edit-gambar-travel-smartphone

10 Kesalahan Utama Dalam Teknik Edit Gambar Dengan Smartphone

 

Selain dari soalan macam mana nak menghasilkan gambar travel cantik dengan smartphone, aku jugak sering ditanya soalan tentang teknik mengedit gambar. Bagi aku, proses mengedit gambar ni subjektif sebenarnya kerana ia bergantung kepada how creative mata si pengedit itu sendiri. Setiap orang mempunyai style editing yang berbeza, tapi matlamat utamanya masih sama, gambar yang diedit perlu masuk akal. Terlalu banyak filter sampai menenggelamkan subjek dalam gambar pun tak guna jugak.

 

Kalau anda mahu gambar nampak professional dan cantik walaupun dengan menggunakan kamera smartphone, ini adalah 10 kesalahan utama yang patut dielakkan:

 

1. OVER-GLOWING

 

edit-gambar-travel-smartphone-camera-360

 

Aplikasi Camera 360 memang pakar dalam mengedit selfie shot, walaupun tanpa gabungan dengan selfie kamera, Oppo atau Vivo. Mana muka yang banyak kedut atau jerawat tu, dengan hanya memakai filter popular, “Magic Skin”, wajah kita akan tampak gebu dan mulus seperti si putera lilin, Fattah Amin.

 

Teknik ini banyak disalahguna oleh penjual barang facial atau kosmetik di Facebook. Nak tunjuk kulit licin dan putih dalam masa 30 hari, filter ini digunakan pada tahap maksimum. Hasilnya, gambar kita berjaya mengeluarkan sinar cahaya dan harapan sampai bersilau mata orang tengoknya. Glowing beauty is good, tapi jangan sampai take it literally.

 

2. OVER-FILTERING

 

edit-gambar-travel-smartphone-filter

 

Aplikasi photo editing untuk smartphone menyediakan pelbagai pilihan filter untuk menjadikan gambar kita lebih menarik, tak kira sama ada kita pengguna Android mahupun Apple. Untuk pengguna Windows phone, aku no comment, hahaha! Setiap orang mempunyai set of filter kegemarannya tersendiri. However, the rule of thumb bila nak edit foto, less is more.

 

Ini bermaksud, elakkan dari pakai lebih dari 3 filter bila nak edit foto. Sebabnya, lebih banyak filter kita pakai, semakin pelik kontra warna gambar kita. Some people claimed it as “art”, tapi macam aku cakap tadi, proses editing foto ini bergantung pada mata si pengedit tu sendiri. Bagi aku, gambar over-filtering merosakkan gambar.

 

3. OVER HDR EFFECT

 

edit-gambar-travel-smartphone-hdr-effect

 

Bila kita mengedit foto, semua harus dilakukan secara sederhana. Jauh perjalanan aku untuk fahami konsep ini akhirnya. Sebab dulu aku memang edit ikut suka. Elemen noise digunakan sewenang-wenangnya, warna-warna tak logik serta kesalahan yang selalu aku buat dulu, pencemaran HDR effect.

 

Aku jugak dulu berdiri di sebalik konsep “seni”. Tapi bila aku tengok balik gambar-gambar lama aku, seriously ia buat aku tepuk dahi 50 kali. Ia bukan seni, ia nampak sangat amateur, buruk dan tak masuk akal. Pencemaran HDR effect berlaku bila ada sesuatu objek seperti pokok atau bangunan, tiba-tiba ada satu lapisan putih bersinar mengelilingi objek tersebut.

 

4. OVER-SATURATION

 

edit-gambar-travel-smartphone-colorful

 

Teknik “Saturation” adalah teknik untuk menambah elemen warna dalam sesuatu objek dalam gambar. Contohnya kalau kita ambil gambar pokok, teknik Saturation ini boleh menghijaukan lagi pokok itu supaya ia menjadi lebih eye catching. Tapi, macam aku katakan tadi, everything has to be done moderately. Over-saturated photo akan menyebabkan gambar anda menjadi penuh warna-warni tapi dalam masa yang sama, memerahkan kulit anda macam udang panggang.

