surreal places to visit before you die

10 Tempat “Fantasi” Yang Wajib Dilawati Di Muka Bumi Ini

Lupakan London, lupakan Paris dan juga Amsterdam. Dah terlalu banyak gambar-gambar travel dari destinasi popular ni sampai susah nak cari gambar yang betul-betul unik. Apa kata, kita ubah angin dan travel ke tempat-tempat yang nampak seperti dunia dari cerita fantasi?

1. Antelope Canyon, Arizona (USA)

Terletak di Arizona, USA, Antelope Canyon ni terbahagi kepada dua, “The Crack” dan  “The Corkscrew”. Kedua-dua bahagian ni mempunyai kecantikannya yang tersendiri.

2. Lake Retba, Senegal

sumber: amazingstuff

Fenomena air tasik yang nampak seakan strawberry milkshake ini, disebabkan oleh alga Dunaliella salina dan alga ini mempunyai kepekatan garam 1.5 kali lebih tinggi dari kepekatan garam di Laut Mati.

3. Terowong Bunga Wisteria, Jepun

Bagi peminat gambar pemandangan bunga, Terowong Bunga Wisteria ni adalah tempat yang wajib dilawati. Terletak di Fukuoka Prefecture, terowong bunga ini hanya dibuka pada musim bunga saja. Waktu terbaik untuk pergi ke sini adalah pada bulan April dan awal Mei.

4. Gunung Tianzi, China

sumber: futurism.com

Tahukah korang yang pemandangan Gunung Tianzi ini menjadi sumber inspirasi untuk set penggambaran movie ‘Avatar’? Terletak di Hunan Province, ketinggian gunung Tianzi ini adalah 1262 meters dari paras laut, lebih tinggi dari ketinggian Empire State Building di New York (442 meter).

5. Sungai Cano Cristales, Colombia

Sungai yang terletak di daerah Meta, Colombia, diberi gelaran “Liquid Rainbow” dek sungainya yang berwarna-warni. Seperti Lake Retba, alga Podostemaceae yang menyebabkan air sungai ini berwarna merah. Selain dari warna merah, air sungai ini mempunyai kombinasi warna biru, hijau, kuning dan juga hitam.

6. Waitomo Caves, New Zealand

Selain dari pemandangan ala-ala Lord of the Rings, New Zealand juga mempunyai tarikan Glow Worm yang amat memukau. Kita boleh melihat Glow Work ini dengan jarak dekat di gua-gua yang terdapat di utara New Zealand.

7. Fingal’s Cave, Scotland

sumber: liveunbound

Fingal’s Cave terletak di kepulauan Staffa, Scotland. Apa yang unik tentang Fingal’s Cave ini ialah ia adalah satu-satunya gua yang mempunya bentuk heksagon. Untuk ke sini, kita boleh ambil boat tour atau kita travel ke kepulauan Staffa dan hike untuk masuk ke dalam gua.

8. Georgian Bay Grotto, Canada

sumber: ronclifford

Georgian Bay Grotto terletak di Bruce Peninsula National Park. Disebabkan kecantikan warna airnya dan juga struktur gua yang unik, ia menjadi sebagai tarikan utama pelancong pada musim panas. Jadi jika korang nak elak musim kesibukan pelancong, boleh travel ke sini pada musim luruh atau musim bunga.

9. Whitehaven Beach, Australia

sumber: youtube

Selain dari Great Barrier Reef, ada satu lagi tarikan yang tersembunyi di sebalik populariti Great Barrief Reef, iaitu Whitehaven Beach di Whitsundays. Pasirnya yang putih gebu beserta air laut yang berwarna turqouise, Whitehaven Beach adalah antara pantai di dunia yang masih belum tercemar.

10. Lake Natron, Tanzania

Lake Natron adalah tasik yang mempunyai kuantiti alkali yang tinggi. Warna tasik ini terjadi dek proses fotosintesis oleh organisma cyanobacteria yang mengeluarkan pigmen berwarna merah sebagai hasil. Kita juga boleh berkhemah di area berdekatan dengan Lake Natron ni.

 

 

2 Comments

  • suliana says:

    Wah!!! Ada nama-nama yang tak pernah dengar pun. Best la baca blog sis. Dapat inspirasi tau…. Kena gemokkss kan tabung travel nih…

    • Alisa Omar says:

      hehee. Terima kasih! Sama la kita, tabung tak pernah gemuk cepat. Tapi kalau makan, terus cepat naik badan. hehehe 😀

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*