tips-tangkap-gambar-travel-smartphone

10 Cara Untuk Tangkap Gambar Travel Unik Dengan Kamera Telefon

 

Ramai tanya aku, macam mana nak dapatkan gambar travel yang cantik? What if kalau anda ada kamera dari smartphone saja? Boleh jugak ke? Honestly, kebanyakan gambar travel aku banyak diambil dari smartphone. Ada la sesetengah koleksi gambar aku ambil dari kamera DSLR. Tapi most of the time, aku jenis malas nak buat file transfer, jadi aku lebih prefer ambil gambar pakai smartphone saja.

 

Mungkin anda selalu dengar kenyataan ini, “kamera mahal tak menjanjikan gambar yang cantik”. Memang benar statement ini kerana ia bermula dari si penangkap gambar itu sendiri. Jangan terkejut kalau kamera berharga 20k masih boleh produce gambar amatur dan tiada kualiti. Jadi, bagaimana nak tangkap gambar travel yang cantik dengan smartphone?

 

1. CARI SUBJEK DAN CIPTA DRAMA/CERITA DI SEBALIK  SUBJEK

 

gambar-travel-kamera-telefon-unik-awesome

 

Sama ada kita nak tangkap gambar bangunan, pemandangan, mahupun GoPro shot, pastikan ada subjek untuk kita fokus dan cerita di sebalik subjek itu. Gambar yang mempunyai subjek dan cerita yang jelas lebih mudah menarik perhatian target audience kita. Cuba lihat perbezaan dalam contoh gambar di atas.

 

Gambar pertama, kita pun tak tahu di mana subjek utamanya. Adakah fokusnya pada pokok kelapa? Pasangan kekasih yang sedang menikmati waktu mereka bersama? Gazebo dan kerusi rehat? Pasir pantai yang gebu dan putih? Lihat bagaimana jelasnya subjek diletakkan di dalam gambar kedua. Within seconds saja kita boleh tengok subjeknya ada seorang lelaki yang sedang menikmati angin bayu laut.

 

2. ELAKKAN POSING TIPIKAL

 

gambar-travel-kamera-telefon-tourist-pose

 

Lihat gambar travel di atas, yang mana lebih memberi nilai drama dan artistik? Kebanyakan di kalangan kita akan simply berdiri di depan famous landmark dan posing untuk gambar (seperti gambar contoh di sebelah kanan). Walaupun anda tak berapa tahu teknik posing yang betul, tak mengapa. Posing paling asas anda boleh cuba ialah berdiri membelakangkan kamera.

 

Kenapa? Tanpa wajah kita yang jelas sebenarnya boleh menimbulkan unsur misteri dalam gambar kita. Tanpa wajah kita juga boleh mengubah mata audiens kita untuk fokus pada subjek sebenar. Kita kena ingat, selagi ia bukan untuk photoshoot studio atau majalah, kita bukanlah subjek utama dalam gambar. Dan aku quote dari keluhan yang aku pernah dengar dari target audience, “Kami nak tengok gambar travel, bukan nak tengok muka dia”.

 

3. CARI TEKSTUR DI SEKELILING KITA

 

gambar-travel-kamera-telefon-tekstur-nature

 

Tak kira di mana kita berada, cuba cari elemen yang boleh menyumbang pada nilai artistik dalam gambar. Antara contoh tekstur ialah keadaan permukaan dinding yang sudah retak di Old Town, Estonia, kereta usang yang sudah ditinggalkan di tepi ladang di English Countryside. Seperti dalam gambar di atas, aku menggunakan gabungan tekstur dari permukaan hot spring dan awan biru. Berikut adalah contoh-contoh gambar tekstur yang boleh dicuba:

 

gambar-travel-kamera-telefon-tekstur-nature

Tekstur: permukaan pada gaung

 

gambar-travel-kamera-telefon-tekstur-nature

Tekstur: warna putih dari ombak

 

4. FAHAMI SUMBER CAHAYA

 

gambar-travel-kamera-telefon-sumber-cahaya-exposure-light

 

Tak kisah sama ada kita membelakangkan cahaya ataupun menghadap cahaya, kedua-dua cara ini boleh menghasilkan gambar yang berbeza. Dengan syarat, kita berada di titik yang betul. Waktu pagi ketika matahari terbit dan waktu senja sebelum matahari terbenam adalah saat terbaik untuk menghasilkan gambar travel yang atmospheric. Elakkan juga tangkap gambar secara terus pada sumber cahaya kerana ia akan menghasilkan silau dan merosakkan gambar anda.

