  • Live Show – PHANTOM

Kesemua attractions ini boleh masuk dengan menggunakan Park Day Pass kecuali Live Show – PHANTOM. Yang mana aku rasa paling best? Chopper’s Thousand Sunny Tour, Brook’s Horror House, Luffy’s Endless Adventure. Kalau korang beli LIVE Shows tiket, aku recommend yang tu gak.

Kebanyakan attractions akan ambil masa korang antara 20-30 minit, jadi sebolehnya jangan lapangkan aktiviti korang pada hari itu. Kalau tak, takkan puas dan rushing nanti.

 

5. QR CODE APPS

 

sumber: animenewsnetwork.com

 

Bagi yang tak fasih berbahasa Jepun, aku sarankan untuk korang muat turun aplikasi QR code for translation. Kebanyakan papan tanda dan instruction yang ada di sana adalah dalam bahasa Jepun. Ini yang aku baru tahu masa di sana dan it might be more useful kalau korang boleh muat turun sebelum ke sini nanti.

 

6. SOUVENIRS & RESTORAN

 

 

Bagi peminat anime yang rasanya sampai kiamat pon takkan habis, jangan lepaskan peluang korang untuk dapatkan souvenirs dari kedai yang ada di sini. Terdapat dua kedai souvenirs:

  1. Mugiwara Store, Aras 1
  2. Tongari Store, Aras 3

 

 

 

Beza antara mereka ialah jenis barang dan keluasan kedai itu sendiri. Keluasan Mugiwara Store agak besar berbanding dengan Tongari Store. Cuma, barang-barang dalam Tongari Store lebih unik kerana ia hanya dijual untuk pengunjung yang ada tiket masuk ke One Piece Tower. Untuk Mugiwara Store, ia dibuka untuk semua, jadi barang-barangnya agak generic.

Bagi restoran pulak, terdapat 3 tempat makan yang korang boleh makan. Aku tak makan sebab time tu aku datang masa bulan puasa:

  • Cafe Mugiwara – Aras 1
  • Franky’s Cola Bar – Aras 4
  • Sanji’s Oresama Restaurant – Aras 1

 

7. TEMPOH MASA LUANG DI SANA

 

 

Kalau korang tengok saranan di Tripadvisor, 1-2 jam adalah average estimated time. Tapi, kalau korang betul-betul peminat One Piece yang obses macam aku, minimum 3 jam aku letak. Spot paling lama aku spent di sana ialah di Mugiwara Store dengan Tongari Store. Rambang mata gila dowh! Aku dok turun naik antara Aras 1 ngan Aras 3, nak decide nak beli collectibles kat kedai mana.

Kalau aku senaraikan semua barang-barang collectibles yang dijual di sana, jenuh aku nak senarai semua. Haha. Tapi ini yang menjadi tarikan ramai:

  • T-shirt (Masa aku sampai, Ace tinggal seketul, the rest hanya ada Sanji, Jinbe, Nami dan Robin)
  • Badge
  • Towel
  • Jigsaw puzzle
  • 3D model kapal Going Merry, Thousand Sunny
  • Alat-alat tulis
  • Pinggan mangkuk
  • Sticker dan poster

 

8. PHOTO-SPOT

 

 

Banyak photo-spot yang boleh diambil secara percuma. Antaranya gambar dengan Trafalgar Law, Kuma, Straw Hat Crew (patung-patung), Ace, dan macam-macam lagi. Untuk bergambar dengan Straw Hat Crew yang sebenar dari LIVE show, kena beli tambahan tiket. Sebolehnya aku nak, tapi, aku nak spare duit nak beli collectibles cam orang gila. Haha!

 

9. BERBALOI TAK?

 

 

As a fan, bagi aku memang berbaloi. Ia adalah tempat yang wajib korang lawati. Tapi, bagi yang tak minat tapi sekadar nak bawak anak-anak enjoy, ia agak average. Better pergi Universal Studio atau Disneyland lagi. The sense of appreciation akan lebih mendalam di sini kalau korang betul-betul seorang fan One Piece. Aku tak sarankan mana yang datang sebab teman kawan yang obses dengan anime ni. Memang korang akan cepat bosan nanti.

 

10. TIPS TAMBAHAN

 

 

  1. Once korang dah pegang sesuatu collectibles tu, jangan letak balik di rak. Unless, kalau korang betul-betul yakin bukan itu yang korang nak bawak balik. Contoh terbaik, aku cepat 3 saat untuk grab satu-satunya t-shirt Ace sebelum seorang gadis Jepun tiba. Melihat pada keadaan aku yang melihat t-shirt Sanji dan Jinbe ketika itu, gadis itu menunggu jika aku akan letak balik t-shirt di rak. Sehinggalah dia terpaksa gave up sebab dia dah nampak aku memeluk erat t-shirt tersebut. Kemon, Ace kot!
  2. Jangan tergoda dengan lukisan-lukisan yang dilukis oleh Eiichiro Oda yang dijual di Mugiwara Store dan Tongari Store. Memang ia dilukis oleh Oda, tapi, lukisan-lukisan tersebut adalah printed version. Bukan lukisan di kanvas aslinya.
  3. Sesetengah attractions membenarkan kita ambil gambar, tapi with no flash atau video. Sebelum nak masuk attractions dia, kita akan diberi sekeping instruction dalam bahasa Inggeris berkenaan peraturan yang kita kena patuhi sebelum masuk.

 

3 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*