Lupakan Perth! 10 Tempat ‘Surreal’ Boleh Dilawati di Queensland, Australia!

 

Setiap kali aku tengok orang kita nak travel ke Australia, mesti Perth (Western Australia) menjadi destinasi pilihan. Antara sebabnya ialah harga tiket yang agak murah kalau nak dibandingkan dengan harga tiket ke Gold Coast, Sydney, Adelaide atau Melbourne. Darwin dan Hobart aku tak masukkan sebab ia lebih mahal berbanding destinasi-destinasi yang aku sebutkan tadi.

 

Untuk artikel kali ini, aku nak kongsikan sebab kenapa anda semua perlu consider Queensland state sebagai destinasi pilihan selepas ini. Dan aku takkan recommend setakat Surfer’s Paradise di Gold Coast ataupun Southbank di Brisbane. Banyak tempat yang cantik di sini dan Cairns adalah trip pertama aku ke Australia.

 

1. SPRINGBROOK/LAMINGTON NATIONAL PARK

 

 

Sayangnya, kebanyakan orang kita datang ke Gold Coast sebab nak tengok Surfer’s Paradise dan pergi shopping outlet. Malaysia punyalah berlambak shopping mall, apa kata take a break dari aktiviti membeli belah dan nikmati kecantikan pemandangan menghijau di Springbrook ataupun Lamington National Park.

Banyak National Park di Queensland yang cantik belaka. Walaupun aku dah banyak lawati National Park, dua tempat ini masih dan akan sentiasa menjadi tempat kegemaran aku.

 

2. SUNSHINE COAST

 

 

Surfer’s Paradise dah menjadi terlalu mainstream untuk aktiviti pantai. Ia juga makin sesak dengan pelancong luar dan domestik. Weekend memang aku elakkan dari masuk area Gold Coast. Sama saja macam Kuala Lumpur, ia sesak dan susah nak cari tempat letak kereta. Jadi, bagi yang travel ke Queensland dengan kereta sewa, aku sarankan untuk anda drive ke Sunshine Coast untuk menikmati pemandangan pantai yang lebih cantik dan less crowded.

Noosa adalah tempat hotspot untuk pelancong domestik. Nak cari makanan laut segar, Sunny Coast adalah antara tempat yang boleh anda kunjungi.

 

3. BUNDABERG

 

 

Kalau pantai is not really your thing, kita cuba ke Bundaberg pulak. Di sini, banyak bangunan masih mengekalkan seni bina lama yang dipanggil ‘Queenslander’. Di Queensland saja ada seni bina ini. Logiklah kan bila nama pun dipanggil Queenslander. Mengikut sejarah, seni bina ini datang dari tahun 1804, tapi sampai sekarang ia masih dikekalkan.

Selain dari itu, anda jugak boleh melawat Childers, area di sekitar Bundaberg. Dan jangan lupa untuk melawat Mon Repos iaitu pusat perlindungan dan tempat penyu bertelur bila tiba hatching season.

 

4. FRASER ISLAND

 

 

Tahukah anda Fraser Island sudah diletakkan dalam ‘World Heritage Site’ sejak 1992? Aku berpeluang menjejakkan kaki ke sini 2 tahun lepas dan kecantikannya, fuh, aku tak dapat gambarkannya dengan kata-kata. Memang cantik. Pasir pantai yang sangat gebu dan lembut serta warna air yang bermula dengan jernih di persisiran pantai, kemudian berubah menjadi biru ‘turqoise’ sebelum ia bertukar menjadi biru ‘navy’. Tengok dari tepi pantai pun dah cukup, tak perlu pakai drone pun.

Spot kegemaran aku di sini ialah serpihan kapal SS Maheno yang terdampar di tepi pantai. Bagi kaki photog, kapal ini akan menjadi highlight of the day untuk mendapatkan gambar yang unik dan cantik.

 

5. CAIRNS

 

 

Cairns adalah antara lokasi yang aku lawati bila aku travel ke Australia buat pertama kali. Ini kerana aku nak cuba aktiviti bungee jump for the first time. Yela, baru lepas break up time tu, jadi aku nak melepaskan segala tekanan yang ada. Cairns jugak boleh menjadi lokasi persinggahan untuk melihat pemandangan Great Barrier Reef. Sama ada anda nak buat aktiviti snorkeling, scuba diving, mahupun helicopter ride, semua ada di sini.

Nasihat aku, buat sikit homework tentang aktiviti yang anda nak lakukan. Sebabnya, ada beberapa aktiviti yang menjadi kegemaran pelancong dari tanah besar China dan aku pernah sangkut di pulau bersama kumpulan pelancong China. Memang horror sangat pengalamannya.