 

5. EXCESSIVE CROPPING

 

edit-gambar-travel-smartphone-cropping

 

Teknik Cropping ada baik buruknya. Kalau dulu, aku tak prefer sangat teknik ni sebab aku suka gambar aku as a whole. Secara definisinya, apa yang ada dalam tu, aku akan kekalkan, kecuali gambar orang asing yang tiba-tiba photobomb secara tak sengaja.

 

edit-gambar-travel-smartphone-crop

 

Teknik cropping dapat mengelakkan dari subjek dalam gambar tenggelam dengan elemen lain yang ada dalam gambar. Walau bagaimanapun, pixel gambar dari kamera telefon dah kecik to start with, jadi kita kena hati-hati bila nak crop sebab gambar mudah pecah bila kita crop secara berlebihan.

 

6. OVER SHARPENING

 

edit-gambar-travel-smartphone-sharp

 

Sharpening feature boleh buat gambar anda nampak sharp. Terutamanya kalau gambar anda ada sedikit kabur. Tapi, kalau banyak sangat blur pon, teknik sharpening akan merosakkan gambar anda instantly. Bagi aku, sharpening ni tengok keadaan jugak. Kalau aku nak gambar aku nampak lebih soft dan harmonik, aku takkan pakai teknik ini.

 

7.  FILTER ARTISTIK

 

edit-gambar-travel-smartphone-lomo-artistik

 

Selain dari over-filtering, ada juga yang menyalahgunakan filter berunsur artistik seperti filter “Lomo Effect” ataupun efek hitam dan putih. Aku tak prefer sangat efek lomo sebab memang ia nampak artistik, tapi that’s about it. Aku tak boleh nak eksperimen untuk gabungan dengan filter yang lain kerana kontra warna akan jadi pelik.

 

Efek lomo cantik untuk standalone editing (untuk smartphones). Ini pendapat akulah, since aku lebih suka gambar yang nampak lebih natural berbanding terlampau artistik dan aku belum jumpa aplikasi photo editing yang mempunyai set filter lomo effect yang cantik.

 

8. BLACK & WHITE vs. GRAYSCALE

 

edit-gambar-travel-smartphone-hitam-putih

 

Gambar hitam putih memang nampak cantik dan berseni. Tapi kita kena hati-hati, adakah kita setakat grayscale (gambar bawah) saja gambar atau ia betul-betul hitam putih (gambar atas)? Kalau anda tengok perbandingan gambar di atas, kita boleh nampak teknik grayscale macam gambar hitam putih versi pemalas, berbanding dengan gambar hitam putih yang betul-betul nampak menarik. Pastikan kita pilih Filter B&W yang betul, jangan biarkan gambar end up dalam grayscale.

 

9. TERLALU BANYAK ‘NOISE’

 

edit-gambar-travel-smartphone-noise

 

Noise effect ataupun Film Grain efek adalah salah satu efek kegemaran aku. Dulu memang aku lenjan semacam saja. Bila dah lama berkecimpung dalam dunia fotografi ni, efek Film Grain ni memang awesome tapi hanya untuk keadaan tertentu. Selalunya aku akan pakai efek ini bila aku ada projek fotografi band dan music performance. Untuk travel, tak berapa sesuai. Bayangkan gambar matahari terbit pakai efek Film Grain ni, nampak pelik bukan?

 

10. TAKUT UNTUK BER-EKSPERIMEN

 

edit-gambar-travel-smartphone-bali-indonesia

 

Aku faham sangat, bila baru nak belajar nak mengedit ni, salah satu kerisauan yang melanda ialah kena kecam dengan geng yang bajet power. Aku pun pernah kena dulu, sampai sekarang aku masih ingat nama-nama jilake itu. Tapi jangan risau, anggap sajalah mereka tu tak ada keje berfaedah.

 

Penting untuk kita eksperimen dengan teknik dan filter bila edit gambar supaya kita tahu kita punya style of editing. Gaya kita edit gambar akan membezakan kita dengan yang lain, di mana ia akan membuatkan gambar kita lebih unik.

Share

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

*