travel insurans sesuai tips etiqa axa mcis zurich

10 Benda Yang Kita Kena Tengok Sebelum Beli Travel Insurans

 

Travel insurans memang penting bila kita travel. Ramai yang masih cuba ambil mudah dengan betapa pentingnya travel insurans ni. Hinggalah bila beg rosak, beg hilang ataupun cedera ketika travel. Waktu tu, nak menyesal pon tiada guna. Tapi, banyak polisi insurans yang ditawarkan oleh syarikat insurans seperti Etiqa, AXA, MCIS Zurich, to name a few.

Jadi, macam mana nak pilih polisi travel insurans yang sesuai dengan kita? Ini 10 tips yang korang patut tahu sebelum beli travel insurans:

 

1. Aktiviti lasak

 

 

Kebanyakan aktiviti lasak seperti scuba diving, hiking, skydiving, ekspedisi gunung atau mana-mana aktiviti yang boleh mendatangkan kecelakaan, memang travel insurans biasa tak akan lindungi kita. Kalau kita masih nak dilindungi, carilah syarikat insurans yang ada tawarkan produk untuk aktiviti lasak. Contoh company, Tokio Marine Malaysia dan MSIG Malaysia. Banyak syarikat insurans bertaraf antarabangsa juga ada tawarkan perlindungan untuk aktiviti lasak.

Ada juga beberapa polisi insurans seperti Etiqa Takaful yang ada perlindungan untuk aktiviti lasak, dengan SYARAT aktiviti yang dilakukan, ada guide berlesen yang sah.

 

2. Pre-existing Medical Conditions

 

 

Ada beberapa polisi insurans yang tak akan lindung untuk pre-existing medical conditions. Ini bermakna, kalau kita ada penyakit seperti asthma, diabetes, lemah jantung atau kecederaan anggota badan yang boleh merumitkan perjalanan travel kita nanti, segala tanggungan perbelanjaan untuk bantuan perubatan kecemasan, elaun duduk hospital mahupun kos tanggungan untuk penjaga ketika kita di hospital harus ditanggung oleh kita sendiri.

Tapi, untuk polisi insurans yang memang boleh lindungi penyakit kita ketika travel, contohnya diabetes, kita masih kena cek dengan pihak insurans, jika diabetes termasuk dalam senarai.

Ada polisi yang melindungi 30 penyakit, dan ada pula yang hanya melindungi 20 penyakit sahaja.

 

3. Barang peribadi yang ditinggalkan tanpa supervision

 

 

Travel insurans memang boleh lindung kita jika barang kita dicuri, rosak atau hilang ketika kita travel. Tapi, polisi ini hanya boleh diguna pakai jika segala kecelakaan yang berlaku, bukan disebabkan oleh kecuaian kita sendiri.
Contohnya, jika kita letak barang berharga seperti laptop atau iPhone di lobi hotel atau restoran tanpa sebarang supervision dari kawan-kawan travel, sudah tentulah iPhone kita akan dicuri dengan begitu mudah. Bila kita buat report polis untuk digunakan sebagai bukti bilat kita buat permohonan claim dengan pihak insurans nanti, permohonan kita akan ditolak.

 

4.  Negara konflik

 

 

Untuk negara-negara yang ada konflik perang, atau kuarantin terhadap penyakit atau virus menular seperti Afghanistan, Africa, Iraq, Iran, North Korea, Palestine, Syria or Ukraine, kita tidak akan dilindungi oleh travel insurans jika kita travel ke sana dan jika kita mengalami sebarang kecelakaan ketika berada di sana. Ini termasuklah pemindahan kecemasan, kos untuk tempat tinggal dan sebarang kos tambahan di sepanjang perjalanan kita. Boleh cek status negara yang kita lawati dengan wakil atau agen travel insurans yang berdekatan.

 

5. Mengandung

 

 

Tak salah kalau nak travel ketika mengandung. Tapi sebelum nak travel tu, cek dengan ejen insurans, sebabnya, ada polisi yang tak lindung kita kalau kita travel selepas 26 minggu kita mengandung. Ini termasuklah melahirkan anak di luar negara, pembedahan atau sebarang komplikasi yang kita hadapi ketika travel. Ada juga polisi yang hanya cover untuk keguguran disebabkan kecederaan dari kemalangan. Setiap polisi memang berbeza requirement die.