 

6. STRADBROKE ISLAND (NORTH & SOUTH)

 

 

Stradbroke Island ada dua, North dan South. Beza antara dua pulau ini ialah North Stradbroke lebih kepada pemandangan pantai yang cantik dan jernih, manakala South Stradbroke pula lebih kepada flora dan fauna. Kalau anda teringin nak tengok wallaby liar (spesis keluarga kanggaru) dengan jarak lebih dekat, South Stradbroke akan menjadi pilihan terbaik.

Kedua-dua tempat ini memerlukan kita untuk menggunakan water taxi. Pelancong dari luar negara lebih gemarkan North Stradbroke berbanding South Stradbroke kerana North Stradbroke mempunyai lebih banyak kemudahan hostel dan resort. Orang tempatan pula lebih suka berkhemah di South Stradbroke.

 

7. DAINTREE

 

 

Daintree mempunyai dua lokasi yang sudah tersenarai dalam “World Heritage Sites”. Selain dari Great Barrier Reef, Daintree Rainforest juga sudah tersenarai dan mendapat endorsement dari Sir David Attenborough. Jika anda ke Daintree, anda dapat melawat Daintree Rainforest iaitu salah satu dari hutan tertua di dunia dengan spesis flora dan fauna yang tak boleh dijumpai di mana-mana.

Hanya 1 jam driving dari utara Cairns, aku menaik bas dari Cairns untuk ke sini dan juga Cape Tribulations. Antara aktiviti yang boleh dilakukan di sini ialah jungle trekking, ziplining dan macam-macam lagi.

 

8. CAPE TRIBULATIONS

 

 

Cape Tribulations menjadi lokasi penginapan aku dari Cairns untuk meneroka sisi timur laut Queensland ini. Aku tinggal di Cape Trib Beach House. Sebagai solo traveler ketika itu, banyak aktiviti aku buat di situ secara sendiri, walaupun ada beberapa aktiviti yang ditawarkan untuk para backpackers.

20 minit walking distance dari tempat penginapan aku, aku buat hiking di Mount Sorrow Ridge Trail. Agak mencabar buat aku yang pertama kali hike di luar negara lepas break-up dan tanpa sebarang stamina. Selain dari itu, anda boleh mandi cepuih-cepuih di tepi pantai. Cuma, aku sarankan untuk consult dengan kaunter concierge di hostel jika ia selamat untuk mandi.

Cape Tribulations memang terkenal dengan kehadiran spesis fauna yang boleh membunuh seperti buaya dan burung kasawari (bukan yang biasa kita nampak di zoo, okay?)

 

9. WHITSUNDAY

 

 

Antara lokasi yang menjadi target utama para backpackers untuk kecantikan pantainya. Aku tahu kewujudan Whitsundays pun melalui orang tempatan di sini. Waktu itu, aku terlalu taksub dengan populariti Great Barrier Reef sehingga aku tak consider tempat lain. Kalau tidak, memang aku akan swap antara Cairns dengan Whitsunday.

Hanya 1.5 jam penerbangan dari Brisbane, Whitsunday terkenal dengan air lautnya yang sungguh biru serta lokasi batu karang yang mempunyai bentuk ‘heart’, Heart Reef. Disebabkan Whitsunday menjadi tempat tumpuan, banyak aktiviti yang boleh dilakukan di sini; festival muzik, sailing, historic mining sites serta tempat bucketlist aku, White Haven Beach.

 

10. SCENIC RIM

 

 

Kalau anda nak tengok pemandangan Australian countryside, pilih salah satu dari scenic rim driving ni. Antaranya ialah:

  • Tamborine Mountain & Canungra
  • The Lost World & Mount Barney
  • Boonah & Kalbar

Di sini, anda boleh alami pengalaman kampung dengan tempat penginapan seperti farmstay, cottages and cabins. Kalau nak lebih adventure, pasang khemah sambil menikmati pemandangan matahari terbit di sebalik gunung-ganang. Antara aktiviti yang boleh dilakukan ialah hiking, horseback riding dan mountain biking.

Kalau anda jenis sukakan aktiviti kasual, anda boleh menjenguk local markets yang menjual hasil kraftangan, barang antik dan beberapa kedai vintage atau mengambil gambar di sepanjang driving anda di laluan scenic rim.

 

INFO: Queensland ni besar. Aku senaraikan 10 tempat ini berdasarkan trip untuk 1-2 minggu dari Brisbane/Gold Coast. Bagi yang ingin spend lebih lama di sini, anda boleh check out Rockhampton, Townsville, Outback Queensland, Capricorn region. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*