travel-santorini-greece-guide-info-oia-europe

Ingin Lawati Santorini, Greece? Ini 10 Info Penting Yang Anda Perlu Tahu

 

Santorini, semua orang pernah dengar dan tahu kewujudan destinasi terkenal dunia ini. Ramai jugak yang menyimpan hajat untuk ke sini suatu hari nanti. Pemandangan bangunan berwarna serba putih serta dipadankan dengan kubah biru, ia menjadikan Santorini sebagai salah satu destinasi terbaik untuk gambar Instagram.

Aku berpeluang melawat Santorini pada musim panas tahun lepas. Ingin merasai pengalaman menjejaki destinasi popular ini. Mungkin timing aku waktu itu tak berapa sesuai kerana aku terbang dari Athens pada musim peak season. Jadi, untuk menikmati kecantikan Santorini dengan aman, agak sukar sikit. Bagi yang masih menyimpan hajat untuk ke sini, ini 10 info yang anda perlu tahu:

 

1. BAGAIMANA NAK KE SANTORINI?

 

travel-santorini-greece-guide-info-oia-europe

 

Kalau anda terbang dari Kuala Lumpur, anda mempunyai beberapa pilihan untuk ke Santorini:

  • Terbang ke Athens dulu sebagai lokasi transit sebelum ke Santorini (ini apa yang aku buat tahun lepas) – (5 flight sehari, harga bermula dari $108)
  • Terbang dari Paris (1 flight saja, harga bermula dari $556)
  • Terbang dari London (1 flight saja, harga bermula dari $645)
  • Terbang dari Rome (1 flight saja, harga bermula dari $1690)
  • Terbang dari Milan (1 flight saja, harga bermula dari $484)

Selain dari itu, anda boleh naik feri dari Athen ke Santorini dengan tempoh 5-8 jam. Antara servis feri yang boleh anda buat tempahan tiket adalah Blue Star Ferries, SeaJets, Hellenic Seaways.

 

2. TEMPAT PENGINAPAN MENARIK

 

travel-santorini-greece-guide-info-oia-europe

 

Bila bab penginapan ni, anda kena tolak ansur dengan diri sendiri. Kalau anda nak menikmati pemandangan sunset yang cantik di Santorini sambil mengadap lautan birunya, bersedia untuk keluar duit dari poket anda sebanyak mungkin. Penginapan di lokasi terkenal seperti Fira, Oia, Firostefani, Imerovigli boleh mencecah harga 3-4 digit untuk 1 malam.

Kalau untuk penginapan bajet, lokasinya akan berada di luar radius lokasi-lokasi terkenal ini. Kalau anda tak kisah untuk tidur di hostel dan berkongsi bilik dengan 8 orang backpackers yang lain, check out Caveland Hostel ($54 semalam), San Giorgio ($62 semalam), Georgia Studios ($62 semalam).

 

3. KASIHANILAH PADA SI KELDAI

 

 

Kalau anda ditawarkan servis untuk menaiki keldai, sebolehnya, aku mintak sangat untuk anda semua menolak tawaran tersebut. Bukan kerana harganya (tak mahal pun), tapi ia lebih kepada penderaan terhadap haiwan. Keldai-keldai ini tak dijaga dengan baik, dipaksa untuk membawa penumpang dengan bayaran 5 Euro dan serta ada beberapa penjaga dilaporkan mendera haiwan ini jika permintaan tak diikuti.

Malah, beberapa syarikat kapal persiaran sudah pun menasihati para penumpangnya untuk elak dari menaiki keldai ini untuk ke pekan Fira. Sadisnya, menurut laporan dari animal welfare group, keldai ini dipaksa bekerja dari pagi hingga petang, membawa para penumpang mendaki 600 anak tangga cerun, pergi dan balik. Itu belum masuk bab berat penumpang yang sudah melebihi kapasiti untuk si keldai-keldai ini menanggung.

 

4. SENANG NAK CARI MAKANAN MURAH & HALAL?

 

travel-santorini-greece-guide-info-oia

 

Sama ada anda traveler yang beragama Islam atau tidak, masih penting untuk anda tahu di mana nak cari makanan yang murah. Kalau anda jenis traveler bajet, sebolehnya janganlah menyinggah makan di restoran yang terletak di lokasi terkenal seperti Oia. Mahal berdengung! Carilah gerai makanan yang menjual kebab atau gyros, terutamanya di lokasi Kamari atau Perissa.

Bagi yang traveler beragama Islam pula, nak cari makanan halal memang susah di sini. Sama ada anda bawak stok makanan sendiri seperti Maggi, canned food, ataupun anda boleh makan makanan seafood dan vegetarian di sini. Cuma kena check seluruh menu-nya. Kalau anda nak makan seafood tapi dalam menu, turut berkongsi makanan yang dimasak dengan daging oink-oink, tak jadi jugak kan?