 

6. Penggunaan Alkohol dan Dadah

 

 

Mungkin ada yang rasa part ni tak relevan. Tapi jangan terkejut, memang ada di kalangan kita yang berani ambil dadah/alkohol ketika travel. Jadi, sebarang kehilangan barang, kecederaan atau kerosakan yang disebabkan atas pengaruh dadah dan alkohol, memang tak dilindungi oleh polisi insurans. Pihak insurans akan siasat sebab yang menyebabkan kejadian yang tak diingini. Kemudian, mereka akan minta laporan dari ujian air kencing kita. Jadi sebarang kerosakan yang kita buat ketika kita tengah pengaruh dadah/alkohol dan juga bayaran denda, harus ditanggung oleh kita sendiri.

 

7. Bagasi

 

 

Bila beg kita hilang atau rosak, dan barang-barang dalam beg kita tu hilang, ada syarat-syarat yang kita kena cek sebelum nak buat claim dengan pihak insurans. Contohnya, jika bagasi kita rosak atau pecah, dan antara barang yang hilang itu adalah barang kemas, barang elektronik, dokumen peribadi seperti lesen memandu, kredit kad, kad pengenalan, permohonan untuk claim akan ditolak. Sebabnya, insiden ini akan diletakkan dalam kategori “hilang disebabkan kecuaian diri sendiri”.

Kita juga harus buat laporan polis dalam masa 24 jam lepas barang kita hilang. Laporan ini akan dijadikan sebagai bukti bila kita nak buat claim nanti. Bila saya maksudkan permohonan claim, ia adalah claim untuk barang-barang peribadi seperti baju, seluar, toiletries, dan bahan asas yang lain.

 

8. Pembatalan flight

 

 

Tak semua pembatalan flight, boleh kita buat permohonan claim. Kalau kita gagal check-in flight disebabkan dokumen travel yang tak cukup atau kita dihalang untuk keluar negara, kita memang tak boleh nak claim. Begitu juga kalau kita ambil pakej travel dengan agensi pelancongan, dan kalau tour guide itu sendiri tak sediakan dokumen travel secukupnya, ia menjadi tanggungjawab agensi tu sendiri untuk tanggung kerugian. Bukan pihak insurans. Tapi macam aku cakap, cek polisi dengan ejen insurans untuk info lebih lanjut. Setiap polisi memang berbeza.

 

9. Personal Liability

 

travel insurans sesuai tips etiqa axa mcis zurich

sumber: klook.com

 

Malang memang tak berbau. Kadang-kadang tu, ada yang terlibat dalam kemalangan ketika bawa motor atau skuter di Phuket. Tapi, kalau kita bawa skuter pon tak ada lesen, mengalami kemalangan pulak tu, pihak insurans memang tak akan menanggung kerugian atau bil hospital kita. Dan jika kemalangan itu berpunca dari kita, segala perbelanjaan untuk denda atau kos undang-undang yang lain harus ditanggung oleh diri sendiri.

 

10. Duit dan dokumen travel

 

travel insurans sesuai tips etiqa axa mcis zurich

sumber: pbs.com.pk

 

Etiqa Takaful ada tawarkan polisi insurans yang melindungi kita kalau kita tiada duit dan passport selepas dirompak atau jadi mangsa penyeluk saku. Tapi, ada beberapa pengecualian yang boleh elakkan kita dari dilindungi. Antara kes pengecualiannya adalah kecuaian diri sendiri, rampasan atau tahanan sejumlah duit oleh pihak kastam sebab kita bawak lebih dari jumlah yang dibenarkan, penurunan nilai matawang atau kekurangan disebabkan oleh kesilapan ketika urus niaga yang melibatkan wang.

Secara ringkasnya, sebelum kita nak beli travel insurans, aku memang sarankan untuk korang cek dan tanya dengan pihak insurans berdekatan tentang polisi perlindungan mereka. Boleh gunakan artikel ni sebagai panduan bila korang nak tanya diaorang nanti. Ada juga syarikat insurans yang dah sediakan website untuk info yang lebih lanjut untuk produk travel insurans mereka.

 

Share

2 Comments

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

*