 

5. CARI SUDUT DALAM GAMBAR

 

gambar-travel-kamera-telefon-sudut-bangunan

 

Gambar landskap adalah antara yang paling senang nak tangkap, terutamanya gambar pemandangan. Tapi tak semua kita boleh aplikasi untuk gambar landskap. Contoh terbaik, gambar bangunan pencakar langit. Mata kita sudah terbiasa dengan bentuk bangunan yang nampak seakan kotak konkrit. Walaupun kita aplikasikan sedikit sudut dalam gambar, perbezaannya dengan gambar landskap biasa agak ketara.

 

6. PAKAI “FRAMING” INSTAGRAM

 

gambar-travel-kamera-telefon-instagram

 

Tahukah anda, walaupun gambar kita sebesar kertas A4 (contoh kasi hiperbolik ciked!), prebiu untuk gambar kita muncul di newsfeed FB akan mengikut saiz frame dari Instagram? Ini bermakna, kalau kita upload gambar landskap pemandangan dan anda mahu fokuskan pada air terjun yang terletak di bahagian kanan gambar, there are chances that ia tak kan muncul di prebiu newsfeed. Anda dan teman-teman anda hanya boleh nampak kewujudan air terjun tersebut kalau gambar itu di-klik.

 

7. HITAM PUTIH ITU SENI

 

gambar-travel-kamera-telefon-hitam-putih

 

Gambar hitam putih memang menjadi antara teknik kegemaran aku kerana ia nampak lebih timeless dan misteri. Tapi sebelum kita nak pakai hitam dan putih, tanya pada diri kita dulu. Adakah kita akan menenggelamkan warna kontra yang menjadi daya tarikan? Lihat contoh dibawah untuk fahami maksud aku:

 

gambar-travel-kamera-telefon-hitam-putih

 

8. CARI WARNA YANG MENJADI DAYA PENARIK

 

gambar-travel-kamera-telefon-warna

 

 

Kalau anda dah buntu, tak tau subjek mana nak fokus, tekstur tu tak berapa nak ada, sumber cahaya pun average saja, cuba cari elemen warna pula. Bayangkan anda di kafe hipster atau Starbucks, macam mana kita nak cari suatu subjek yang tak kan tenggelam dengan keadaan sekeliling? Mungkin order segelas Unicorn Frappuccino atau Macaroon?

 

9. RANCANG “SESI FOTOGRAFI”

 

gambar-travel-kamera-telefon-rancang-photoshoot

 

Setiap gambar yang ditangkap, tersimpan beberapa teknik, perancangan dan tahap kesabaran yang tinggi. Sebelum nak tangkap apa-apa gambar, kita merancang bagaimana dengan arah sumber cahaya kita, latar belakang gambar dan perlukah untuk kita menambah aksesori seperti beg galas, kaca mata hitam atau jaket?

 

Anda boleh lihat hasil gambar-gambar travel dari akaun Instagram Murad Osmann. Dari pakaian, pilihan aksesori, latar belakang gambar semua dirancang dengan amat teliti.

 

10. PROSES EDITING

 

gambar-travel-kamera-telefon-foto-editing

 

Secara jujurnya, ini adalah soalan paling selalu ditanya pada aku. Selain dari kamera jenis apa aku pakai, photo editing apps apa yang aku selalu guna? Tengok mood, kadang-kadang aku gabung Camera 360 dengan Snapseed ataupun Pixlr dengan Z Camera dan pakai Instagram filter. Dalam aplikasi photo editing ini pula, aku pakai filter yang sedia ada sebagai asas dan buat customized editing dari situ.

 

Selepas ini, aku akan sentuh bab teknik mengedit foto travel pula. Nak tau teknik yang perlu dielakkan ketika mengedit? Jom subscribe di alisaomar.com untuk dapatkan info terkini tentang travel tips dan cerita destinasi.

Nak tengok koleksi travel foto aku sepanjang aku berkecimpung dalam dunia travel ni? Jom follow aku di Instagram!

 

Share

2 Comments

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

*