 

5. WAJIB CUBA SANTORINI’S LEMONADE!

 

travel-santorini-greece-guide-info-oia-europe

 

Santorini pada musim panas, memang panas! Bahang gila rasanya. Dia punya bahang, minum air dari botol mineral pun masih tak dapat nak hilangkan dahaga. Sehinggalah aku cuba minum air lemonade versi Santorini. Dipanggil homemade lemonade, air ini mengandungi campuran jus perahan lemon, daun mint, serta sparkling water. Dan ternyata, gabungan ini sungguh menyegarkan! Sedap pulak tu.

 

6. APA KEISTIMEWAAN LOKASI-LOKASI DI SANTORINI?

 

travel-santorini-greece-guide-info-oia-europe

 

Setiap lokasi-lokasi ini, ada keistimewaannya. Contohnya, kalau anda nak tengok pemandangan yang sentiasa muncul di poskad Santorini, bolehlah ke Oia. Aku kurang berkenan sikit sebab tempat ini padat dengan pelancong, tak kira masa. Sampai aku perlu keluarkan suara untuk menegur beberapa backpackers muda yang hogged the photo-spot. Not nice la, anak-anak.

Fira, ia terkenal dengan restoran, kelab malam, kedai untuk shopping. Senang cerita, kalau nak rasa vibe yang havoc, bolehlah ke sini. Firostefani dan Imerovigli, kalau kita mahukan ketenangan tapi tak nak jauh dari lokasi tumpuan. Tempat lain seperti Perissa, Perivolos, Kamari pun okay.

 

7. MACAM MANA NAK RONDA DI SANTORINI?

 

sumber: forbes.com

 

Pelbagai pilihan disediakan untuk memudahkan anda meronda-ronda di sini. Aku sewa quad-bike je. Kalau anda tak berapa selesa nak kemudi quad-bike, boleh sewa skuter ataupun kereta. Jalan di Santorini ni agak sempit, susah nak cari jalan yang ada dua lane. Jadi, aku cadangkan lebih baik sewa quad-bike atau skuter, 15 – 75 Euro sehari, bergantung pada peak season atau tak.

Kalau nak murah lagi, boleh naik bas awam. Apa yang anda perlu tahu, kalau nak naik bas dan kalau anda ingin ke suatu lokasi tanpa melalui Fira (contoh: Perissa to Oia), anda perlu naik bas untuk ke Fira terlebih dahulu (Perissa – Fira) dan tukar bas lain untuk ke Oia (Fira – Oia). Leceh sikit la, tapi ini paling murah, 2.5 Euro sehala.

 

8. SHOPPING HAVEN?

 

travel-santorini-greece-guide-info-oia-europe

 

Bagi yang kaki shopping ketika travel tu, Oia dan Fira memang lokasi terbaik untuk shopping. Mana yang nak cari souvenirs unik seperti Greek Goddess dress atau sandals, barangan kaca artistik, barangan berjenama, semua ada di sini.

Bagi traveler bajet macam aku yang hilang luggage ketika itu dan perlu cari barang-barang asas untuk survive, memang boleh menangis bila tengok wallet jadi kosong. Tapi jangan risau, kalau anda ada sewa skuter ataupun quad bike, ride menuju ke Pyrgos (maaf, sampai sekarang aku tak jumpa coordinate kedai ni, tapi on the way ke Pyrgos) dan anda akan jumpa satu-satunya kedai di tepi jalan yang menjual barang murah dari China.

 

travel-santorini-greece-guide-info-oia-europe

 

Dari baju, seluar, bedak, barang mandi, sunscreen, kaca mata hitam, semua ada. Sesuai untuk traveler bajet yang nak cari barang runcit murah.

 

9. AKTIVITI YANG BOLEH DILAKUKAN

 

travel-santorini-greece-guide-info-oia-europe

 

Kebanyakan aktiviti di sini adalah kasual. Ramai terbang ke Santorini untuk melihat sendiri pemandangan ala poskad yang memukau. Tapi kalau anda dah penat bergambar dan mahu berehat di tepi pantai, anda boleh ke Red Beach. Santorini memang banyak pantai yang cantik, tapi Red Beach adalah pilihan terbaik.

Selain dari itu, anda boleh menikmati pemandangan sunset dari Oia. Ini adalah aktiviti yang paling popular di kalangan pengunjung. Memang boleh berlanggar bahu kalau datang waktu peak season. Kalau anda nak elakkan tempat crowded, tukar lokasi ke Profitis Illias.

Jangan lupa untuk melawat tinggalan kubu dan istana yang ada di Santorini seperti Skaros Rock, Kasteli Akrotiri, Tower of Nimborio

 

10. BERAPA LAMA PATUT BERADA DI SANTORINI?

 

travel-santorini-greece-guide-info-oia-europe

 

Santorini ni tak besar mana pulaunya. Tapi aktiviti dan lokasi yang boleh anda lakukan di sini sangat banyak. Jadi, aku syorkan untuk spend masa travel anda di sini, dalam 3-4 malam. Kalau anda dah rasa bosan pada malam kedua, jangan khuatir. Boleh buat aktiviti island hopping dari Santorini seperti Naxos, Ios, Anafi Island.

 

5 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*